Semoga Ramadhan kali ini kita tidak rugi lagi..
Saturday, July 21, 2012
Panduan Solat Sunat Tarawih
Dulu masa sekolah, adalah ustaz / ustazah ajar cara solat sunat tarawih ni.
Maklumlah setahun sekali buat, kadang2 tak ingat juga.
Masa bujang dulu memang tak miss buat solat sunat tarawih nie..
Bila dah kawen, dah ada anak, paham2 je lah. Tunggu anak2 besar sikit baru boleh buat solat sunat tarawih (kat surau @ masjid)
Masa tgk website JAKIM ada terjumpa panduan solat sunat tarawih nie.
Meh kita mengulangkaji sama-sama.
Sharing is caring..

Thursday, July 19, 2012
Suspect Meningitis
5 Julai - 15 Julai 2012 - Tarikh yang tak akan ibu lupa. Anak ibu, Wafiq dimasukkan ke wad sebab suspect meningitis akibat demam.
Dah lah ibu baru keje 2 bulan. Anak pulak masuk wad. Unpaid leave lah jawabnya.. Nak buat mcm mane. Kena lah berkorban untuk anak.
Kecik2 lagi dah kena cucuk sana sini. Usia wafiq skrg 7 bulan. Kesian anak ibu..
Wafiq kena tahan selama 10 hari, coz dr nak bagi antibiotik melalui saluran darah. Dr. kata meningitis tu adalah terdapat kuman di dalam otaknya. Dulu, Mia pun pernah kena masuk ubat antibiotik tu. Tapi dia demam sampai sawan..
Saya copy maksud meningitis dari sini.
Apakah itu meningitis?
Meningitis ialah radang membran yang
meliputi otak yang cenderung merebak dengan cepat. Terdapat banyak jenis
meningitis. Dua yang utama ialah meningitis jenis virus dan bakteria.
Meningitis virus adalah jenis yang sering dijumpai dan agak ringan
(sesetengah pesakit tidak sedar pun bahawa mereka telah dijangkiti).
Jenis jangkitan bakteria jarang berlaku namun, mengancam nyawa dan oleh
itu, perlu dirawat segera.
Meningitis bakteria juga datang dalam pelbagai bentuk (meningokokus dan pneumokokus adalah dua yang utama). Ia memang satu penyakit yang serius dan teruk, apatah lagi, apabila komplikasi juga berlaku dengan cepat, boleh menjadikannya lebih berbahaya. Bergantung kepada jenis, didapati bahawa meningitis bakteria mengakibatkan maut dalam 10 ke 20 peratus kes, dan boleh menyebabkan ketidakupayaan yang serius seperti pekak atau kerosakan otak, jadi rawatan segera adalah penting. Septisemia (keracunan darah) adalah komplikasi serius yang disebabkan kemasukan bakteria ke dalam aliran darah serta pembiakan yang cepat. Meningitis jenis septisemia adalah yang paling berbahaya.

Saya pun tak tau, wafiq dan mia dalam kategori yang mana? Harap2 tak merbahaya.. Amin..
Apakah simptomnya?
Tidak terdapat satu pola tetap untuk
penyakit ini yang boleh dijadikan panduan jitu. Tempoh inkubasinya ialah
antara dua hari dan tiga minggu, bergantung kepada jenis meningitis.
Simptom-simptom boleh berlaku mengikut turutan tertentu ataupun
sebaliknya. Dalam banyak case, ia seakan-akan influenza iaitu terdiri daripada suhu badan yang tinggi atau demam, sakit kepala yang teruk, loya dan muntah,
tidak suka pada cahaya serta leher yang tegang. Tidak semua simptom
boleh diramalkan; sesetengah bayi akan menjadi lesu dan tidak bermaya,
sementara bayi lain akan menjadi kejang disertai dengan pergerakan
tersentak-sentak.
Kadangkala terdapat ruam yang disebabkan oleh septisemia, yang akan timbul di bawah kulit seperti satu kelompok titik-titik kecil. Ia kelihatan seperti tanda-tanda pin halus dan boleh timbul di mana-mana bahagian badan anda. Jika tidak dirawat, ia akan mula kelihatan seakan-akan lebam diikuti dengan kerosakan kulit dan perubahan warna menjadi ungu.
