Friday, April 30, 2010

"ujian besar untuk suami"

Lately, saya leka/gemar membaca buku-buku berbentuk motivasi.. salah satu tajuk buku yg saya baca "Teh Tarik Kurang Manis". Penulisnya Abd. Jalil Ali. Saya suka bentuk penulisannya yang santai..

Saya nak kongsi ngan korang salah satu tajuk dalam buku nie.. tajuknya "ujian besar untuk suami".. saya copy pes jer.. :p

......................
Kata orang, ujian besar bagi seorang lelaki bukan ketika menggenggam erat tangan jurunikah untuk mengatakan, "aku terima nikahnya.." Memang itu saat paling mendebarkan.  Boleh berpeluh dan terkentut dalam perut. Maklumlah semuanya hendaklah dilafazkan dalam senafaz, tanpa satu perkataan pun yang silap.

Sekiranya nama isteri pendek, seperti Bedah binti Dol atau Sepiah binti Man, mungkin mudah untuk mengingati dan menyebutnya. Ada nama yang agak panjang, tapi mudah untuk mengingat dan mengingatinya sebab popular, seperti Siti Nurhaliza binti Tarudin. Kemungkinan untuk tersilap dan tersasul tipis sekali. Tetapi, ada nama perempuan yang panjang berjela. Contoh, Syarifah Mazlyatun Amirah Puteri Binti Syed Abdul Muluk Kurniya Al-Kudsi. Menyebut namanya pun sudahseparuh nafas. Kalau masuk mas kawin, boleh semput nafas dibuatnya! Sebab itu lafaz nikah, terutama nama-nama yg panjang berjela, adalah ujian paling besar bagi sesetengah lelaki.

Tetapi, rupa-rupanya ada ujian yang lebih besar, lebih getir. Ujian ini ialah ketika isteri mula hamil. Kata yang empunya cerita, apabila isteri mula tidak datang bulan, itu tandanya suami akan menghadapi tempoh getir. Inilah masa untuk menduga kesabaran dan keimanan seorang Adam. Wanita diperingkat awal kehamilan, terutama jika mengandung anak sulung, memang banyak kerenah. Konon, suami menangis siang malam sebab tak tahan dengan perangai isteri.

Benci! Jangan kecil hati sekiranya isteri menyebut perkataan itu setiap kali bertemu suami. Bagi sesetengah isteri, dia memang 'benci' pada suami sepanjang tempoh mengandung. Mungkin dia menganggap keadaanya yang tidak datang bulan itu adalah akibat perbuatan suami. Mengapa suami sahaja disalahkan, sedangkan pada hakikatnya itu adalah usaha sama yang dilakukan atas segala kerelaan dan kenikmatan. Oleh sebab perasaan benci, pada peringkat awal mengandung, isteri tidak mahu tidur sekatil dengan suami.

"Ketiak awak busuk, peluh awak hangit!!"

Tergamak dia kata mcm tu, padahal sejak malam pertama menjadi suami isteri tubuh inilah yg dipeluk setiap malam. Tiba-tiba sekarang bau busuk dan hangit pula.

Ada suami yg berdegil dan tetap mahu tidur sekatil dgn isteri, walaupun awal-awal isteri telah menyatakan tidak senang dengan bau badan suami. Tengah malam kedengaran bunyi orang jatuh dr katil. Rupanya suami kena penendang isteri! Suami kena kuatkan iman dan banykkan bersabar. Untuk sementara waktu, tido lah diatas sofa sambil memeluk bantal guling. Biarka 'mak buyung' terlentang sendirian di atas katil. Itulah antara perubahan mendadak sikap isteri tercinta sebaik sahaja dia disahkan positif mengandung oleh dr. Jangan ambil hati dan jangan mengadu pada emak. Buat malu kaum lelaki sahaja. Suami juga kena pekakkan telinga.

