Saturday, December 31, 2011

Lahirnya seorang khalifah Allah

Alhamdullilah..

Nak dijadikan cerita, pagi 12/12/11 tu, rasa malas giler nak bangun. Golek2 dpn tv, layan anak2 tgk ch 611. Lately, mlm payah benor nak lena. Ye lah, kandungan dah besar, pulak tu aktif. Huh.. tuhan saja yang tau.. pagi tu, en. toyyep 2 kali msg tanya, ada tanda2 nak bersalin tak? Hahaha.. dia pulak yg risau. Yelah kan, due bersalin esok (13/12/11). Hari nie masih tak rasa apa2 lagi.  Minggu nie mmg tak larat nak masak dah.. So, lebih kurang pukul 11.30 siap2 nak g kedai beli lauk. Gigih lah turun ngan anak2 pegi kedai.

Masa nak makan tu, perut rasa memulas. Rasa macam sakit nak period. Ish.. lain macam jer.. Tapi buat tak tau jer.. Dah makan, siap kemas, rasa nak buang air besar. So, masa nak memburas tu, tgk ada tompok darah kat panties.. Sah, dah nak dekat bersalin!! Lepas membuang, call en. toyyep.

sy : salam, ada mana tu? Tgh buat apa? 
en. toyyep : wsalam. nape? dah sakit ker? abg tgh lunch nie.
sy : hahahaha (sempat gelak lagi) ok. abg mkn dulu, dah habis makan balik rumah terus yer.. (cakap dengan nada tak panik. Padahal tgh tahan sakit. Kalau panik, en. toyyep balik bawa motor laju.. bahaya..)
en. toyyep : ok.

Kat rumah, tuhan saja yang tahu. Setengah jam tu macam setengah tahun menunggu.. Tapi nasib air ketuban tak pecah. Cuma keluar darah jer.. Kehulu, hehilir, duduk, berdiri, semua tak kena. Kontraksi 5 minit sekali... Huh.. Huh.. Huh.. Tahan nafas... Macam2 surah baca.. Hahaha.. Lawak bila kenang kan balik. 

Lebih kurang pukul 2 ptg, en. toyyep sampai rmh. Beg suma dah siap depan pintu. Capai tudung, terus gerak ke hospital.. Mintak2 jalan tak jem lah. Budak2 hantar rumah mak mertua. Jalan Kuching cantik.. clear.. Alhamdullilah dipermudahkan.. Dalam kereta, biasalah.. Bila kontraksi sampai, biru2 muka menahan sakit. Hanya tuhan saja yang tahu.. Sampai je pintu masuk HKL lebih kurang 2.20pm, kereta berderet.. Lor.. Jalan tadi punya lah cantik, dalam HKL lak dia buat hal. Nak sampai ke Hospital Bersalin pun ambik masa 1/2 jam. Aduh.. en. toyyep dah mula hilang sabar.. kita pulak yang menenangkan dia.. 

Sampai kat hospital bersalin, jalan pun dah tak larat. En. toyyep pi cari parking, saya sampai kat kaunter, dah berkerut2 dahi dah tahan sakit. Misi panggil duduk, tanya itu ini.. Saya tak lalu dah nak jwb. Dlm hati, dia nie tak tau ke aku dah nak beranak nie.. Pastu, en. toyyep dtg, dia lah jwb suma untuk aku.

Sekali misi lain dtg tanya, akak dah nak teran ke? Aku ckp, ntah lah.. kontraksi ada dah 5 minit sekali.. 5 tahun wei tak mengandung, dah lupa dah sakit nak beranak cam maner.. hahahaha... Pastu dia suruh aku baring nak tgk bukaan. Ha!! dah 8 cm.. Kata misi tu.. Aku pun tanya lah, boleh teran dah ke.. Eh, nanti dulu, kita naik atas. Tahan dulu.. Aduhhhh.. tahan lagi..

Sampai jer labour room, ok, rasa sakit teran yer.. kata misi tu.. Masa proses meneran tu lah, en. toyyep masuk. Kira nak bagi semangat kat bini dia lah.. Mmg aku minta kat dia kali nie, masuk tgk aku bersalin. Dua anak terdahulu dia tak nak masuk tgk. Takut darah katanya. Aku nak dia tgk sekali jer.. Lepas nie, kalau dia tak nak tgk pun takpe lah.. Alhamdullilah, nampak jer muka sang suami, sekali teran jer.. Ha kau.. Kwak..kwak.. suara baby kedengaran.. Debar bersalin dah lepas, nie debar nak tgk jantina pulak. Sekali misi tunjuk baby. Hah!! pistol kau.. Berat baby 2.7kg.  Alhamdullilah, syukur ya allah, Kau telah makbulkan permintaan hambamu ini.. Amin.. Pukul 3.15pm lahir lah seorang insan yang diberi nama Muhammad Hilmie Wafiq Bin Mohd Taib.

 Muhammad Hilmie Wafiq Bin Mohd Taib

Saturday, December 3, 2011

Ulang Tahun Perkahwinan Yg ke 7 Tahun



Sayang,

Tanggal 03.12.2004 bersamaan 22 Syawal 1425H, detik dikau melafazkan akad, diriku telah berjanji untuk menjadi seorang isteri yang solehah dunia dan akhirat.  Kupanjatkan doa agar jodoh kita berkekalan hingga ke akhir hayat.  Terima kasih kerana menyayangi diri ini seadanya.


"Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisah ku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agong
Ku pertaruhkan

Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cintaku padamu
Bila bahagia mula menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud

Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agong
Ku pertaruhkan

Ketika ku bersujud"


Tuesday, November 29, 2011

Aqiqah


AQIQAH UNTUK ANAK

Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh  Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu  terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)
Hukum Aqiqah
Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Anak lelaki disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

Daging Aqiqah

Daging aqiqah digalakkan supaya tidak disedekahkan dalam keadaan mentah, bahkan disunatkan supaya dimasak terlebih dahulu dengan sedikit rasa manis walaupun aqiqah itu aqiqah nazar. Tujuannya ialah untuk bertafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap keelokkan perangai dan budi pekerti anak yang diaqiqahkan.Kemudian daging yang telah dimasak itu diberi makan kepada fakir miskin, sama ada dengan dihantar masakan itu ke rumah-rumah mereka atau dijemput mereka itu hadir makan di rumah tempat beraqiqah. Namun yang lebih afdal adalah dihantar masakan tersebut ke rumah-rumah orang fakir miskin.

Sementara itu, sunat bagi orang yang beraqiqah memakan sebahagian kecil daripada daging binatang yang diaqiqahkan, selagi mana aqiqahnya itu bukan aqiqah wajib (aqiqah nazar) atau aqiqah kerana wasiat.Dalam hal memakan, menyedekah dan menghadiahkan daging aqiqah tersebut sama keadaannya dengan korban.


Semasa memotong daging disunatkan supaya jangan dipecah-pecahkan tulang binatang aqiqah itu, bahkan disunatkan supaya mengasingkan tulang-tulang itu mengikut sendi-sendinya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya:


Maksudnya:
"Afdal bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sama keadaannya dan bagi anak perempuan seekor kambing. Dipotong anggota-anggota (binatang) dan jangan dipecah-pecah tulangnya."

(Hadis riwayat al-Hakim)
Waktu Aqiqah
Aqiqah itu sunat dilakukan sebaik sahaja anak dilahirkan dan berterusan sehinggalah anak itu baligh. Ini adalah pendapat yang paling rajih. Apabila anak itu sudah baligh, gugurlah hukum sunat itu daripada walinya dan ketika itu hukum sunat berpindah ke atas anak itu sendiri dalam melakukan aqiqah untuk dirinya sendiri.

Walaupun waktu yang disunatkan untuk beraqiqah itu panjang, tetapi yang afdhal hendaklah dilakukan pada hari ketujuh daripada hari kelahirannya. Sebagaimana dalam hadis daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya maksudnya :
"Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam mengaqiqahkan Hasan dan Husain pada hari ketujuh, memberikan kedua-duanya nama dan Baginda menyuruh supaya menghilangkan daripada keduanya kesakitan kepala (mencukur rambut kepala)."


(Hadis riwayat al-Hakim)


Termasuk dalam kiraan tujuh hari itu, hari anak itu dilahirkan. Jika anak itu dilahirkan pada waktu siang sebelum terbenam matahari, maka hari itu dikira satu hari. Sebaliknya jika dia dilahirkan pada waktu malam, maka malam dia dilahirkan itu tidak dikira sebagai satu hari, bahkan kiraan tujuh hari itu bermula daripada hari selepasnya (siang berikutnya).Waktu yang afdhal untuk menyembelih binatang aqiqah itu ialah setelah terbit matahari.

Melakukan Aqiqah Sebelum Kelahiran


Sebagaimana penjelasan di atas, jika penyembelihan aqiqah itu dilakukan selepas hari ketujuh ataupun sebelum hari ketujuh selepas kelahiran adalah memadai aqiqah tersebut. Ini kerana adanya sebab yang mensyariatkan ibadat aqiqah tersebut iaitu kelahiran anak. Akan tetapi jika aqiqah itu dilakukan sebelum kelahiran anak, maka tidak memadai aqiqahnya itu melainkan ianya hanya dikira sebagai binatang sembelihan biasa sahaja. 


Syarat Sah Aqiqah


Syarat sah aqiqah ialah:

  • Berniat aqiqah ketika menyembelih.
  • Binatang ternakan berkaki empat iaitu kambing, biri-biri, kibas, lembu, kerbau dan unta.
  • Memenuhi syarat-syarat sembelihan.
  • Tidak terdapat kecacatan pada binatang tersebut
  • Disembelih pada waktunya iaitu hari ketujuh selepas kelahiran @ bila-bila masa sebelum anak tersebut baligh
  • Binatang yang hendak disembelih sudah cukup umur.
Binatang yang sudah cukup umur untuk dijadikan Qurban adalah seperti berikut:

Binatang
         Umur
Biri-biri/
1 tahun atau lebih
Kambing
2 tahun atau lebih
Lembu/kenbau
2 tahun atau lebih
Unta
5 tahun atau lebih


