Thursday, December 31, 2009

Apabila Lelaki Terlampau Mencintai

Cinta lelaki memang pelik dan aneh, tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki, yang sebelumnya keras, kasar dan kurang romantis; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dan sensitif hanya dengan kata-kata orang yang dicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami - ada kalanya lunak, tetapi selalunya keras dan kurang simpati.
Demikianlah lelaki, tidak berupaya hidup tanpa wanita di sisinya tetapi tatkala sudah memperolehinya, jarang pula hendak menghargainya sepanjang usia.
Wahai wanita, elakkanlah diri anda daripada menjadi mangsa lelaki-lelaki seperti ini. Fahami, kenali, pelajari dan selamilah lelaki yang anda temui itu agar anda tidak menjadi mangsa sekian kali. Wahai lelaki, agar anda benar-benar lelaki, sebab seorang lelaki adalah yang disenangi pasangannya, seorang wanita bernama kekasih mahupun dah bergelar isteri.
Kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui ;
1. Kesungguhannya dalam melakukan sesuatu buat kekasih atau isterinya itu, tanpa sedikit pun terlihat keterpaksaan. Semuanya dilakukan dengan rela, ceria, dan penuh bahagia.
2. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya. Dia bukan seorang lelaki hipokrit yang tidak mempedulikan apakah anda mengalirkan air mata tatkala dia tertawa.
3. Dia banyak menasihati kerana dia amat menyanyangi anda sebagai kekasihnya mahupun isterinya.
4. Dia mencemburui anda lantaran itu dia akan mengongkong kebebasan anda. Kongkongannya semata-mata oleh perasaan sayang dan cemburunya yang meluap-luap itu.
5. Dia akan kerap menyatakan ketakutannya jika kehilangan anda.
6. Dia mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidak menumpukan perhatian sepanuhnya terhadap dirinya. Kadang-kadang dia seperti anak kecil dalam usaha mendapatkan layanan terbaik daripada anda.
7. Kerajinannya ketara, tergambar melalui kesungguhannya melakukan apa saja asalkan membahagiakan anda.
8. Kadang-kadang dia merajuk kerana mahukan kata-kata lembut daripada anda. Dia berasa lega dan gembira apabila mendapat kata-kata pejukan yang amat didambakan oleh hatinya yang telah diselaputi cinta itu.
9. Dia akan gelabah apabila berjauhan dengan anda. Dia akan kerap menelefon, menghantar sms dan kadang-kadang kata-katanya puitis sekali.
10. Dia akan kerap bertanya apakah anda masih mencintainya, padahal anda telah beberapa kali menyatakan begitu terhadapnya.
11. Lelaki jujur dan cukup 'mabuk' dalam alam percintaanya pasti tidak akan melayan perempuan lain sewenang-wenangnya. Dia berasa berdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.
* Dipetik dari buku motivasi Membina Rasa Cinta oleh Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.

Monday, December 21, 2009

Clef Palate (Sumbing Lelangit)

Tanggal 23 Januari 2007 jam 7.05 pagi, lahir seorang umat nabi muhammad yang diberi nama Nur Batrisya Damia.. Ibu dan ayah lah orang yang paling gembira dengan kehadiran mu.. Syukur.. Tapi tidak sampai disitu.. Allah menguji Ibu dan ayah.. Adik disahkan clef palete @ sumbing lelangit.. Satu tamparan yang hebat buat ayah dan ibu.. Pada mulanya, ibu seperti tak dapat menerima kenyataan.. Tp, ibu percaya ada hikmah disebaliknya.. Ibu tatang seperti minyak yang penuh.. Walaupun adik ada kekurangan, ibu tak pernah membezakan adik dengan kakak.. Doktor kata, adik boleh dibedah, dan akan sperti sediakala.. Setiap kali ada appointment, ibu harap adik dapat buat operation dalam masa umur adik bawah setahun.. Tp doc. kata masih belum boleh lagi..

Damia pada usia empat hari.. Dimasukkan semula ke hospital sebab kuning..

Disambungkan dengan oksigen..

Dibawah sinar lampu..
Lelangit adik sebelum pembedahan..
Sehingga lah tanggal 1 Disember 2009, adik telah menjalani pembedahan tutup lelengit.. Alhamdullillah.. Allah makbulkan permintaan ibu.. Adik seperti sediakala.. Semoga Allah melindungi adik dan kami sekeluarga.. Amin..

Keadaan Damia selepas pembedahan..