Anda boleh gunakan "ujian kaca" untuk memeriksa ruam yang disyakki. Tekankan sisi sebuah gelas yang lutsinar ke atas ruam tersebut. Jika ia bukan ruam meningitis, ia akan pudar; tetapi jika ia ruam meningitis, ia akan kekal kemerahan. Jika terdapat sebarang keraguan, dapatkan bantuan perubatan dengan segera. Ruam adalah salah satu tanda akhir sepsis yang mana selepas itu, keadaan anak anda akan menjadi kritikal dengan begitu pantas; tetapi, nasib baik ada tanda-tanda awal untuk anda perhatikan.
Pada bulan Januari 2005, pakar-pakar dari Universiti Oxford di UK menarik perhatian ramai kepada simptom-simptom awal septisemia yang boleh dikenal pasti beberapa jam sebelum penyakit mencapai peringkat kritikal. Tanda-tanda awal sepstisima merangkumi:
• tangan dan kaki yang sejuk dan suhu yang tinggi;
• warna kulit yang luar biasa pucat seperti kelihatan amat putih pudar, kebiruan atau gelap di sekitar bibir;
• sakit kaki yang meruncing yang menyukarkan pesakit itu berjalan atau berdiri;
Jika bayi anda belum lagi boleh berdiri atau bercakap, sakit otot atau sakit anggota atau sendi akan menyebabkan bayi anda meragam. Bayi-bayi yang sihat selalu juga mempunyai tangan dan kaki yang sejuk, sebab itu perhatikanlah pola pernafasan yang pantas dan luar biasa termasuk badan mengigil, yang merupakan simptom-simptom lain bagi penyakit tersebut. Adalah baik sekiranya ibu bapa boleh mendapatkan rawatan perubatan apabila mereka mengenal pasti simptom-simptom awal ini, supaya lebih banyak nyawa dapat diselamatkan.
Sentiasalah memeriksa bayi anda jika anda mempunyai sebarang rasa syak mengenai penyakitnya yang semakin teruk. Jika tiada ruam yang timbul tetapi keadaan anak anda merosot dengan cepat, bawalah dia ke hospital dengan segera.

Bolehkan bayi baru lahir mendapatnya?
Meningitis neonatal selalunya disebabkan oleh E.coli, streptokokus kumpulan B atau listeria. Risiko adalah lebih tinggi di kalangan bayi-bayi pramatang
dan mereka yang mempunyai berat badan kurang daripada 2kg (kira-kira 4
paun dan 6 aun). Bayi-bayi lain juga mudah mendapat meningitis,
malangnya, ia adalah lebih sukar untuk didiagnosis.
Baby Watch, dirasmikan oleh Victoria Beckham dan Dr Hilary Jones untuk Yayasan Pengkajian Meningitis di UK, menasihatkan para ibu bapa supaya berpandu kepada gerak hati mereka dan mempunyai sikap berwaspada terhadap tanda-tanda tertentu seperti tompok lembut di kepala bayi (fontanel) membonjol serta kulit yang pucat, bertompok-tompok atau bertukar biru. Bayi-bayi yang dijangkiti meningitis selalunya demam, sukar untuk bangun dari tidur, tidak mahu menyusu langsung dan memperlihatkan ekspresi yang kosong dan termenung. Kadang-kala ibu bapa juga akan menyedari raungan atau tangisan yang nyaring serta menyedari bahawa bayi mereka masih meragam apabila diangkat.

Bilakah patutnya saya mendapatkan bantuan?
Jika anda syakkan meningitis, dapatkan
rawatan dengan segera di Jabatan Kemalangan & Kecemasan di hospital
terdekat. Jika ia berkaitan bakteria, rawatan awal dengan antibiotik
adalah penting untuk mengelakkan kesan sampingan yang memudaratkan atau
mungkin menyebabkan kehilangan nyawa. Letaklah kepercayaan sepenuhnya
kepada gerak hati anda.
Alhamdullilah.. wafiq dapat dikesan awal oleh dr.
Bagaimanakah meningitis didiagnosis?