 Sunat-sunat Aqiqah ialah:
  • Dilakukan pada hari ke tujuh kelahiran
  • Menyembelih ketika matahari sedang naik (pagi)
  • Mencukur rambut bayi selepas penyembelihan
  • Memberi nama yang baik kepada bayi
  • Berdoa ketika hendak menyembelih
  • Daging dimasak manis.
  • Tidak mematahkan sendi tulang binatang tersebut ketika dimasak.
  • Daging aqiqah disunatkan buat jamuan atau kenduri 

   Hikmah Aqiqah
  • Tanda kesyukuran diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t. untuk menjalankan syariat Islam dan dianugerahkan anak
  • Menggalakkan amalan sedekah.
  • melepaskan penghalang pada bayi dalam memberi syafaat kepada orang tua mereka
  • Sebagai mengikuti sunnah Rasulullah.
  • Mengukuhkan semangat persaudaraan dalam masyarakat.
  • Membuang sifat kedekut, bakhil dan tamak dalam diri.
  • Memulakan kehidupan seorang bayi dengan amalan yang baik
  • membiasakan berkorban bagi orang tua 

Dipetik dari sini



Ini bertujuan untuk ber
tafa’ul (menaruh harapan baik) terhadap tulang anak itu nanti tidak pecah dan tidak patah sebagaimana tidak pecah dan tidak patahnya tulang-tulang binatang aqiqah itu.

Tuesday, November 22, 2011

Mandi Wiladah & Nifas

Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan tertentu iaitu mandi kerana beranak (wiladah) dan mandi kerana nifas.

Para ulama telah ijmak mengatakan bahawa wajib mandi dengan sebab keluar darah nifas. Termasuk di dalam perkara yang mewajibkan mandi ialah wiladah iaitu mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Begitu juga bagi perempuan yang mengalami keguguran anak, tidak terkecuali daripada kewajipan mandi, sama ada keguguran itu hanya berupa darah beku (‘alaqah) ataupun hanya berbentuk seketul daging (mudhghah).

Bagi sebilangan perempuan yang terpaksa menjalani pembedahan perut untuk mengeluarkan anak, maka dikategorikan hal yang sedemikian itu sebagai wiladah maka wajib ke atas perempuan tersebut melakukan mandi.

Perlu diingat, mandi kerana beranak dan mandi kerana nifas mempunyai perbezaan. Bagi mengelak kekeliruan, maka darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak. Andaikata darah itu tidak keluar melainkan setelah berlalu masa selama lima belas hari atau lebih, maka darah yang keluar itu tidak dikatakan sebagai nifas tetapi ia merupakan darah haidh. Maka dalam hal ini perempuan tersebut diwajibkan mandi kerana nifas.

Manakala mandi kerana wiladah ialah apabila seorang perempuan itu melahirkan anak atau mengalami keguguran anak sekalipun hanya berupa darah beku (‘alaqah) atau hanya berbentuk seketul daging (mudhghah). Maka wajib bagi perempuan itu mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran atau keguguran sebagaimana disebutkan.

Maka apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu empat puluh hari empat puluh malam atau masa paling maksima selama enam puloh hari enam puloh malam.

Sayugia diperingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing

 Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza.
1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.
Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.

Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".

Kesimpulannya wanita yang melahirkan ada 3 keadaan:

1) Jika ia melahirkan tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah semata-mata, dan wajib ia menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam pantang.
2) Jika ia melahirkan dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya mandi nifas semata-mata setelah kering darah nifas dan wajiblah ia mendirikan solat selepas itu.
3) Jika ia melahirkan, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib ia mandi wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika ia didatangi pula dengan nifas, maka dia hendaklah berhenti solat dan wajib ia mandi nifas apabila kering darah nifas. kemudian wajiblah ia solat.

Wallahu A'lam.

Saturday, November 19, 2011

Al-Fatihah Buat Ayah Mertua Yang Dikasihi

Terima kasih ayah, kerana sudi menerima diri ini sebagai menantu walau hanya seketika cuma. 

Kenangan bersama arwah masih terpahat di ingatan.

Sehingga hari-hari terakhir beliau pada 15 November 2011 jam 8.00 am.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas arwah Kamarudin Bin Rahmat.  Al-Fatihah.

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Ermm.. Terasa pulak nak update blog sempena tarikh yang cantik hari nie.

Patut lah jalan jem giler pagi tadi. Punch card merah sudah!! 8.10 am..

Keadaan cuaca yang hujan renyai2, ditambah pula hari Jumaat, penghulu segala hari..

Ramai juga yang ambil kesempatan untuk bernikah pada hari ini. Selamat pengantin baru kepada bakal-bakal pengantin..

Pada ibu-ibu yang bakal melahirkan anak, tahniah yer.. No. ic anak cantik 111111-xx-xxxx.  Teringin jugak nak no cantik nie. Tapi apakan daya, bulan tak cukup lagi.. Takkan nak paksa pulak kan..

Update kandungan :

35 minggu 3 hari.  Pergerakan baby agak aktif.  Cepat penat coz perut agak besar jugak lah bandingkan dengan 2 anak sebelum nie..

