Tuesday, August 24, 2010

bunga api

Keadaan sekarang nie, kes-kes seludup mercun dan bunga api semakin berleluasa walaupun pihak kerajaan mengambil langkah membenteras seludupan ke negara ini. Kes terbaru seorang kanak-kanak di terengganu menjadi mangsa korban mercun angkara bapa sendiri.. Mercun yang diletakkan dirumah tinggal disyaki dimilik oleh bapa kanak-kanak malang tersebut. Sedih sungguh mendengar keaadan mayatnya. Al-Fatihah buat kanak-kanak tersebut. Semoga rohnya dicucuri rahmat.

Walaupun begitu, ayahnya (en. toyyep) beli jugak bunga api untuk anak-anak dia main. Saya sebenarnya risau jugak, tapi mereka main pun dalam pengawasan yang maksima. Dia beli pun tak banyak dalam 2 kali main dah habis.



















Damia..



















Zulaikha..























































Layankan jer la..

Monday, August 23, 2010

sakit gigi!!

Dah seminggu dah zulaikha ngadu sakit gigi. Tengok gigi dia mcm ada lubang. Tu lar, banyak sangat makan gula-gula. Kalau makan, hisap takpelah.. Ini siap gigit2 gula-gula tu.. krup krap krup krap.. Bila cakap tak dengar..

Masa berbuka puasa hari jumaat tu, gusi dia berdarah!! Hah!! sekali kau.. Gusi dah bengkak dan bernanah!! Mana nak cari klinik gigi malam2 nie. "Esok kita pegi jumpa doktor ye". "ok"..




















keadaan gigi berlubang dan gusi yang bengkak.


Kebetulan balik rumah mama kat taman melur, so banyak la klinik gigi kat area taman putra nun. Sebelum tu, telefon makcu tanya klinik gigi yang dia pernah pergi. Dia kata murah. So, nama klinik gigi tu Klinik Dr. Zarin. Kat mana tu????

Senang jer.. Klinik tu kat taman putra. Ala, dekat deretan maybank, cimb, KFC dan kedai Seven E tu.. Klinik tu, naik tangga sebelah kedai kasut bersebelahan dengan Seven E. Nampak signboard punya. Waktu operasi pukul 9.00 pagi (kalau tak silap) hingga 9.00 pm. Isnin hingga sabtu. Hari ahad hanya untuk yang ada appointment sahaja.

So, nasib baik dtg hari sabtu. sampai2, tu dia.. ramainya orang bulan2 puasa nie. suma pakat sakit gigi ker.. nak tak nak kena tunggu jugak. zulaikha dah merenggek2 nak jumpa doktor. dia suka jumpa doktor bukan apa.. nak dapat vitamin. :p

Dekat sejam jugak lah menunggu. last2, nama pun dipanggil. tunggu dalam bilik nie, sempat lah nak snap beberapa keping gambar.

beberapa sample gigi.. :p

sakit-sakit pun sempat lagi posing..

















menunggu doktor..



















muka zulaikha cuak giler.. ibu dia lagi cuak.. hahahaa.. anak yang nak periksa gigi, ibu dia yang lembik lutut.. hehehe..



















ala-ala, kesian anak ibu...


da start da.. operasi pun bermula..

Dr. cakap gusi dia dah bernanah jadi, tak boleh buat apa2, kena makan antibiotik dulu, kemudian baru fikir nak cabut atau nak tampal. so, dia nak pecahkan gigi tu sikit supaya bila makan ubat nanti nanah tu boleh susut.


mula-mula ok. tak sakit. lama-lama bila agaknya gerudi tu terkena nanah tu, zulaikha mengaduh.. "arkh..arkh.." "ok, dah siap, kumur-kumur kat situ". berdarah lah jugak.

"Dr. camne kalau dia still berdarah?" ibu dia tanya sambil buat muka resah gelisah..

"takpe, nanti balik makan ubat, seminggu nanti datang balik. kita tengok samada nak tampal atau nak cabut. tapi saya tak galakkan lah cabut. kalau nak cabut biar usia dia menjangkau 11 tahun keatas. sebab nanti bila cabut awal2 gigi tu ke depan."