Diagnosis dilakukan dengan tebukan lumbar
– ahli profesional kesihatan akan memasukkan jarum yang berlubang ke
bahagian bawah tulang belakang, terus mengeluarkan sampel cecair, dan
memeriksanya. Prosedur mengambil kurang daripada 20 minit dan mungkin
menyebabkan sakit kepala selepas itu.
Apakah rawatan yang diberikan?
Meningitis virus tidak bertindak balas
dengan antibiotik, jadi rawatannya berasaskan rehat dan penjagaan rapi.
Jangkitan ini akan hilang dengan cepat, walaupun sakit kepala dan rasa
letih akan berlanjutan bagi masa yang agak panjang. Kadangkala, walaupun
jarang, meningitis virus boleh menjejaskan otak dan menyebabkan
ensefalitis (radang otak). Dalam kes-kes ini, rawatan antivirus
diperlukan manakala meningitis bakteria memerlukan rawatan antibiotik
dengan segera.
Adakah meningitis berjangkit?
Kebanyakan kes meningitis bakteria
menyerang secara individu tetapi kadang-kala meningitis meningokokus
berlaku secara berkelompok. Mereka yang mempunyai kontak yang dekat
(selalunya didefinisikan sebagai berkongsi rumah) dengan seseorang yang
mempunyai meningitis bakteria atau septisemia meningokokus akan
diberikan antibiotik untuk mengelakkan risiko jangkitan. Jangkitan akan
merebak dengan bersin atau, bagi orang dewasa, dengan ciuman. Bakteria
yang menyebabkan masalah tersebut adalah jenis yang sangat biasa, yang
secara semula jadinya, hidup di belakang hidung dan tekak kita dan ramai
orang mempunyainya tanpa jatuh sakit. Mujurlah, jangkitan meningokokus
jarang berlaku di Malaysia.
Meningitis virus direbakkan, sama seperti virus yang lain, dari individu ke individu lain, sesetengahnya melalui batuk dan bersin, dan yang lain disebabkan tahap kebersihan yang rendah, contohnya, tidak mencuci tangan selepas ke tandas. Meningitis virus dahulunya juga datang dari komplikasi penyakit seperti demam campak dan beguk tetapi pemvaksinan MMR telah menghapuskan ancaman ini.

Bagaimanakah meningitis boleh dicegah?
Bayi-bayi sekarang akan menerima vaksin Hib (Haemophilus influenzae jenis B) pada usia dua, tiga dan lima bulan dengan suntikan penggalak pada 18 bulan. Pemvaksinan Hib juga memberikan perlindungan terhadap jangkitan bakteria seperti artritis septik dan selulitis.Vaksin pneumokokus boleh didapati tetapi buat masa ini ianya hanya merupakan vaksin pilihan, bukan wajib. Bakteria pneumokokal ialah penyebab bagi satu dalam 10 kes meningitis.
Masih tidak terdapat vaksin lagi terhadap meningokokus kumpulan B,iaitu kumpulan yang biasanya menyebabkan meningitis meningokokus. Kajian menunjukkan bahawa merokok dalam rumah boleh meningkatkan kebarangkalian anak mendapat meningitis, jadi berhentilah merokok untuk mengurangkan risikonya. Di Malaysia, vaksin terhadap meningokokus kumpulan A,C,W,Y boleh didapati untuk kanak-kanak yang berusia lebih daripada dua tahun.
Hari ke lima - sembilan
Hari ke sepuluh - Discharge
Alhamdullilah.. Wafiq anak ibu dah sihat dan kembali ceria.. Syukur..
Thursday, July 5, 2012
Wafiq Admitted
Tak sangka pula, niat nak sambut birthday hubby awal, rupa2nya petanda ada sesuatu perkara yang akan terjadi..
Wafiq diarahkan Dr masuk wad sebab demam. Suspect meningitis (kuman dalam otak). Ya Allah!! Berilah aku kekuatan!!..
Selamat Hari Ulang Tahun Suamiku..
Hari ini genap 39 tahun usia en. toyyep..
Selamat Hari Ulang Tahun Abang..
