Wednesday, July 4, 2012

Romantis, Perlukah?

Romantis bukan ringkasan dari rombongan makan percuma.  Tetapi suatu sikap yang sangat membahagiakan pasangan.  Pasangan kita merasa bahawa dirinya melambung apabila mendapat sifat romantis yang ada pada kita.  Sikap ini boleh sahaja berupa kata-kata, atau juga berupa perbuatan.

Sudah menjadi sesuatu yang umum bahawa wanita suka akan perkara-perkara romantis.  Wanita mana yang tidak akan menitiskan airmata menyaksikan adegan drama romantis di filem kesayangannya? Atau, semua wanita pada suatu saat pasti pernah memimpikan akan bertemu dengan 'kesatria berbaju besi' yang akan menyelamatkannya hingga ' hidup bahagia selamanya'.

Sebenarnya, apa agaknya yang membuat wanita begitu 'tergila-gila' pada semua perkara yang berbau romantis, padahal lelaki tidak mengendahkan perkara tersebut?

Definisi romantis sebenarnya sederhana, iaitu melakukan perbuatan untuk mempengaruhi perasaan seseorang dengan memberikan perhatian yang berlebihan, hadiah atau pujian.  Tetapi seperti yang kita ketahui, ada yang lebih dari sikap romantis bukan sekadar sebuah kerlingan mata, sebuah senyuman, sekotak coklat atau dibanjiri dengan selaut pujian.  Benarkah?

"Tentu sahaja!" Ujar Robert Billingham, seorang professor dalam bidang perkembangan manusia dan kajian keluarga dari Indiana Universiti, Amerika Syarikat.  Bagi wanita, sikap romantis adalah refleksi dari kepercayaannya terhadap pasangannya.

Dari sudut pandanganya yang mendalam, sesorang wanita akan menyedari bahawa keintiman melibatkan kerelaan untuk 'menyerahkan diri'.  Saat menjalin hubungan, seorang wanita memerlukan rasa percaya yang amat besar.

Bagi wanita sebuah hubungan intim sifatnya amat emosional dan memerlukan rasa percaya yang amat besar.  Ketika seorang lelaki bersikap romantis terhadap wanita, itu tandanya ia menunjukkan rasa sayangnya pada wanita tersebut dan menyatakan bahawa ia mampu memenuhi keinginannya.  Yang ingin dikatakanya adalah, "Aku tertarik padamu, dan aku tidak bermaksud jahat, percayalah padaku,"  Di pihak lain pula, seorang lelaki tidak memerlukan pendekatan emosioanal dan rasa percaya yang besar untuk memulai suatu hubungan.

Berbeza dengan pendapat diatas, menurut pakar psiologi Zahrasari Lukita Dewi, Psi., MS., Romantisme sebenarnya tidaklah menopoli hanya keperluan perempuan.  Ertinya, dari sudut pandang psiologi, romantisme biasanya dihubungkan dengan perasaan emosi cinta, emosi yang menyenangkan dan yang membahagiakan, berkaitan dengan hubungan antara manusia.  Tetapi, makna tersirat di sebalik romantisme selalu dihubungkan dengan lelaki dan wanita.

Hal yang berkaitan dengan kisah klasik, bahawa lelaki harus romantis dalam mendekati wanita.  Kerana wanita memerlukan lelaki yang romantis.  Tetapi, kalau dilihat lebih mendalam, kedua-duanya memerlukan romantisme.  Tetapi apabila romantisme lebih diperlukan oleh perempuan, bukan kerana perbezaan keperluan romantisme, tetapi kerana wanita lebih bijak mengeksperasikannya.

Keromantisan pasangan boleh dijaga melalui banyak kaedah.  Seperti memberikan perhatian pada perkara-perkara yang kecil, contohnya menanyakan sudah makan ke belum atau mengingatkan agar memakan ubat dan vitamin boleh menjadi salah satu pilihan.  Atau bagi kaum wanita, sentuhan dan belaian tulus dari lelaki yang dicintai, akan sangat terpatri dalam dada, tertanam dalam ingatan, dan menggelorakan asmara.

Apa yang perlu diingat bahawa, segala sesuatu yang berkaitan dengan perasaan, fikiran mahupun tindakan seharian, seharusnya diceritakan agar dapat dikongsi bersama.  Tanpa komunikasi atau berkongsi cerita,  pasangan kita tidak akan pernah tahu apa yang telah dan akan dilakukan serta apa yang diperlukan.  Cubalah terlebih dahulu membuat perubahan dalam hubungan yang serba rutin selama ini, daripada hubungan yang dingin kepada hubungan yang lebih ceria dan semakin erat.  Melalui perkongsian dalam komunikasi juga boleh menyelesaikan sebarang masalah bersama-sama.

Satu perkara yang perlu diingat juga adalah peranan kita berdua lebih sekadar sebagai suami dan isteri, sebagai ibu dan ayah, tetapi sebagai lelaki dan wanita dewasa, yang memerlukan romantisme pada setiap waktu.  Pada awal-awal tahun perkahwinan, pasangan sering memberi ungkapan cinta melalui sms, atau memberikan kejutan dengan memberi bunga, atau coklat, mengapa setelah usia perkahwinan masuk ke pertengahan masing-masing seperti secara automatik melupakan aktiviti tersebut?  Maka ingatlah detik-detik manis itu dan mulakan kembali kegiatan tersebut.

Selalulah luangkan waktu untuk berdua-duaan bersama pasangan, contohnya tidak kiralah walau duduk di rumah sekalipun anda boleh mengambil kesempatan dengan membantu isteri di dapur.  Bagaimana pula boleh menunjukkan sifat romantis di dapur?  Banyak cara yang boleh anda lakukan contohnya boleh memeluk pasangan dari belakang atau mengurut bahu pasangan sambil mengucapkan, "Terima kasih kerana menyediakan hidangan yang sedap untuk kami," Atau, "Ada apa-apa lagi yang boleh saya tolong?"

