Thursday, December 30, 2010

Percutian pantai timur part 1

Perancangan adalah bercuti bersama keluarga ku dan membawa bersama mak n ayah mertua. Memang aku tak pernah menjejakkan kaki ke tanah Kelantan. So, itulah destinasi percutian kami sekeluarga bagi penutup tahun 2010.

Bertolak dari rumah pukul 6.20 pagi (sabtu 25/12/2010), iaitu sesudah subuh. Perjalanan agak lancar, kenderaan pun tak banyak lagi. Lebih kurang pukul 8.00 pagi, kami singgah di pekan raub untuk mengisi perut.  Sekali lapar da.. Lepas minum, kami meneruskan perjalanan.

Alhamdullilah, lebih kurang pukul 1.00 tgh, kitaorang pun sampai di Kota Bahru. Makan, check-in, dan menshoping.  Aktiviti hari tu hanya lah mengeshop di sekitar kota bahru jer. Esoknya adalah aktiviti mengeshop di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur. So, makan malam dan balik hotel tidurrr...

Keesokkan harinya, pepagi lagi dah bangun. Excited lah katakan. lepas sarapan, kita singgah pasar siti khadijah dulu.. tengok2 jer.. Dalam pukul 10 pagi, bertolak pula ke rantau panjang. Dari kota bahru hanya mengambil masa 45 minit perjalanan.




Betul2 sempadan Thailand.

Banyak kedai-kedai terdapat dirantau panjang. Uih.. rambang mata dibuatnya. Tengok itu nak itu.. tengok ini nak ini.. murah2 pulak tu. Lenguh jugak lah kaki meronda. Ada beberapa barang yang saya borong antaranya periuk kukus, periuk masak(kalau kat KL tak dapat harga nie), kain pasang  dan baju anak2 serta buah-buahan untuk servenior.


Ibu sibuk shopping, ayah jaga anak sambil main bubble.


Destinasi seterusnya adalah Pangkalan Kubur. Tak jauh lah dari rantau panjang. Agak2 setengah jam perjalanan rasanya. Kat sana tak beli apa pun. sama macam kat rantau panjang. cuma kecil sedikit. Jalan-jalan, bergerak balik ke hotel.. Lenguh giler kaki..

Malam, jalan2 cari makan.. balik hotel.. tengok bola Malaysia vs Indonesia.. Tidurr... Esok pagi2 rancang nak checkout awal. Nak singgah Terengganu pulak. Kat kelantan malas nak snap gambar. so, tak banyak lah gambar yang boleh disajikan. Nanti nak tengok camera en. toyyep.. Kalau ada gambar yang menarik akan di upload.

So, nantikan part 2 di kuala terengganu..


Wednesday, December 22, 2010

Anak yang excited ke ibu yang lebih..

Tahun depan, ika dan mia bersekolah serentak. Ika tadika 5 tahun, mia tadika 4 tahun. saya sekolahkan sekali, senang.. Hari2 dua beradik tu dok berzikir kat telinga ayah ngan ibu dia nak sekolah..

"ayah, kakak nak sekolah jauh.. kakak taknak sekolah dekat.."

"ayah, adik pun nak sekolah jauh.."

Sekolah jauh tu maksudnya sekolah tu jauh dari rumah. Tp tadika tu tak sediakan transport. So, ayah dia lah yang akan pickup tengahari nanti. Sekolah dekat tu, sekolah rendah kebangsaan. memang lah dia taknak sekolah tu. sekolah tua biasa2 jer. Sekolah tadika dia yg jauh tu ada tempat permainan.. tu yang syok sekolah jauh tu..

Nantikan lah aksi diorang nanti bila balik dari bercuti. Coz, bila balik bercuti, kami bercadang akan membuat pembayaran yuran sekolah dan mendapatkan baju sekolah mereka sekali.. Pasti seronok.. Eh, ibu dia pulak yang excited.. :p

updated :

aksi2 ika dan mia bila disuruh menerai baju sekolah :p







Belajar rajin-rajin yer nak..

Monday, December 20, 2010

Pantai Timur, tungguuuu...

Percutian terakhir bagi tahun 2010..

Akan diabdikan apabila selamat kembali ke tanah air.. (cewah!!)

Pantai Timur, tungguuuuu....

Friday, December 3, 2010

6 Year's Our Anniversary




Sayang,

Semoga tarikh hari ini menjadi memory yang terindah dalam hidup kita.

Semoga cinta dan kasih sayang kita berkekalan hendaknya.
Related Posts with Thumbnails