Semoga abg dikurniakan rezeki yang murah dan umur yang panjang. Tiada apa yang dapat ibu berikan, hanya kasih sayang yang tidak berbelah bahagi..
Salam sayang dari ibu, zulaikha, damia dan wafiq untuk ayah tersayang..
Wednesday, July 4, 2012
Pre Birthday Hubby
Balik dari ofis, singgah beli kek untuk en.toyyep. Hajat memang nak sambut awal, biar rasa teruja sikit..
Lagipun minggu nie, en.toyyep standby sampai pukul 9pm. So, balik keje tak masak. Pesan kat en.toyyep, beli jer lah lauk simpel2.
Anak2 tak sabar nak tunggu ayah dia balik. Nak makan kek!! Oh, wafiq demam pulak. Pengasuh cakap, tengah hari badan dia start panas. Dia cuma lap2 kepala kurangkan panas dia sebab ubat demam takde kat dia.
Sekali, ayah dia balik beli lauk ikan siakap 3 rasa. Ni kira celebrate sekali lah ni..
Sila abai no pada kek. Sebenarnya 39 bukan 38.. Ibu silap kira.. Hahaha..
Ayah dia tak sempat mandi, anak2 sibuk suruh potong kek. Sambutan yang ringkas, tapi amat bermakna..
Happy Birthday Sayang.. We Love U..
Romantis, Perlukah?
Romantis bukan ringkasan dari rombongan makan percuma. Tetapi suatu sikap yang sangat membahagiakan pasangan. Pasangan kita merasa bahawa dirinya melambung apabila mendapat sifat romantis yang ada pada kita. Sikap ini boleh sahaja berupa kata-kata, atau juga berupa perbuatan.
Sudah menjadi sesuatu yang umum bahawa wanita suka akan perkara-perkara romantis. Wanita mana yang tidak akan menitiskan airmata menyaksikan adegan drama romantis di filem kesayangannya? Atau, semua wanita pada suatu saat pasti pernah memimpikan akan bertemu dengan 'kesatria berbaju besi' yang akan menyelamatkannya hingga ' hidup bahagia selamanya'.
Sebenarnya, apa agaknya yang membuat wanita begitu 'tergila-gila' pada semua perkara yang berbau romantis, padahal lelaki tidak mengendahkan perkara tersebut?
Definisi romantis sebenarnya sederhana, iaitu melakukan perbuatan untuk mempengaruhi perasaan seseorang dengan memberikan perhatian yang berlebihan, hadiah atau pujian. Tetapi seperti yang kita ketahui, ada yang lebih dari sikap romantis bukan sekadar sebuah kerlingan mata, sebuah senyuman, sekotak coklat atau dibanjiri dengan selaut pujian. Benarkah?
"Tentu sahaja!" Ujar Robert Billingham, seorang professor dalam bidang perkembangan manusia dan kajian keluarga dari Indiana Universiti, Amerika Syarikat. Bagi wanita, sikap romantis adalah refleksi dari kepercayaannya terhadap pasangannya.
Dari sudut pandanganya yang mendalam, sesorang wanita akan menyedari bahawa keintiman melibatkan kerelaan untuk 'menyerahkan diri'. Saat menjalin hubungan, seorang wanita memerlukan rasa percaya yang amat besar.
Bagi wanita sebuah hubungan intim sifatnya amat emosional dan memerlukan rasa percaya yang amat besar. Ketika seorang lelaki bersikap romantis terhadap wanita, itu tandanya ia menunjukkan rasa sayangnya pada wanita tersebut dan menyatakan bahawa ia mampu memenuhi keinginannya. Yang ingin dikatakanya adalah, "Aku tertarik padamu, dan aku tidak bermaksud jahat, percayalah padaku," Di pihak lain pula, seorang lelaki tidak memerlukan pendekatan emosioanal dan rasa percaya yang besar untuk memulai suatu hubungan.
Berbeza dengan pendapat diatas, menurut pakar psiologi Zahrasari Lukita Dewi, Psi., MS., Romantisme sebenarnya tidaklah menopoli hanya keperluan perempuan. Ertinya, dari sudut pandang psiologi, romantisme biasanya dihubungkan dengan perasaan emosi cinta, emosi yang menyenangkan dan yang membahagiakan, berkaitan dengan hubungan antara manusia. Tetapi, makna tersirat di sebalik romantisme selalu dihubungkan dengan lelaki dan wanita.
