Wednesday, February 24, 2010

sekadar sebuah kisah *

Seorang wanita muda telah ter'bersalin' didalam sebuah lif.  Dia pun rasa amat malu semacam dan tak mahu keluar dari lif itu.  Pihak pengurusan bangunan pun memanggil polis, bomba dan seorang ahli psikologi merangkap motivator untuk pujuk wanita itu keluar.

Kata ahli psikologi merangkap motivator, "cik, keluarlah, apa nak dimalukan.  Perkara biasa jer nie."

Wanita muda itu pun menjawab, "tak mahu, takmahu, saya malu."

Ahli psikologi itu menambah, "alah cik, tahun lepas saya ada satu kes lagi teruk, perempuan tu beranak dalam longkang!!!!"

Wanita muda itu terus meraung lalu berkata, "yang tu pun saya jugak, waaaa!!!."

* dipetik dari buku Membina Rasa Cinta oleh Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj.

Sunday, February 21, 2010

besday mama

bulan feb nie saja 5 org dlm family den sambut besday.. ika 7/2, atin 10/2, amir 17/2, mama 20/2, coming soon ely 22/2.. Fuhhh.. jenuh gak tu nak pikirkan present.. pikir jer la.. belinye idak.. hehehehe..

mlm tadi sambut la mamanyer besday.. kebetulan minggu nie balik tmn melur.. pakat ngan kak lang nak beli kek..
 

mama genap 50 thn.. tu yg tulis camtu.. ayah punya idea.. jangan maree yer mama.. sambut secara sederhana jer.. adalah hadiah yang tak seberapa.. rahsia...

 
besday girl.. eh..girl ker?? :p

 
  
dikelilingi oleh anak2 n cucu2.. heheh

ika n atin.. kira sambut sekali la..
 
  
cucu pun sibuk gak nak potong kek..
kakak nyanyi "Allah selamat kan awan.. allah selamatkan awan.." (Awan tu makwan.. nenek dia la..) alahai..

 
ok.. tu jer..

Tuesday, February 9, 2010

kecik2 lagi dah pandai..

malam tadi sambil menggosok baju, kakak dok sibuk mengacau.. lompat sana lompat sini.. hish.. rimas dibuatnyer..

"kakak, pegi la tido.. tgk, adik da tido da.. esok nak bangun pagi", kata ku.

"ibu, ibu jangan la risau", kata kakak dengan nada yang lembut jer..

terbeliak mata ku pandang dia.. ntah mana dia belajar ckp mcm tu.. dia pun ntah paham ke tidak maksud "risau" tu.. sebab dia dok ulang perkataan tu jer bila aku membebel marahkan dia..

"besok ayah nak pegi keje awal, nanti kakak lewat bangun. nanti ayah marah".

"ibu, ibu jangan la risau"..

ayah dia baru balik dari main futsal, sambil makan nasi pun tergelak..

"mcm mana ibu tak risau, kaka tak tido lg".. aku layan kan jer..

"ibu, ibu jangan la risau"..


isshhsh.. budak nie sabar jer la.. lama2 aku tak layan, tgk2 dia da tido sendiri dah..

alahai.. anakku so sweeet..

Monday, February 8, 2010

07/02/2010 Selamat hari Lahir Yang Ke-4 Tahun Nur Zulaikha

Selamat Hari Lahir Sayang.. Ibu doakan agar menjadi anak yang solehah..

Bila mana ibu melihat gambar diatas, mengingatkan ibu empat tahun lepas.. Kelahiran ika memang ibu dan ayah nanti-nantikan.. Sungguh indah ciptaan tuhan.. Ibu bersyukur..

Kini, kehadiranmu melengkapi kehidupan ibu dan ayah..

Tuesday, February 2, 2010

majlis kecik2 jer..

memang dah lama terniat dlm hati nak buat kenduri doa selamat untuk mia lepas dia recovered dr operation tempohari.. so, kebetulan, birthday mia baru lepas (23/01/2010) dan ika coming soon (07/02/2010), bincang ngan ayah, kita buat 1 majlis combine dr 3 event.. so jadiknye.. 30/01/2010 telah terealisasilah impian ibu nak buat majlis tersebut.. walaupun secara kecilkecilan.. buat keluarga terdekat sahaja.. bukan taknak jemput saudara mara dan kawan2.. keadaan x mengizinkan.. so, janganlah hendaknya ada yang berkecil hati.. kalau ada rezeki lg.. insyaallah akan dijemput semua kenalan... eceh.. cewah..

 
  
  
  
terima kasih mak, ayah(mertua), mama, ayah, adikberadik belah mr. taib, adikberadik belah i.. kerana sudi datang untuk memeriahkan majlis yg tak seberapa ini.. terima kasih juga atas hadiah yang diberikan.. ika n mia seronok sangat dapat hadiah.. dioranglah paling excited dr pagi hinggalah majlis berakhir.. tq juga kat makcik yg menjaga damia kerna sudi masakkan nasi tomato yg sedap.. maaflah yer kalau ada yang terkurang.. peace :D
Related Posts with Thumbnails