Harap2 baby ibu sihat yer.. Kakak2 kamu tak sabar nak tengok kamu.. :)

Tuesday, November 1, 2011

KELEBIHAN BULAN ZULHIJJAH SEPULUH HARI PERTAMA

Segala kepujian dan kesyukuran ditujukan kepada Allah Ta’ala, Salawat dan Salam buat Junjungan Nabi Muhammad ‘Alaihis Solatu was Salam dan buat keluarga dan Sahabat Baginda.
Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda :
“Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu sepuluh hari Zulhijjah-”. Para Sahabat Baginda bertanya : “Apakah juga (pengecualian itu) termasuk jihad pada jalan Allah ?” . Ujar Baginda : “Tidak juga (termasuk) berjihad pada jalan Allah kecuali bagi seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun”.
Imam Ahmad Rahimahullah meriwayatkan dari Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari sepuluh Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.
Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir Radhia Allah ‘anhu bahawa Baginda Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Seutama-utama hari adalah hari ‘Arafah”.


JENIS AMALAN YANG DIANJURKAN PADANYA.


Pertama : Menunaikan ibadah haji dan ‘umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadith yang menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam : “Satu ‘umrah ke ‘umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan Syurga”.

Kedua : Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari ‘Arafah - . Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ianya adalah pilihan Allah Ta’ala sendiri sebagaimana yang dinyatakan di dalam sebuah hadith qudsi : “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”. Dari Abu Sa’id al Khudri Radhia Allah ‘anhu berkata : ‘Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tiada seorangpun yang berpuasa pada satu hari di jalan Allah melainkan Allah menjauhkan dengan puasanya itu mukanya dari api neraka sejauh tujuh puluh tahun” (muttafaq ‘alaih). Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Abi Qatadah Radhia Allah ‘anhu bahawa Rasulullah Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Puasa pada hari ‘Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”.

Ketiga : Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “(Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum)”, hari-hari tersebut dijelaskan sebagai sepuluh hari di bulan Zulhijjah. Oleh kerana itulah para ‘Ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadith Ibnu ‘Umar Radhia Allah ‘anhuma yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad Rahimahullah, di antaranya : “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah) , takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”. Imam Al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan bahawa Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah Radhia Allah ‘anhum kedua mereka pada hari-hari tersebut selalu keluar ke pasar bertakbir dan diikuti oleh orang ramai. Imam Ishaq Rahimahullah meriwayatkan bahawa para Fuqaha’ (ahli feqah) di kalangan Tabi’in (generasi selepas Sahabat Nabi) sentiasa membaca pada hari-hari itu “[Allahu Akbar, Allahu Akbar, La Ilaha Illa Allah, wa Allahu Akbar, Allahu Akbar, wa LillahI Hamdu]”. Adalah amat digalakkan supaya suara ditinggikan ketika bertakbir di pasar, rumah, jalan, masjid dan selainnya berdasarkan firman Allah Ta’ala yang bermaksud : “( Dan supaya kamu membesarkan (bertakbir) Allah di atas ni’matNya menghidayat kamu)”. Dibolehkan juga pada hari-hari tersebut berzikir dengan apa-apa zikir yang lain dan segala do’a yang baik.


Keempat : Bertaubat dan meninggalkan segala ma’siat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana ma’siat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya. Di dalam sebuah hadith yang diriwatkan oleh Abu Harairah Radhia Allah ‘anhu, Baginda Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Sesungguhnya Allah mencemburui (tidak suka) apabila seseorang hambaNya melakukan perkara yang ditegahNya” (muttafaq ‘alaihi).

Kelima : Memperbanyakkan amalan soleh (baik) terutama amalan-amalan sunat tambahan seperti solat sunat, bersedekah, berjihad, mebaca al Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana kesemuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut. Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun ia kecil tetapi ianya lebih disukai oleh Allah Ta’ala jika dibandingkan pada hari-hari lain, begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikatogerikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

Keenam : Disyari’atkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjamaah. Bagi mereka yang tidak menunaikan ‘ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari ‘Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zohor hari raya haji (10 Zulhijjah), kesemuanya berakhir sehingga waktu ‘Asar pada hari ketiga belas (13) Zulhijjah.

Ketujuh : Disyari’atkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunnah (amalan) Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihis Solatu was Salam setelah Allah Ta’ala mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail ‘Alaihis Solatu was Salam tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

Kelapan : Imam Muslim Rahimahullah meriwayatkan dari Ummu Salamah Radhia Allah ‘anha bahawa Nabi Salla Allah ‘alaihi wa sallam bersabda : “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”, dan di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”. Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala, maksudnya : “(Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Makkah) itu sampai ke tempatnya)”. Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

Kesembilan : Setiap muslim hendaklah berusaha untuk menunaikan solat hari raya secara berjamaah, menunggu mendengar khutbah yang dibaca oleh imam selepas selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya. Sepatutnyalah dia mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini ; ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan, janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan ma’siat, kesombongan, pertengkaran, bermasam muka dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan-amalan kebaikan yang telah dikerjakannya sebelum itu.


Kesepuluh : Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintahNya, menjauhi laranganNya, mendekatkan diri kepadaNya semoga mendapat rahmat dan keampunanNya.

Wednesday, October 12, 2011

Minggu ke 31

Alhamdullilah..

Sekarang sudah masuk minggu ke 31. 9 week to go. Tahap kesihatan agak baik. Cuma cepat letih. Masa scan minggu lepas, dr. bagi tahu berat baby 1.7kg. Ermm.. agak kecil. Kalau ikut pengalaman kandungan lepas, Ika dan Mia pun lahir lebih kurang 2.5kg jer.. Kali nie pun lebih kurang tu jugak lah agaknya. Takpe, janji sihat..