Hal yang berkaitan dengan kisah klasik, bahawa lelaki harus romantis dalam mendekati wanita. Kerana wanita memerlukan lelaki yang romantis. Tetapi, kalau dilihat lebih mendalam, kedua-duanya memerlukan romantisme. Tetapi apabila romantisme lebih diperlukan oleh perempuan, bukan kerana perbezaan keperluan romantisme, tetapi kerana wanita lebih bijak mengeksperasikannya.
Keromantisan pasangan boleh dijaga melalui banyak kaedah. Seperti memberikan perhatian pada perkara-perkara yang kecil, contohnya menanyakan sudah makan ke belum atau mengingatkan agar memakan ubat dan vitamin boleh menjadi salah satu pilihan. Atau bagi kaum wanita, sentuhan dan belaian tulus dari lelaki yang dicintai, akan sangat terpatri dalam dada, tertanam dalam ingatan, dan menggelorakan asmara.
Apa yang perlu diingat bahawa, segala sesuatu yang berkaitan dengan perasaan, fikiran mahupun tindakan seharian, seharusnya diceritakan agar dapat dikongsi bersama. Tanpa komunikasi atau berkongsi cerita, pasangan kita tidak akan pernah tahu apa yang telah dan akan dilakukan serta apa yang diperlukan. Cubalah terlebih dahulu membuat perubahan dalam hubungan yang serba rutin selama ini, daripada hubungan yang dingin kepada hubungan yang lebih ceria dan semakin erat. Melalui perkongsian dalam komunikasi juga boleh menyelesaikan sebarang masalah bersama-sama.
Satu perkara yang perlu diingat juga adalah peranan kita berdua lebih sekadar sebagai suami dan isteri, sebagai ibu dan ayah, tetapi sebagai lelaki dan wanita dewasa, yang memerlukan romantisme pada setiap waktu. Pada awal-awal tahun perkahwinan, pasangan sering memberi ungkapan cinta melalui sms, atau memberikan kejutan dengan memberi bunga, atau coklat, mengapa setelah usia perkahwinan masuk ke pertengahan masing-masing seperti secara automatik melupakan aktiviti tersebut? Maka ingatlah detik-detik manis itu dan mulakan kembali kegiatan tersebut.
Selalulah luangkan waktu untuk berdua-duaan bersama pasangan, contohnya tidak kiralah walau duduk di rumah sekalipun anda boleh mengambil kesempatan dengan membantu isteri di dapur. Bagaimana pula boleh menunjukkan sifat romantis di dapur? Banyak cara yang boleh anda lakukan contohnya boleh memeluk pasangan dari belakang atau mengurut bahu pasangan sambil mengucapkan, "Terima kasih kerana menyediakan hidangan yang sedap untuk kami," Atau, "Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?"
Secara tidak langsung si isteri akan merasa penat lelahnya dalam menguruskan rumahtangga dihargai dan ini juga meringankan kerja isteri kerana peranan wanita kini yang multi-tugas dan tidak lepas dari pekerjaan rumahtangga.
Tentu sahaja hubungan anda dan pasangan perlu melibatkan sejumlah romantisme. Tetapi jangan membohongi diri sendiri dan mengharapkan hubungan yang tidak realiti seperti yang terjadi di dalam kisah-kisah dongeng. Kenyataanya, dalam dunia nyata, mencintai tidak sama dengan hal jatuh cinta.
Cinta hanya merupakan tahap awal dari hubungan percintaan. Cinta tidak mungkin untuk tetap berada pada tahap tadi sahaja. Suatu hubungan yang matang dan dewasa akan mengalami mulai dari detik jatuh cinta yang menggebu-gebu hinggalah kepada cinta yang lebih mendalam. Cinta yang berubah menjadi sebuah perhatian, saling peduli dan saling memberi rasa tenang. Bukan lagi kata-kata manis atau puitis yang semakin lama kita sedari cuma manis di bibir sahaja.
