Tanggal 23 Januari 2007 jam 7.05 pagi, lahir seorang umat nabi muhammad yang diberi nama Nur Batrisya Damia.. Ibu dan ayah lah orang yang paling gembira dengan kehadiran mu.. Syukur.. Tapi tidak sampai disitu.. Allah menguji Ibu dan ayah.. Adik disahkan clef palete @ sumbing lelangit.. Satu tamparan yang hebat buat ayah dan ibu.. Pada mulanya, ibu seperti tak dapat menerima kenyataan.. Tp, ibu percaya ada hikmah disebaliknya.. Ibu tatang seperti minyak yang penuh.. Walaupun adik ada kekurangan, ibu tak pernah membezakan adik dengan kakak.. Doktor kata, adik boleh dibedah, dan akan sperti sediakala.. Setiap kali ada appointment, ibu harap adik dapat buat operation dalam masa umur adik bawah setahun.. Tp doc. kata masih belum boleh lagi..
Damia pada usia empat hari.. Dimasukkan semula ke hospital sebab kuning..
Disambungkan dengan oksigen..
Dibawah sinar lampu..
Lelangit adik sebelum pembedahan..
Sehingga lah tanggal 1 Disember 2009, adik telah menjalani pembedahan tutup lelengit.. Alhamdullillah.. Allah makbulkan permintaan ibu.. Adik seperti sediakala.. Semoga Allah melindungi adik dan kami sekeluarga.. Amin..
Keadaan Damia selepas pembedahan..
Gambar selepas pembedahan, masih tak dapat tengok lagi sebab adik tak boleh buka besar mulutnya.. Mungkin sakit lagi.. Dalam tempoh sebulan nie, adik hanya dibenarkan makan yang lembut2 sahaja.. Syukur, segalanya berjalan lancar.. Amin..
No comments:
Post a Comment