Tak sabar rasanya menunggu kelahirannya.. Yer lah, hampir 5 tahun tak pegang baby.. Sangat teruja.. Ika hari2 pegang perut ibu dia. "Ibu, bila baby nak keluar??" Itu lah pertanyaannya setiap hari..

gambar kredit google

Persiapan kelengkapan baby kira2 80%. Cuma tinggal yang kecil2 jer lah yang belum beli. Baju kakak dulu banyak yang dah dibuang coz banyak bertahi lalat.  Adalah 2-3 pasang yang boleh dipakai balik. Tengok baju baby dalam internet (online), geram jer. Semua comel2 belaka.. Tak boleh beli byk sangat, coz baby kan cepat membesar..

Harap2, bersalin kali nie normal lah juga.. Amin..


Doa ini saya amalkan bila terasa sakit nak bersalin. Insyaallah dipermudahkan oleh NYA.. Sharing is caring..

Tuesday, October 4, 2011

Ulang Tahun Kelahiran Yang ke 31 Tahun

Syukur Alhamdullilah.. Hari ini genap usia ku 31 tahun. Dikurniakan seorang suami yang penyayang, 2 orang cahaya mata perempuan berusia 5 dan 4 tahun serta insyallah, bulan Disember ni menanti cahaya mata yang ketiga.

Semoga Allah memanjangkan usia ku serta dimurahkan rezeki. Terima kasih mama, ayu dan kawan-kawan yang mengingati serta menghantar ucapan hari lahir. Semoga doa kalian dimakbulkan Allah. Amin..


Wednesday, August 10, 2011

Sepuluh Adab Berpuasa

SEPULUH ADAB-ADAB BERPUASA DAN SOLAT TARAWIH
disaring dari kitab ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
karangan : al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad (1132H)


Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang boleh menyempurnakan ibadah tersebut, antara yang terpenting ;

i. menjaga lidahnya dari berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya,

ii. memelihara mata dan telinga dari melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syara’ dan yang sia-sia,

iii. mengawal perutnya dari merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilakn pemakanan yang halal lagi bersih,

Ulama silam pernah berpesan : “Apabila kamu berpuasa maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka ?” Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri dari terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.

iv. berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan dari mendekati atau melakukan maksiat dan perkara yang sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna. Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan saw : “Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran dari puasanya melainkan lapar dan dahaga!” [an-Nasaei]

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam samada mereka sedang berpuasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa ianya lebih dituntut dan diwajibkan. Sabda Rasullah saw : “Puasa itu adalah ‘ perisai’, sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya maka hendaklah dia katakana kepada orang itu : “Saya sedang berpuasa”. [al-Bukhariy dan Muslim]

v. janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan besederhanalah pada keduanya bagi menyelami kejerihan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya terkawal, keinginan nafsunya kurang, hatinya ceria, itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

vi. jauhikan diri dari mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja di bulan puasa dan bulan-bulan yang lain. Pengembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan memberikan kesan yang positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut terutama pada bulan Ramadhan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain sebenarnya terpedaya dengan pujukan Iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, ni’mat limpahan ketenangan dari Allah swt, kekusyukan diri ketika bermunajat dan berzikir kepadaNya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakananya sehingga terserlah kesan puasa itu kepada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah swt.

Sabdanya : “Takungan jelek yang dipenuhkan oleh manusia adalah kantong perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya” [ Ahmad dan at-Tarmiziy].

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut : ‘Sekiranya perutmu kenyang angota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu) tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang’.

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat di bulan Ramadhan secara khusus bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

vii. tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadhan ini bahkan mengambil kesempatan yang ada bagi beribadat kepada Allah dan mengingatiNya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tangungannya. Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.

viii. mempraktikkan amalan sunnah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ianya tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi saw berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib.

Sabdanya : “Ummatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur”. [Ahmad, al-Bukhariy dan Muslim].

ix. menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda saw : “Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa baginya ganjaran seumpama pahala orang yang berpuasa tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa)”. [al-Baihaqi dan ibnu Khuzaimah].

x. memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat Tarawih, witir dan sebagainya.

Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat Tarawihnya sepertimana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau. Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat Tarawih mereka kerana meninggalkan ‘wajib-wajib’ solat tersebut seperti ; meninggalkan tomakninah semasa ruku’ dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin kecepatan dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya. Amalan Tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya.

Kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, ruku’, sujud, khusuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya di dalam mengerjakan solat Tarawih itu sehinggalah selesai samada sebanyak 20 rakaat atau pun 10 rakaat. Sabdanya saw : “Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman” [an-Nasaei].