Secara tidak langsung si isteri akan merasa penat lelahnya dalam menguruskan rumahtangga dihargai dan ini juga meringankan kerja isteri kerana peranan wanita kini yang multi-tugas dan tidak lepas dari pekerjaan rumahtangga.

Tentu sahaja hubungan anda dan pasangan perlu melibatkan sejumlah romantisme.  Tetapi jangan membohongi diri sendiri dan mengharapkan hubungan yang tidak realiti seperti yang terjadi di dalam kisah-kisah dongeng.  Kenyataanya, dalam dunia nyata, mencintai tidak sama dengan hal jatuh cinta.

Cinta hanya merupakan tahap awal dari hubungan percintaan.  Cinta tidak mungkin untuk tetap berada pada tahap tadi sahaja.  Suatu hubungan yang matang dan dewasa akan mengalami mulai dari detik jatuh cinta yang menggebu-gebu hinggalah kepada cinta yang lebih mendalam.  Cinta yang berubah menjadi sebuah perhatian, saling peduli dan saling memberi rasa tenang.  Bukan lagi kata-kata manis atau puitis yang semakin lama kita sedari cuma manis di bibir sahaja.

Romantisme bukan hanya difahami sebagai satu luahan kata-kata yang penuh sensasi, bunga-bunga mekar dan indahnya pelangi.  Tetapi ia adalah satu langkah persediaan untuk hidup saling menbahagiakan, sanggup melakukan apa sahaja untuk orang yang kita sayangi dan merasa kenikmatan bersama dalam cinta.  Kerana kata-kata kosong tanpa dimulai dengan tindakan hanya akan berakhir kepada pendustaan, kebohongan dan ngomelan kosong yang semakin lama semakin mengecewakan.

Janji yang terucap berkali-kali hanya akan mewujudkan kekecewaan dan emosi yang melampau.  Tidak ada iktikad untuk menepati, apalagi menarik kembali janji yang sudah terlanjur diucapkan.  Romantisme perlu pada kadar yang seimbang, tidak berlebihan yang kemudiannya berakhir pada kekecewaan. 

Ada banyak cara yang boleh anda lakukan dalam mewujudkan sebuah perasaan romantis misalnya :
  • Memujinya dengan setulus pujian
         Ini nampaknya akan terus memberi kesan sehingga anda memujinya lagi.  Cubalah memuji prestasi atau ciri keperibadiannya - yang bererti sesuatu yang lebih spesifik untuk dirinya - agar terdengar bahkan lebih fokus padanya sebagai individu.  Untuk benar-benar hebat dalam hal ini, panjangkan pujian kepada orang lain selain dirinya sendiri; memujinya di depan teman-temannya atau teman-teman anda, dan dia akan menjadi lebih menyanjungi anda.

  • Memberi bunga
       Ciptakan sebuah buket individual sambil fikirkan si dia.  Wanita akan lebih menghargai bunga yang dipilih sendiri oleh anda, yang memiliki serba sedikit untuk dikatakan.  Adakah ia menyebutkan bunga apa sebelumnya? Bagaimana dengan warna kegemaran atau tujuan hiburan? Apakah anda tahu bahawa setiap awal bulan bunga yang berkaitan dengan itu?

       Melangkahlah ke kedai bunga apapun untuk mendapatkan ilham dari ratusan kombinasi yang tersedia dan gunakan imaginasi anda.  Bukan hanya sekadar sejambak bunga yang dihias indah atau dengan hiasan yang ringkas sahaja tetapi ia cukup untuk menjelaskan pentingnya dia kepada anda tetapi juga menunjukkan betapa anda sering teringat dan dia sentiasa berada di dalam fikiran anda.

  • Makan malam yang syahdu
       Makan malam tidak seharusnya sangat mewah atau rumit untuk dibuat; semata-mata melihat anda dalam memaki apron di dapur pun sudah cukup mamadai.  Cubalah masak sendiri dengan  tangan anda.  Dia akan sangat merasa dihargai kerana anda sendiri yang memasak untuknya.  Jangan lupa untuk mengatur meja dengan kemas dan rapi sesuai dengan selera anada atau si dia.

  • Hadiah kejutan
      Memberi hadiah terkadang tidak perlu menunggu tarikh-tarikh tertentu sahaja.  Anda hanya perlu ketulusan dan kesungguhan delam memberikannya.  Perkara ini yang penting boleh membuat wanita anda terkejut denga hadiah akan selalu meninggalkan perasaan hanyut.  Dapatkan hasil maksima dengan sesuatu yang anda tahu dia ingini atau dambakan.

  • Mengambil perhatian
       Cubalah untuk selalu memberinya perhatian yang ia perlukan.  Cubalah menyelami setiap perkataannya, apa yang dia fikirkan dan apa yang dia inginkan.  Kejutkan dia dengan keterampilan baru yang dia inginkan saat ini.  Atau pada beberapa perkara yang dia tidak pernah menduga anda akan melakukannya.

  • Menjaganya ketika sakit/krisis
       Membawa tisu dan sup untuk isteri atau suami yang sedang demam selsema adalah salah satu bidang utama yang menandakan perbezaan antara nafsu dan kebersamaan yang tulus.  Kerana dia akan tahu, bahawa dia tidak hanya dihargai ketika sihat sahaja.  Tetapi saat ia lemah terbaring, anda masih berada di sisinya.


Sumber : Dari buku "Kerana Allah Aku Menikahimu"  -  Burhan Sodiq

No comments:

Related Posts with Thumbnails