"ermmm.. ok. terima kasih dr." "sama-sama".

uolss tahu tak berapa kos ubat dia. Cuma RM 20.00. Murah kan. Dia bagi ubat antibiotik ngan ubat tahan sakit. ok la.

Bulan lepas ayah dia (en. toyyep) sakit gigi jugak. dia pergi klinik kat keramat. amik ubat sahaja RM 60.00. seminggu lepas tu cabut pulak. Caj dia RM 100.00 ++ (lebih kurang la..). hah.. dua tu dah berapa.. Pulak tu, klinik yang saya pergi nie klinik melayu. so, secara tak langsung kita beri support lah kat Dr. tersebut. Tak gitu..


Keadaan gigi setelah di operate.. hehehe..

Moral : Jangan biarkan anak anda makan gula2 kemudian gigit.. krup krap krup krap..

Wednesday, August 18, 2010

Jin tentera Nabi Sulaiman

Jin adalah sebahagian tentera Nabi Sulaiman. Sulaiman Bin Daud adalah satu-satunya Nabi yang memperolehi keistemewaan daripada Allah yang boleh memahami bahasa binatang.

Dia boleh berbicara dengan burung Hud Hud dan memahami bahasa semut. Dalam surah An-Naml, ayat 18-26 menceritakan keistimewaan nabi yang sangat kaya raya ini.

Firman Allah yang bermaksud : “Dan Sulaiman mewarisi Daud dan dia berkata, “Hai manusia, kami diberi pengertian mengenai suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya (semua) ini benar-benar suatu kurnia yang nyata.”

Dan, dihimpunkan untuk Sulaiman tenteranya daripada jin, manusia dan burung, lalu mereka itu diatur dengan tertib (dalam barisan) sehingga apabila sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut, “hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.”

Maka Nabi Sulaiman tersenyum dengan tertawa kerana mendengar perkataan semut itu. Katanya, “Ya Rabbi, limpahkan kepadaku kurnia untuk mensyukuri nikmat-Mu yang Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada orang tuaku; kurniakan kepadaku hingga boleh mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan masukkan aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh.” (An-Naml : 16-19)

Menurut riwayat, pernah suatu hari Nabi Sulaiman bertanya kepada seekor semut, “Wahai semut! Berapa banyak engkau peroleh rezeki daripada Allah dalam waktu setahun?” “Sebesar biji gandum,” jawab semut.

Kemudian Nabi Sulaiman memberi semut sebiji gandum lalu memeliharanya dalam sebuah botol. Genap setahun, Nabi Sulaiman membuka botol untuk melihat nasib si semut.

Namun si semut hanya memakan sebahagian biji gandum itu. “Mengapa engkau memakan sebahagian dan tidak menghabiskannya?” tanya Nabi Sulaiman.

“Dahulu aku bertawakal dan pasrah diri kepada Allah,” jawab si semut. “Dengan tawakal kepada-Nya aku nyakin bahawa Dia tidak akan melupakanku. Ketika aku berpasrah kepadamu, aku tidak yakin apakah engkau akan ingat kepadaku pada tahun berikutnya sehingga boleh memperolehi sebiji gandum lagi atau engkau akan lupa kepadaku. Kerana itu, aku harus tinggalkan sebahagian sebagai bekal tahun berikutnya.”

Walaupun Nabi Sulaiman dilimpahkan kekayaan, dia hanya manusia biasa.

Begitu juga cerita Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis, seorang wanita yang cantik dan mempunyai akal yang cerdas.

Sebab itulah golongan jin berasa iri hati dengannya. Mereka menyatakan Ratu Balqis mempunyai dua aib, pertama tubuhnya pendek dan kedua betisnya seperti betis unta.

Maka Nabi Sulaiman memerintahkan jin mengubah sedikit singgahsana Ratu Balqis, lalu baginda menyuruh membina sebuah mahligai yang dibuat daripada kaca.

Bahagian bawah mahligai itu di sekeliling sungai dengan ikan manakala diatasnya dibuat sebuah jambatan daripada kaca.

Ketika Ratu Balqis dan rombongannya tiba, Nabi Sulaiman bertanya kepadanya, “Apakah ini singgahsanamu?” Ratu Balqis menjawab : “Mungkin!” Ia tidak menyatakan ya, kerana dilihatnya ada sedikit perubahan.