Romantisme bukan hanya difahami sebagai satu luahan kata-kata yang penuh sensasi, bunga-bunga mekar dan indahnya pelangi. Tetapi ia adalah satu langkah persediaan untuk hidup saling menbahagiakan, sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang kita sayangi dan merasa kenikmatan bersama dalam cinta. Kerana kata-kata kosong tanpa dimulai dengan tindakan hanya akan berakhir kepada pendustaan, kebohongan dan ngomelan kosong yang semakin lama semakin mengecewakan.
Janji yang terucap berkali-kali hanya akan mewujudkan kekecewaan dan emosi yang melampau. Tidak ada iktikad untuk menepati, apalagi menarik kembali janji yang sudah terlanjur diucapkan. Romantisme perlu pada kadar yang seimbang, tidak berlebihan yang kemudiannya berakhir pada kekecewaan.
Ada banyak cara yang boleh anda lakukan dalam mewujudkan sebuah perasaan romantis misalnya :
- Memujinya dengan setulus pujian
Ini nampaknya akan terus memberi kesan sehingga anda memujinya lagi. Cubalah memuji prestasi atau ciri keperibadiannya - yang bererti sesuatu yang lebih spesifik untuk dirinya - agar terdengar bahkan lebih fokus padanya sebagai individu. Untuk benar-benar hebat dalam hal ini, panjangkan pujian kepada orang lain selain dirinya sendiri; memujinya di depan teman-temannya atau teman-teman anda, dan dia akan menjadi lebih menyanjungi anda.
- Memberi bunga
Ciptakan sebuah buket individual sambil fikirkan si dia. Wanita akan lebih menghargai bunga yang dipilih sendiri oleh anda, yang memiliki serba sedikit untuk dikatakan. Adakah ia menyebutkan bunga apa sebelumnya? Bagaimana dengan warna kegemaran atau tujuan hiburan? Apakah anda tahu bahawa setiap awal bulan bunga yang berkaitan dengan itu?
Melangkahlah ke kedai bunga apapun untuk mendapatkan ilham dari ratusan kombinasi yang tersedia dan gunakan imaginasi anda. Bukan hanya sekadar sejambak bunga yang dihias indah atau dengan hiasan yang ringkas sahaja tetapi ia cukup untuk menjelaskan pentingnya dia kepada anda tetapi juga menunjukkan betapa anda sering teringat dan dia sentiasa berada di dalam fikiran anda.
- Makan malam yang syahdu
Makan malam tidak seharusnya sangat mewah atau rumit untuk dibuat; semata-mata melihat anda dalam memaki apron di dapur pun sudah cukup mamadai. Cubalah masak sendiri dengan tangan anda. Dia akan sangat merasa dihargai kerana anda sendiri yang memasak untuknya. Jangan lupa untuk mengatur meja dengan kemas dan rapi sesuai dengan selera anada atau si dia.
- Hadiah kejutan
Memberi hadiah terkadang tidak perlu menunggu tarikh-tarikh tertentu sahaja. Anda hanya perlu ketulusan dan kesungguhan delam memberikannya. Perkara ini yang penting boleh membuat wanita anda terkejut denga hadiah akan selalu meninggalkan perasaan hanyut. Dapatkan hasil maksima dengan sesuatu yang anda tahu dia ingini atau dambakan.
- Mengambil perhatian
Cubalah untuk selalu memberinya perhatian yang ia perlukan. Cubalah menyelami setiap perkataannya, apa yang dia fikirkan dan apa yang dia inginkan. Kejutkan dia dengan keterampilan baru yang dia inginkan saat ini. Atau pada beberapa perkara yang dia tidak pernah menduga anda akan melakukannya.
- Menjaganya ketika sakit/krisis
Membawa tisu dan sup untuk isteri atau suami yang sedang demam selsema adalah salah satu bidang utama yang menandakan perbezaan antara nafsu dan kebersamaan yang tulus. Kerana dia akan tahu, bahawa dia tidak hanya dihargai ketika sihat sahaja. Tetapi saat ia lemah terbaring, anda masih berada di sisinya.
Sumber : Dari buku "Kerana Allah Aku Menikahimu" - Burhan Sodiq
Subscribe to:
Posts (Atom)