Sunday, February 6, 2011

Percutian pantai timur part 2

Lepas sarapan, lebih kurang kul 10 kitaorang bergerak menuju ke Kuala Terengganu. Destinasi adalah Masjid Kristal. Dengan bantuan Garmin, sampai di masjid kristal pukul 1.00 pm. Sebelum tu, singgah di Kg. Hj.Losong. Beli keropok losong. Saya adalah beli beberapa keropok mentah untuk dibuat buah tangan untuk kengkawan. Beli juga yang dah masak. Uihh.. panas2.. sedap giler.. cicah lak ngan kuah pencicah dia.. fuh.. meleleh ayaq liuq.. teringat2 sampai sekarang.. :p

Sepanjang jalan menuju ke Masjid Kristal, kelihatan pintu gerbang bertulis "Selamat Datang Ke Taman Tamadun Islam".  Didalam taman ini lah terdapat bermacam-macam tempat untuk dilawati. Masa pergi first time dulu langsung tak sempat nak jelajah. Taman ini terbahagi kepada 2 zone. Zone A dan zone B.

Zone A menempatkan Monument Park.  Terdapat 21 jenis replika masjid dan bangunan bersejarah diseluruh dunia.  Antaranya adalah  Masjid Negara di Malaysia, Masjid Pattani di Thailand, Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Brunei, Taj Mahal di India, Masjid Lutfallah di Iran dan macam-macam lagi. 

Zone B pula adalah public area yang mana menempatkan Bbeteng restoran dan food court, Masjid Kristal, Convention Centre, Tok Ku Paloh Jeti, Guest House dan Warrior Park. Kalau nak keterangan lanjut sila lah lawati www.tti.com.my

Disebabkan masa mencemburui saya, eceh, saya cuma masuk masjid kristal dan melayari sungai kuala terengganu dengan manaiki TTI River Cruise.

Sampai di Masjid Kristal kebetulan masuk waktu zohor. Setelah menjalankan kewajipan, kitaorang pun menjalankan sesi bergambar. Kiranya, ini kali kedua saya sampai di Masjid Kristal. Kali pertama datang dengan geng VRC Club. Tahun lepas kalau tak silap saya.. Sampailah hajat ayah mertua saya nak menziarah Masjid Kristal di Terengganu.


Zulaikha, mak, damia, ayah.


keadaan didalam masjid. sungguh cantik sekali.

Bila dah puas bergambar, kitaorang pun berjalan diatas jambatan di sepanjang sungai menuju ke Taman Tamadun Islam.  En. toyyep jumpa kawan dia kat sana. kawan masa sama2 keje schindler. so, dia parking kereta kat sana. masa tu angin kuat. terasa segar jer badan..





Bila sampai di Taman Tamadun Islam, ternampak lah deretan kapal. pastu tengok ada orang menunggu nak naik kapal tu. Memula memang tak rancang nak naik. Tapi, bila dengar pegawai kat situ beri taklimat sebelum naik, terasa macam nak naik pulak. Lagipun, memang takde destinasi lain nak tuju. Memang nak balik KL terus. Alang-alang dah sampai terengganu kan. 

Pegawai tu kata, kapal dah nak bergerak. kalau nak naik beli tiket sekarang. kalau tak kena tuunggu orang penuh baru naik. Kalau mahal tak naik lah. Bila tanya harga, Dewasa RM 10 sahaja. Kanak-kanak RM 8. Terus hulur not RM 50. hahaha.. so jumlah 4 dewasa sorang kanak2 adalah RM 48. Damia dikecualikan. Ok lah kan...

So, pilih-pilih jeket keselamatan, terus naik. Damia paling excited. Jeket untuk kanak2 saya sangat suka. cute jer..







Tempoh perjalanan cruise ini adalah selama 45 minit. Kapal ini membawa sekeliling sungai kuala terengganu hingga ke seberang takir. kalau tak silap saya lah. hehehe.. sepanjang perjalanan, terdapat pegawai yang menceritakan sejarah setiap pulau yang dilawati. Kiranya tak boring lah selama 45 minit tu. dapat information lagi. Yang saya paling ingat adalah pulau mayat. pegawai tu cakap, nama pulau tu diberi sebab masa zaman perang mayat-mayat dibuang dipulau tersebut. kalau laut surut, boleh nampak mayat. ishh.. seram...


Ha.. kalau korang perasan kat seberang tu, kalau tak silap saya pulau duyung. Mengikut kata pegawai tu, tempat tu kalau time hujung tahun memang penuh. Ala, yang selalu dorang wat Piala Moonsun Terengganu tu.. Pertandingan kapal layar yang mana peserta terdiri dari setiap pelusuk negara. Banyak hotel dan shalet bertaraf 5 bintang. Mahal tu..

 Zulaikha
 Damia








Pandangan Masjid Kristal dari atas kapal

So, perjalanan selama 45 minit adalah tidak membosankan. Saya rekemen korang naik kapal nie. syok!!!

Destinasi seterusnya adalah cari makan dan pulang ke Kuala Lumpur. En. toyyep ikut jalan persisir pantai.  So, sepanjang perjalanan pulang, mata di sajikan dengan ombak pantai dan angin yang kuat.  Kalau tak silap en. toyyep singgah kat pantai kelulut. 

So, selamat sampai di KL lebih kurang pukul 12 tgh malam setelah beberapa kali berhenti di RnR sebab driver mengantuk.. hehehe...

Gambar terakhir di pantai kelulut..





Percutian yang berbaloi-baloi!!!

No comments:

Related Posts with Thumbnails