Dipetik dari Portal JAKIM : Mufti Negeri Terengganu

Monday, August 1, 2011

Kelebihan Bulan Ramadhan

  • Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
  • Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
  • Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
      (Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
      (Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
  • Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
  • Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
  • Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
  • Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
  • Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
  • Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
  • Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
  • Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
    • - Apabila  dia berdiri maka berdoalah hamparannya :  (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani  tebal kepadanya di dalam syurga)
    • - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
    • - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut  (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
    • - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
    • - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
    • - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya:  ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
    • Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
  • Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
    • Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
    • Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
    • Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
    • Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
    • Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
      • Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
      • Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
    • "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
       
    • "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
    • "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
    • "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam  syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya  hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat  dari pagi  hingga tenggelam matahari (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
  • Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)
  • Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)
  • Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang  salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
  • Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)
  • Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
  • Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).
Petikan dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi

Persediaan Ramadhan

Cara Menyambut Bulan Ramadhan

Segala pujian kepada Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, salawat dan salam buat Junjungan mulia Sayidina Muhammad dan kepada keluarganya.
Saudara-saudari seislam yang dimuliakan,
Andainya seorang teman yang anda kasihi dan segani, menghubungi anda dan menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?
Tentunya anda bergembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah anda dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut. Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman anda akan lakukan ?
Jika demikian…wahai saudara-saudari yang dikasihi Allah… bagaimana pula yang akan datang menjengok anda bukan sahaja dikasihi oleh diri akan sendiri bahkan ianya dikasihi oleh Pencipta anda Allah swt, RasulNya Muhammad saw dan sekelian orang-orang yang beriman !
Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan dari Allah swt ! Ia adalah bulan Ramadhan yang mulia, bulan berpuasa dan bertilawah al-Quran, bulan tahajjud dan qiyamullail, bulan kesabaran dan ketaqwaan, bulan kerahmatan, keampunan dan kebebasan dari api neraka.
Terdapat padanya suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan, bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Kita memohon limpahan kurniaanNya.
Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.
Oleh kerana itulah sifatnya tetamu mulia ini, amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya – menyambutnya dengan cara yang terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah dari kunjungannya dan apabila ianya pulang jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah. { Sesungguhnya telah berjayalah orang yang menyucikan dirinya (surah as-Syams 9)].
Dek kerana itulah ulama terdahulu menghargai tetamu ini… kerana itu diceritakan bahawa : { “Mereka memohon Allah lanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadhan sepanjang enam bulan sebelumnya… apabila ianya berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdo’a agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadhan sepanjang berapa bulan selepas itu..} sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu Rajab rahimahullah.


Cara Sambutan Ramadhan di pelbagai tempat


Firman Allah swt yang bermaksud : { Jika kamu ikuti (patuh) kepada kebanyakan manusia di muka bumi ini mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah (surah al-An’am 116) }. FirmanNya yang bermaksud : { Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman walaupun kamu sangat menginginkannya (surah Yusuf 103) }
Saudara-saudari yang dikasihi ;
Sekiranya anda memerhatikan keadaan dunia Islam anda akan merasa kehairanan dan ta’jub dengan keadaan mereka di dalam menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.
· Sebahagiannya menyambutnya dengan pelbagai kegiatan yang menyalahi hukum Allah swt…
· Sebahagiannya menyambutnya dengan berpesta, perhimpunan umum, nyanyian, tarian dan muzik…
· Sebahagiannya menyediakan filem-filem yang menyeronokkan sepanjang malam di bulan Ramadhan… yang dipenuhi dengan adengan yang memenuhi tuntutan nafsu berahi…
· Sebahagiannya menyambutnya dengan menjemput dan mengadakan pertemuan dengan penyanyi-penyanyi dan pelakon-pelakon filem seraya bertanya : “Apakah nyayian dan adengan lakonan yang bakal dipersembahkan ?”…
· Sebahagiannya menyiapkan agenda-agenda peraduan, pertandingan, uji bakat bulan Ramadhan yang menjauhkan diri dari ketaatan kepada Allah…dan lain-lain lagi.
Bukanlah begitu sepatutnya diraikan bulan Ramadhan yang berkat…dengan maksiat, kerja-kerja haram, memerangi kehormatan bulan mulia dan permusuhan dengan Allah yang maha kuasa.
Benarlah sabda Baginda saw yang bermaksud : “Ramai yang berpuasa habuannya hanyalah lapar dan dahaga” (riwayat Ahmad)
· Sebahagiannya menyambutnya dengan mengunjungi pasar-pasar, berasak-asak dengan orangramai bagi membeli pelbagai jenis makanan dan minuman ; seolah-olah bulan tersebut adalah bulan makan-minum, tidur di waktu siang, berjaga di malamnya dengan aneka hiburan dan pelakuan haram sambil mengucapkan kata-kata : “Selamat datang wahai Ramadhan…bulan keberkatan dan pahala..” menggantikan taubat, beramal soleh dan bersyukur kepada Allah dengan hati, lidah dan anggota.
Kepada mereka kita bacakan ungkapan penyair ;
“Wahai orang yang berkhidmat kepada dirinya alangkah deritanya dirimu,
Apakah kamu menuntut keuntungan pada pekerjaan yang merugikan,
Siapkanlah dirimu sempurnakanlah kelebihannya,
Kamu adalah insane kerana jiwa bukan kerana tubuh semata-mata.”


Pedoman Menyambut Ramdhan yang Dianjurkan

Cara yang dianjurkan oleh Islam adalah sebagaimana berikut ; secara ringkasnya :
i- Berdoa’ … semoga Allah melanjutkan usia anda dapat menyambut bulan Ramadhan… sebagaimana yang diamalkan oleh ulama silam, di samping memohon pertolonganNya dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya,

ii- Membersih diri dan bersuci… iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat nasuha dari segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu.

