Thursday, March 17, 2011

Hari Tentera Darat Part Tiga dan akhir..

Panjang giler entry untuk hari tentera nie.. bukan apa.. banyak gambar jer dari penceritaanya.. hahaha..

So, hari yang sama (ahad). Habis jer pertunjukkan payung terjun dan pembebasan tebusan dalam bas tu, kitaorang ke booth mereka yang mana terdapat info2 mengenai tentera darat nie. Sebenarnya, kalau tak silap saya lah, ini julung-julung kalinya mereka buat Pertunjukkan Hari Tentera di Dataran Merdeka. Biasanya di Sg. Besi.

Jomlah kita layan gambar pulak..

Qistina (nak buah) takut..



dr kiri : amira, aqil, acik, abg cik, iffa, shasha, damia, zulaikha, mak.




Hanya budak sahaja dibenarkan naik. Omak eh teringin gak naik. Tapi tak leh.. Frust.. En. toyyep.. Titiwangsa jom.. tetiba.. hahaha...




berakhir sudah...

Thursday, March 10, 2011

Hari Tentera Darat Part Dua

Dah habis lenjun kitaorang, sampai rumah mandi.. anak2 terus tidur.. kepenatan meredah hujan. hahaha.. Zainab msg, ajak g pepagi esok.. akan kupikirkan..

Dalam kul 8 pagi, kitaorg pun bergerak dari rumah. kali nie satu kereta jer. Berhimpit2 mcm sardin, janji dapat pegi.. hahahaa..

So, bila sampai dataran, cuaca agak baik. Perarakan kereta kebal sedang berlangsung. sempatlah kitaorang tengok.. Budak2 seronok tengok. Damia siap tutup telinga.. takut. Bunyi agak bising bila kereta kebal tu melalui atas jalan tar. Kali nie banyak gambar.. layan....








 Zulaikha muka blurr..
Damia siap tutup telinga.. takutt..

amira (anak buah), acik (adik ipar), iffa (anak buah)

mak mertua ku...



Habis sahaja perarakan kereta kebal, kitaorang tengok pula aksi payung terjun.. teruja giler.. Ramai juga penerjun. Lebih kurang 15 orang. Takut juga kalau2 mereka tersasar.. alhamdullilah semuanya selamat..









Kemudian, ada aksi menyelamatkan tebusan dalam bas. Tak nampak sangat coz jauh. Dengar bunyi tembakan jer.. Pastu tau2 dah settle.. hahaha..  sempat ambik video.. tengok jer lah..








sambung lagi..

Monday, March 7, 2011

Hari Tentera Darat Part Satu

Pagi sabtu dapat panggilan dari mak mertua, pelawa pergi ke Dataran Merdeka.

"salam.. nak pegi dataran?"
"nak. bila?"
"lepas zohor"
"ok"

Lebih kurang camtulah dialognya.. so, cepat2 masak. siap2 kan anak. en. toyyep dah bg keizinan.. dia tak pergi coz koje.. so, lepas zohor, kitaorg pun bertolak. naik 2 kereta. oh ya, saya tumpang adik ipar. so yang pegi ipar duai lah bersama anak2 buahku yag ramai.. hahaha

Suasana agak mendung bila kita sampai dataran. Parking kat bukit Perdana. so jalan kaki ke dataran. sampai jer bangunan DBKL, bushhh.... Hujan turun dengan lebatnya.. acik (adik ipar) patah balik ambil payung. anak dia baru pulih dari demam campak.

So, alang2 dah sampai, kita teruskan jugak perjalanan. sampai dataran cari tempat beteduh. masuk ke bilik rawatan tentera. tengok demo nak menjalani pembedahan. dorang pun ada doktor dorang sendiri. zainab  (adik ipar) mencuba pakaian doktor sambil membuat aksi pembedahan. dia suruh saya torai.. eden tak nak torai.. eden ketaq.. hahaha... walaupun modelnya patung.. wakakaka..


wah.. ada gaya jadi doktor sengih... hahahaha


Kitaorang kat sana tak lama. dapat tengok anjing tentera yang patuh mendengar arahan. macam2 aksi dia buat. berkawat, lompat dalam gelung api, selamatkan orang kena ragut. bagus anjing tu.. basah lenjun kitaorang. anak2 seronok main hujan. zulaikha jer yang menangis.. tak biasa main hujan.. hahaha.. 

Nampak macam hujan takde tanda2 nak berhenti, kitaorang pun ambil keputusan balik. jangan lah anak2ku demam... amin..

sambung..
Related Posts with Thumbnails