Sunday, January 23, 2011

Damia 4 tahun sudah

Hari ni, hari lahir DAMIA.. Selamat Hari Lahir Yg Ke- 4 Sayang.. Semoga doa2 ibu dimakbulkan ALLAH.. Amin..

Kali nie, sambutan harijadi adalah secara sederhana. Cuma beli kek, dan kita meraikan secara sederhana iaitu secara berempat sahaja. Nyanyi lagu "Happy Birthday", tiup lilin, tepuk tangan dan makan... hahaha.. Rasanya itu dah memadai untuk kita meraikan hari istimewa insan yang kita sayangi..


kek ini disponsor oleh ibu...

ampat tawun la..


kakak pun nak tiup jugak..
 kita potong..

Walaupun ringkas, tapi cukup bermakna. :p

Friday, January 7, 2011

Hari pertama pra persekolahan

Hari rabu dan khamis adalah saya cuti. Anak start sekolah 05/01/2011. Memula sampai sekolah tu, anak2 saya excited giler.. lagi2 damia. sampai2 je, saya pun beborak lah ngan ibu2 kat sana. damia dah merayap kesana kesini. zulaikha duduk kat celah ketiak saya. lagi2 masa tu ada 2-3 orang budak tengah menangis. muka zulaikha saya tengok pun mcm nak menangis. damia steady jer.. risau gak saya, kang tak pasal2, adik tak pape, kakak lak yang berendam air mata.

Dah tu, bila semua dah ada, ummu(cikgu) panggil budak2 buat barisan. sorang2 nama dipanggil. bila nama damia dipanggil, cepat2 dia pergi ke barisan. syabas damia!! zulaikha pun ok juga. ada lah sorang anak nie, asyik menangis jer. pasal dia nangis, 2-3 orang anak ikut nangis. waaaaa.. haru biru dibuatnya.. barisan pun tak jadi barisan dah..





 ha.. ambik kau.. meraung..

Macam-macam ragam..
Related Posts with Thumbnails