Tetapi tidak menyatakan bukan, disebabkan ada sebahagian yang serupa dengan singgahsananya. Daripada jawapan Ratu Balqis itu, tahulah Nabi Sulaiman bahawa dia adalah seorang wanita yang berakal sempurna serta bijaksana.

Kemudian Nabi Sulaiman menyuruh tetamunya masuk ke istana. Ketika Ratu Balqis melihat ke istana, dia melihat seakan-akan ada aliran air, sehingga dia mengangkat kainnya, sehingga betisnya tersingkap.

Nabi Sulaiman melihat betisnya itu, maka tidak ada satu aib pun seperti yang disampaikan golongan jin. Nabi Sulaiman berkata kepada Ratu Balqis : “Ini adalah sebuah mahligai yang licin, ia dibentuk daripada kaca.” Ketika Ratu Balqis menyaksikan betapa hebatnya Nabi Sulaiman, ia berkata dalam hatinya : “Walaupun kerajaanku luas, singgahsanaku indah dan megah, bala tenteraku ramai, namun jika dibandingkan dengan semua yang aku saksikan ini, seakan-akan milikku tidak bererti.”

Di dalam surah An-Naml ayat 44 yang bermaksud : “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman kepada Allah Tuhan semesta alam.” Setelah itu Ratu Balqis pun berkahwin dengan Nabi Sulaiman.

Peristiwa pernikahan Nabi Sulaiman dengan Ratu Balqis ini terjadi pada hari jumaat. Begitu besarnya kerajaan Nabi Sulaiman yang mana angin sebagai kenderaannya, manusia dan jin sebagai tenteranya, burung sebagai pembantu dan teman-teman bercakapnya, binatang buas sebagai buruhnya dan malaikat sebagai utusannya.

Nabi Sulaiman mempunyai satu padang, sebahagian tanahnya dibuat daripada emas dan sebahagian lagi daripada perak.

Jika tenteranya berbaris dipadang itu, panjang barisan itu tidak kurang daripada seratus parsakh. Sedangkan luas tempat tinggalnya adalah sebulan perjalanan.

Kemudian golongan jin membuat untuknya sebuah permaidani daripada emas dan perak. Pada permaidani itu terdapat 12,000 ribu mihrab, pada setiap mihrab terdapat kerusi daripada emas dan perak, kemudian duduk diatas tiap kerusi itu seorang yang alim dari ulama Bani Israel.

Pada setiap hari dimasak kira-kira 1,000 unta, 4,000 lembu dan 40,000 kambing. Nabi Sulaiman mempunyai piring-piring yang besar bagaikan kolam dan periuk diatas tungku.

Firma Allah yang bermaksud : “Jin membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang dikehendakinya dari bangunan yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang besarnya seperti kolam dan periuk yang tetap berada diatas tungkunya.” (Surah Saba’ ayat 13).

Begitu besarnya kelebihan Nabi Sulaiman. Namun, kelebihan dan kenikmatan umat Nabi Muhammad yang beriman, didalam syurga nanti lebih besar.

Dikisahkan bahawa serendah-rendah darjat tempat umat Nabi Muhammad didalam syurga itu ialah seratus kali luas kerajaan Nabi Sulaiman.



* sumber dari Harian Metro Rabu, 18 Ogos 2010.

Tuesday, August 17, 2010

Zikir Ramadhan

Dalam bulan yang penuh kerahmatan ini, sama-sama lah kita bermuhasabah diri, membentuk peribadi. Kenapa bulan Ramadhan? Bagi saya, bulan ramadhan, dimana kita menginsafi diri, bersyukur dengan apa yang telah dikurniakan oleh NYA. Insaf melihat anak2 yatim, kolongan kurang upaya, fakir miskin, negara2 yang berperang. Bersyukur dilahirkan didalam negara yang aman, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

Amalan2 yang kita lakukan semuanya dihisab oleh Allah Taala. Saya mengingatkan diri saya dan anda semua supaya berbanyakkanlah bersedekah, berzikir, bersolat sunat, dan membaca al-quran. Zikir yang baik diamalkan :























Semoga mendapat kebaikan, kerahmatan dan keberkatan dari NYA. Amin.
Related Posts with Thumbnails