Bagi mereka yang masih melakukan dosa kita tanyakan :
- “Jika anda masih dalam kekotoran maksiat, patutkah anda menerima hadiah pemberian Allah ini?”,
- “Bagaimana anda berpuasa lantas berbuka dengan perkara yang diharamkan?”,
- “Wahai mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja ! Bagaimanakah puasamu akan diterima Allah sedangkan anda masih lagi meninggalkan rukun Islam kedua yang denganya anda terkeluar dari agama Allah?”,
- “Wahai mereka yang masih memakan hasil riba, rasuah dan haram ! Bagaimanakah kamu sanggup berpuasa, tidak makan yang diharuskan oleh Syara’ tetapi kamu berbuka dengan rezeki yang haram?”,
- “Wahai anak-anak yang menderhakai ibu-bapanya ! Bagaimanakah kamu rasa tenang untuk berpuasa sedangkan Jibri mendo’akan kemusnahanmu lantaran kederhakaanmu itu dan diaminkan oleh Junjungan saw?”,
- “Wahai saudaraku yang dikasihi! Bagaimana kamu harapkan puasamu dimakbulkan sedangkan kamu masih berada di landasan yang tidak diredhaiNya?”.
- “Tidakkah pernah dinyatakan kepadamu sabda Baginda saw : “Sesiapa yang tidak meninggalkan perkataan dusta dan terus mengerjakannya, Allah tidak akan menghiraukannya - tidak memberikan pahala kepadanya - (walaupun) dia tidak makan dan minum (berpuasa)” (riwayat al-Bukhariy).
Oleh kerana itu bertaubatlah kepada Allah swt dengan bersungguh-sungguh, pintu taubat sentiasa terbuka, taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa.. bahkan ianya memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah swt.

iii- Penyediaan diri bagi menyambut kedatangan Ramadhan… dengan menunaikan ‘ibadat puasa sunat pada bulan Sya’aban serta amalan kebaikan lain… ianya bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah swt … sebagaimana yang diriwayakan oleh Usamah bin Zaid : “Nabi saw berpuasa penuh pada bulan Sya’aban… atau berpuasa sebahagian besar pada bulan tersebut…”,


iv- Antara perkara terpenting ; mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunnah Nabi saw serta aturcara pusanya sebelum menghampiri bulan tersebut, mempelajari syarat-syarat puasa, sah batalnya , hukum berpuasa pada hari terakhir bulan Sya’aban (hari syak), perkara yang harus, wajib atau haram bagi seseorang yang berpuasa, apakah adab-adab dan sunat-sunat berpuasa, bagaimana ingin menunaikan I’badah qiyam (solat tarawih dan seumpamanya), hukum-hakam bagi orang uzur, sakit, musafir dan sebagainya pada bulan puasa, berkenaan bayaran zakat fitrah… dan seumpamanya. Begitu juga memahami cara ‘ibadah Nabi saw di bulan yang mulia ini terhadap dirinya, keluarga dan umatnya… puasanya… qiyamnya… kemurahannya…penjagaan pancainderanya… tadarus al-Quran… dan seterusnya.
v- Antara agenda seterusnya menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan mengadakan program-program yang memenuhi waktu anda yang amat berharga itu bagi diri anda, keluarga, rakan-rakan … dengan membaca al-Quran, tadarus, hafazan… qiyamullail, menyediakan hidangan berbuka puasa untuk mereka, umrah, I’tikaf, bersedaqah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, ketaatan kepada Allah… dan seterusnya.

Saudara-saudariku yang dihormati :
Inilah secebis coretan antara perkara yang amat perlu diamalkan sempena kedatangan bulan Ramadhan yang dipenuhi dengan keberkatan ini… semoga Allah menyelamatkan kita dengan dijuruskan diri-diri kita kepada petunjuk yang benar dan jalan yang diredhaiNya, serta dijauhkan kita dari kesalahan yang menjurus kepada kebinasaan dan kesesatan.
Sebagai penutup bicara marilah sama-sama kita menyelami kata-kata ini :
Wahai mereka yang belum cukup baginya dosa di bulan Rajab,
Sehingga menderhakai Tuhannya di bulan Sya’aban,
Telah datang kepadamu bulan puasa selepas keduanya,
Janganlah jadinya juga bulan kederhakaan,
Bacalah al-Quran dan bertasbihlah padanya, dengan sunguh,
Kerana ia bulan tasbih dan bulan Quran,
Ramai mana yang kamu kenal orang terdahulu yang telah berpuasa,
Antara keluargamu, jiran tetangga dan sahabat handai,
Mereka telah meninggal dunia sedangkan kamu masih hidup,
Alangkah hampirnya masa mereka yang telah pergi dengan yang masih tinggal.

Ya Allah, sampaikan kami ke bulan Ramdhan… bantulah kami di dalam mengerjakan puasa, qiyam dan amalan soleh padanya dan di bulan-bulan yang lain, teguhkanlah pendirian kami di dalam ketaatan kepadaMu sehingga kami menemuiMu. Engkalah yang maha mendengar alagi maha menyahut do’a-do’a kami.

