Friday, August 31, 2012

Sambutan Kemerdekaan ke 55 Tahun

"Tanggal Tiga Puluh Satu..
Bulan Lapan Lima Puluh Tujuh..
Merdeka.. Merdeka..
Tetaplah Merdeka..
Ia pasti menjadi sejarah.."

Hahahaha..
Teringat masa kecik-kecik dulu..

Lagu nie mesti meniti dibibir kita tiap kali merdeka..
Paling syok bila Arwah Sudirman yang nyanyikan..

Pejam celik pejam celik.. Dah 55 tahun negara kita merdeka..

Terharu bila membaca sejarah tokoh perjuang negara kita untuk membela nasib rakyat dari penjajah.. Antara tokoh yang bangun menentang penjajah ialah Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Rentap, Datuk Maharajalela, Rosli Dobi dan beberapa tokoh yang lain.



Proud to be Malaysian..

Sunday, August 19, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

Dikesempatan ini saya ingin memohon ampun dan maaf pada ibu bapa, suami, keluarga, sahabat handai dan kawan2 di alam maya ini sekiranya terdapat silap dan salah selama berblogging.


Ada ketika mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Fikiran khilaf mentafsir, dan
Hati silap menduga,
Maaf atas segala..

Salam Aidilfitri dari Melatizumia..

Thursday, August 2, 2012

Macam-macam kerenah

Minggu lepas (sabtu) berbuka kat rumah mama taman melur..

Semua adik-beradik ada kecuali Nurul (angah).

Meriah lah bila semua berkumpul.. Mama pulak tak berapa sihat, demam.. Aku lah tukang masak tak diiktiraf.. Ingat nak rasa masakan mama.. Ermm.. 

Sabtu, sampai jer dah pukul 5.00 ptg. Terus masuk dapur masak.. Anak2, maklang dia layan.. 

Tgk lah aksi mereka bila aku sibuk masak didapur..

 Zulaikha dimekap oleh makcik nyer..

 wafiq bluurr.. ngan maklang..

 Zulaikha dan Damia..


Patutlah ibu cari telefon tak jumpa.. Ini kerja nya yer.. Bertuah punya anak!!!
Related Posts with Thumbnails