Monday, May 28, 2012

Zikir Munajat - Penenang Hati..

Terima kasih syu erycas..

Wafiq jatuh..

Hari nie, sangat sedih.. Hati tak tenteram.. Rasa bersalah dalam diri masih menebal.. Tidur pun termimpi-mimpi.. Maafkan ibu wafiq.. Ibu tak sengaja.. Ibu cuai.. Cuai sangat.. Mujur Allah melindungi anak ibu, wafiq. Terima kasih Allah.. Syukur sangat-sangat.. Tiap kali menatap wajah wafiq, ibu asyik menyalahkan diri ibu.. Ibu yang bersalah.. Masih terbayang-bayang lagi kejadian semalam..

Semalam..

Balik dari pasar, masa nak keluarkan barang-barang dari boot kereta, tinggalkan wafiq ngan k.gah dia kat depan. suruh k.ngah dia jaga adik dia kejap. En. toyyep hantar barang kat rumah mak. sementara nak tunggu en. toyyep, saya buka pintu depan. So, saya ambil alih jaga wafiq dari k.gah dia. Bila k.gah dia turun dari kereta, en.toyyep pun sampai. Dalam masa sekelip mata, bunyi dup!! Ya Allah.. Wafiq anak ibu jatuh dari kereta. Masa tu saya tak tahu nak kata apa.. Barang ditangan terlepas, saya angkat wafiq yang masa tu dah ada atas jalan. Tuhan saja yang tahu remuknya hati saya.. Saya peluk dia, gosok2 kepala dia, macam-macam ayat saya baca.. Dia menangis yang amat kuat.. Bila dah reda nangis dia, kami pun naik ke rumah. 

Sampai rumah, saya bogelkan dia. Nak tengok apa-apa kecederaan lain. Saya sapukan minyak gamat seluruh badan dan kepala dia. Dalam hati sentiasa berdoa agar dia tak apa-apa. Kalau jadi apa-apa kat dia, seumur hidup saya salahkan diri saya. Dapatlah benjol kat kepala belah kanan.  Lepas dah sapu ubat semua, sya bagi susu dan dia pun tertidur kepenatan.  Kesian sungguh.. En. toyyep tak kata apa2. Dia pun tergamam..

Saya pun cepat-cepat masak. Nak tengok apa-apa perubahan pada dia bila dia bangun nanti.. Bila dah siap masak dan makan, wafiq pun bangun.. Saya perhatikan dia, takut dia muntah ker.. Alhamdulilah, dia tak muntah. Saya terus bagi dia ubat demam. Mencegah dia dari demam dan sebagai ubat tahan sakit. Allah itu Maha Berkuasa.. Syukur..Wafiq tak apa-apa..  Cuma tak seceria selalu.. kurang aktif.

Sehingga ke pagi ini, dia dah mula aktif semula. Bila agah, dah boleh ketawa.. Syukur.. Masa hantar ke rumah pengasuh, pesan kat pengasuh, kalau ada apa-apa perubahan, call saya segera. Harap-harap dan sangat berharap wafiq tak apa-apa.. Amin..

Friday, May 18, 2012

Pengorbanan seorang suami

Tatkala membaca kisah sang suami melalui blog salah seorang kawan saya, hati ini begitu tersentuh.  Bergenang air mata ni melihatkan pengorbanan beliau pada isteri tercinta.  Saya meletakkan diri saya pada situasi beliau, dan saya rasa, saya tak sekuat beliau.  

Hanya doa yang tak putus-putus pada yang Maha Esa sahaja mampu diberikan.  Pada si suami, tabahkan hati, kuatkan semangat, semoga Allah memakbulkan doa anda.  Meh kita sama-sama berdoa agar isterinya sihat dan sembuh seperti sedia kala. Amin.

Meh singgah sini
Related Posts with Thumbnails