Dipetik dari Portal JAKIM : Mufti Negeri Terengganu

Sunday, June 19, 2011

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa buat bapa2 dan bakal bapa diseluruh dunia. Semoga menjadi contoh terbaik buat anak2 dan sentiasa maju jaya. 

Buat ayah, Mahad bin Maaseh dan ayah mertua, Kamarudin bin Rahmat semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur serta sentiasa berada didalam rahmat NYA. Terima kasih kerana berjaya membesar dan mendidik anak-anakmu sehingga menjadi manusia yang berguna dan berjaya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.


ayahku.


ayah mertuaku.


Buat suami dan ayah kepada anak-anak ku, terima kasih atas kasih sayang yang diberikan dan sentiasa sabar melayan kerenah kami bertiga. Mudah-mudahan Allah mempermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur serta dimurahkan lagi rezeki. Amin..


Kebetulan, hari bapa ni jatuh pada hari lahir kelahiran adik ku Nurul Akmar Mahad dan sahabatku Nurul Huda Abdullah. So, dikesempatan ini, along ingin ucapkan Selamat Hari Lahir yang ke-29. Kepada sahabatku, Selamat Hari Lahir yang ke-31. Semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur  dan success selalu.

Saturday, June 18, 2011

Alhamdullilah..

Alhamdullillah.. setelah lebih 2 bulan tak rupa orang.. hahaha..

2 bulan lebih blog nie tak berupdate.. tak punya kekuatan untuk membuat entry. nie gara-gara penyakit "buatan orang"lah ni. hahaha.. alah kali nie agak teruk juga. makan tak lalu. malas kemain lagi. tidur kuat. bangun pagi buat sarapan anak2. anak2 ke sekolah, sambung tido balik. tghhari bgn, masak, suap anak makan, lepas zohor tido lagi. sampai petang. boleh... adoiyai.. lesu badan. apa nak buat.

alhamdullillah.. kini, usia kandungan mencecah 19 minggu. mengandung kali nie, memang dirancang. setelah 4 tahun free, kini teringin pulak nak ber baby.. hehe.. syukur.. tuhan makbulkan. mudah-mudahan, kali nie biarlah baby boy. tapi kalau takde rezeki, redha jer lah. janji sihat dan sempurna. amin..

Thursday, April 7, 2011

Kejohanan bola sepak dan bola jaring PASTI

Saya diberitahu oleh cikgu (ummu) Zulaikha, dia terpilih untuk mewakili Pasti SPPK dalam acara bola jaring.  Terkejut giler saya. Ye lah kan.. umur baru 5 tahun dah main bola jaring.. saya dulu darjah 1 pun belum tentu boleh main bola jaring. hahahaaa..

So, dalam seminggu adalah 2-3 kali zulaikha training, sejak bulan Feb. setiap kali balik sekolah, saya tanya dia, macam mana main bola? boleh ke kakak main? dia jawab bolehh.. siap tunjuk aksi pegang bola nak masuk dlm jaring. yg tak boleh blah tu, siap kaki kiri lentik ke belakang tu.. macam profesional.. dalam hati, boleh ker anak aku nie main.. ermmmm... entahlah..

So, sabtu lepas 2/4/2011, adalah hari kejohanan bola sepak dan bola jaring PASTI. Diorang buat kat Padang DBKL, Bandar Tun Razak. Zulaikha pergi dengan ummu dia. So, pepagi pukul 7, ayah dia dah hantar ke sekolah. Saya ajak mak mertua temankan. Pukul 8 pagi saya, mak dan damia bergegas ke padang. Excited giler ibu dia nak tengok anak dia main bola jaring. Takut lewat pulak dan terlepas aksi zulaikha main bola jaring nanti.

Sampai2, diorang tengah berbaris lagi.. Lega.. cari tempat berteduh. cuaca agak panas juga pagi tu.

 zulaikha (baju merah)



Masa nie, cikgu tengah berucap. Kemudian diorang nyanyi lagu PASTI. Sebagai penutup, dua org kanak lelaki dipanggil kedepan untuk membaca ikrar dan doa. Pandai diorang menghafal.

Acara pun bermula. First round, zulaikha tak main. jadi pemain simpanan jer. Bila second round, zulaikha dipanggil. Korang layan lah gambar dulu..

 sedia....





gaya ada. tapi...




Bila tengok gambar, macam ada gaya.. tapi hakikatnyer... aduhh.. malu nak citer kat sini.. zulaikha adalah sangat bluurrr.. hahaha.. dia lebih mengikut belakang orang. bukan nak kejer bola. aduh.. ibu dia kat tepi padang terjerit2 suruh dia rebut bola.. sepanjang permainan, bola tak lekat kat tangan dia.. takpelah nak.. ibu tau kemampuan anak ibu..

tengok lah tu, org tengah bermain, dia sempat beri pose kat ibu dia.. hahaha.. adoiyaii..




selesai.. kalah.. hahaha..

1st round tadi, kumpulan dia kalah juga. 2nd round pun kalah juga.. so, mana group yang menang, diorang ada separuh akhir lagi. moh ler kita balik.. waktu pun dah pukul 12.30. minta izin ummu dia nak bawa balik zulaikha. takpe, tahun depan cuba lagi yer nak..

Related Posts with Thumbnails