Waktu-waktu awal brbadan dua, isteri selalu muntah2.. Tak pasal2 pun boleh muntah. Pagi wek, tghari wek, petang wek, mlm wek. Wek, wek, wek, tidak kira diatas katil, dimeja makan hatta didlm tandas. Tidaklah diketahui dengan pasti apa yg menyebabkan tekaknya geli seperti dimasuki katak atau tersembat lipas. Tapi katanya dia berasa loya 24 jam..

Untuk menghilangkan rasa loya, org hamil suka benda2 masam. Putik mempelam, putik binjai, putik kuini dan putik2 lain yg masam selalu menjadi penghilang loya. Tak mkn nasi tak mengapa, asalkan dpt asam. Asam boi, jeruk betik, jeruk limau, jeruk kelubi dan mcm2 jeruk basah dan kering sentiasa ada disisi. Pendek kata, pada ketika ini, asam boi lebih diperlukan daripada suami. Jangan kecik hati. Tak mengapa isteri mahukan asam, sebab benda itu mudah dicari.

Adapun yg menjadi  ialah apabila isteri meminta makanan yg sukar diperolehi. Contoh : isteri minta dicarikan durian, sedangkan ini bukan musim durian. Raja buah tu bermusim, bukan boleh dpt sepanjang masa mcm pisang nangka. Datuk X, Datuk y dan Datuk Z yg byk duit pun pasti tidak blh membeli durian sekiranya bukan musim durian.

Kadangkala yg diidamkan oleh isteri mangandung ialah benda yang pelik2.. Boleh menyinga suami dibuatnya. Ada yg teringin sup lidah unta, ada yg meminta hati pelanduk, malah ada yg menangis hendak makan sup ekor dhab... Seorang suami yg tidak tahan dengan permintaan isteri yg bukan2 telah mencadangkan dgn nada sinis: "awak tak teringin ke sup rel kereta api? kalau teringin gulai tayar lori balak pun saya boleh carikan!!... :p

Paling menyakitkan hati suami ialah apabila benda yg susah dicari itu berjaya diperolehi, tetapi si isteri buat "dhek".. Contoh : tengah mlm buta isteri merengek minta dicarikan buah berangan.. Pusing satu kl suami mencari, akhirnya ditemui dan suami membeli sekilo walaupn harganya tinggi..

Bila sampai rumah, dan ditunjukkan buah berangan, isteri hanya geleng-geleng sambil berkata : "lama sangat abg cari, sampai dah hilang selera.. sekarang saya teringin sgt nak mkn pengat pisang, ada ke jual waktu mlm nie..??" Kalau suami tak penyabar, memang muka isteri kena cepuk dengan pembungkus buah berangan!!

Tetapi itulah perangai org perempuan semasa berbadan dua. suami kena terima dengan tenang.. anggaplah semua itu sebagai 'cobaaannn' spt dlm filem P. Ramlee.. Secara peribadi saya tidak pasti apakah perangai pelik isteri semasa mengandung itu benar2 "pembawaan budak" seperti yang selalu didakwa? atau, adakah itu semua hanya acah org perempuan untuk mendera suami??..

Dalam hal memenuhi permintaan isteri semasa mengandung, saya mengakui sebagai suami yang kurang perihatin, saya hanya melayan permintaanya sekiranya ia boleh diterima akal. kalau setakat hendak cempedak goreng atau sup ayam, okey. tapi jika dia meminta yg bukan2 dan sukar diperolehi, seperti hati unta goreng, atau sup dhab mati berangan, saya hanya berkata selamba : "yang itu kali nie tak sempat kot, tunggu awak mengandung sekali lagi, nanti saya carikan!!"..

Saya mengakui empat kali isteri mengandung, dugaan dan ujian untuk saya memang hebat. tapi ujian untuk isteri saya pun hebat juga, sebab banyak yang diminta tidak diperolehi. bagaimanapun, kami sama2 lulus ujian!!..
.......................


Seronok bukan.. terhibur tak?? Saya suka jalan ceritanya yang agak santai.. Moral : jangan terlalu ikutkan perasaan.. Ikut hati mati.. ikut rasa binasa.. tepuk dada. tanya selera..

Kalau ada part yang best lagi nanti saya copy ye.. :p
Related Posts with Thumbnails