Gambar selepas pembedahan, masih tak dapat tengok lagi sebab adik tak boleh buka besar mulutnya.. Mungkin sakit lagi.. Dalam tempoh sebulan nie, adik hanya dibenarkan makan yang lembut2 sahaja.. Syukur, segalanya berjalan lancar.. Amin..

Wednesday, November 4, 2009

Medan 4/10/2009 - 7/10/2009 ( Part 1)

Dalam bas dari KL Sentral ke LCCT..






Perjalanan kami bermula dengan hari yang agak baik.. Depart lebih kurang pukul 5.00pm. Pukul 3.00pm ktorg dah ada di LCCT. Biasala, dlm tempoh 2 jam tu, nak daftar masuk, scan bagasi, timbang bagasi, cek pasport dan segala jadahnyer la.. Nasib baik 2 org bebudak tu tak buat hal.. Sementara nak tunggu flight, ambil kesempatan bergambar..


Adik bongsu.. Zikry Hakim...


Mama n hubby..


My 1st daughter, Nur Zulaikha..


My 2nd daughter, Nur Batrisya Damia..



me.. :p

Flight mengambil masa lebih kurang 1 jam.. Sesampai di Airport Polonia, Medan kami mcm hilang arah sket la.. Coz, masa beli tiket air asia tu hari, kira gambel jer.. beli tiket ngan hotel jer.. Tour guide takde.. Nak buat jadual sendiri.. Cari teksi sendiri.. Teksi kat sana melambak, tp nasib la.. Diorg kat sana mcm tarik2 kita jer.. kita pun mcm blur, ikut jer diorg.. tp nasib baik dpt pak supir kira baik la.. (pak supir tu pemandu).. Dlm masa perjalanan kami menuju ke hotel, Tiara Medan Hotel, ktorg pun berbincang la.. tempat mana yang patut dilawati.. mcm2 la.. dia punya caj, 1 hari perjalanan Rp 700,000.00 lebih kurang RM 256. 2 hari Rp 1,400,000.00. Wah!!! pakcik kayo.. Giler.. main juta2.. pening nak kira duit diorg.. Nak tak nak, upah jugak la dia untuk bawa kt jenjalan.. Takkan nak dok hotel jer kan.. So, esoknyer, pepagi jam 9.00 di tunggu kt kat hotel.. takde lah pagi sgt. hehe..




Menikmati makan malam di Restoran Garuda Nasi Padang.

Control ayu konon.. padahal lapar giler..



Lauk dia banyak giler.. Ingatkan dia caj semua.. Rupanya apa yang kita makan, baru dia caj..

5/10/2009, bertolak dari hotel ke Parapat, Danau Toba. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 4 jam.. Lotih betul.. Seb baik dia bawa MPV, Toyota Innova.. Selesa lah sikit.. Jalannyer berbukit.. Pulak tu sehala pergi sehala balik.. Laju plak tu dia bawak.. tak henti2 membunyikan hon.. pelik..

Permandangan di bandar Medan.



Sampai disana lebih kurang pukul 1.00pm camtu.. Check in di Inna Parapat Hotel.

Lepak jap, pastu cari tempat makan. View kat sini best.. sambung lagi yer..

Wednesday, September 30, 2009

Family trip


Minggu depan kitaorang buat family trip ke.... MEDAN.. Yahoo... Tak sabar rasanya nak terbang ke sana.. First time tu pegi obersee.. he..he.. Untuk anak2 jugak.. Biar diaorang explore sikit.. Budak2 sekarang.. Kt kecik2 dulu, takdenye nak ada trip2 nie.. Kira honeymoon sekali lah.. Sekali sekala kena pergi bercuti gak.. Kadang2 kt boleh rasa, wlaupun suami ada disisi, tp rasa mcm jauh sgt.. Balik keje, masing2 sibuk ngan anak2.. So ini lah masa nye kt nak bermesra... he..he.. Semoga berjumpa lagi.. da..

Wednesday, September 16, 2009

26 Ramadhan 1430

Lama dah teringin nak buat blog sendiri, tp tak berkesempatan.. Hari nie, free sikit.. Biasalah, kat ofis skrg nie, semua org dlm mood raya.. Kerja posponed next week lah..
So, hari nie, cuba try test nak buat blog sendiri.. Selama nie, tiap2 pagi, mesti buka blog my friend, viruspadu (mmah). Seronok baca blog dia.. Ada jer idea nyer.. tp cuma jadi silent reader jer.. Oh, today birthday dia. Tp da wish da dlm FB. Takpe, wish byk kali pun ok gak kan mmah. HAPPY BIRTHDAY VP & SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.
Related Posts with Thumbnails