Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

Ucapan ini ditujukan khas buat ibu-ibu diluar sana. Tak kira la yang baru bergelar ibu @ bakal bergelar ibu. Tanpa ibu, siapa lah kita..

Buat mama, terima kasih diatas segala-galanya. Pengorbanan dan jasa mama tak terbalas dalam membesarkan kami 6 beradik. Dari ku kecil hingga dewasa tak ternilai pengorbananmu.

Kini setelah berumahtangga dan memiliki 2 cahaya mata, nur zulaikha dan nur batrisya damia, faham lah ku kini apa erti sebuah pengorbanan.


Terima kasih mama.

 
 Terima kasih mak (mak mertua).

Friday, April 30, 2010

"ujian besar untuk suami"

Lately, saya leka/gemar membaca buku-buku berbentuk motivasi.. salah satu tajuk buku yg saya baca "Teh Tarik Kurang Manis". Penulisnya Abd. Jalil Ali. Saya suka bentuk penulisannya yang santai..

Saya nak kongsi ngan korang salah satu tajuk dalam buku nie.. tajuknya "ujian besar untuk suami".. saya copy pes jer.. :p

......................
Kata orang, ujian besar bagi seorang lelaki bukan ketika menggenggam erat tangan jurunikah untuk mengatakan, "aku terima nikahnya.." Memang itu saat paling mendebarkan.  Boleh berpeluh dan terkentut dalam perut. Maklumlah semuanya hendaklah dilafazkan dalam senafaz, tanpa satu perkataan pun yang silap.

Sekiranya nama isteri pendek, seperti Bedah binti Dol atau Sepiah binti Man, mungkin mudah untuk mengingati dan menyebutnya. Ada nama yang agak panjang, tapi mudah untuk mengingat dan mengingatinya sebab popular, seperti Siti Nurhaliza binti Tarudin. Kemungkinan untuk tersilap dan tersasul tipis sekali. Tetapi, ada nama perempuan yang panjang berjela. Contoh, Syarifah Mazlyatun Amirah Puteri Binti Syed Abdul Muluk Kurniya Al-Kudsi. Menyebut namanya pun sudahseparuh nafas. Kalau masuk mas kawin, boleh semput nafas dibuatnya! Sebab itu lafaz nikah, terutama nama-nama yg panjang berjela, adalah ujian paling besar bagi sesetengah lelaki.

Tetapi, rupa-rupanya ada ujian yang lebih besar, lebih getir. Ujian ini ialah ketika isteri mula hamil. Kata yang empunya cerita, apabila isteri mula tidak datang bulan, itu tandanya suami akan menghadapi tempoh getir. Inilah masa untuk menduga kesabaran dan keimanan seorang Adam. Wanita diperingkat awal kehamilan, terutama jika mengandung anak sulung, memang banyak kerenah. Konon, suami menangis siang malam sebab tak tahan dengan perangai isteri.

Benci! Jangan kecil hati sekiranya isteri menyebut perkataan itu setiap kali bertemu suami. Bagi sesetengah isteri, dia memang 'benci' pada suami sepanjang tempoh mengandung. Mungkin dia menganggap keadaanya yang tidak datang bulan itu adalah akibat perbuatan suami. Mengapa suami sahaja disalahkan, sedangkan pada hakikatnya itu adalah usaha sama yang dilakukan atas segala kerelaan dan kenikmatan. Oleh sebab perasaan benci, pada peringkat awal mengandung, isteri tidak mahu tidur sekatil dengan suami.

"Ketiak awak busuk, peluh awak hangit!!"

Tergamak dia kata mcm tu, padahal sejak malam pertama menjadi suami isteri tubuh inilah yg dipeluk setiap malam. Tiba-tiba sekarang bau busuk dan hangit pula.

Ada suami yg berdegil dan tetap mahu tidur sekatil dgn isteri, walaupun awal-awal isteri telah menyatakan tidak senang dengan bau badan suami. Tengah malam kedengaran bunyi orang jatuh dr katil. Rupanya suami kena penendang isteri! Suami kena kuatkan iman dan banykkan bersabar. Untuk sementara waktu, tido lah diatas sofa sambil memeluk bantal guling. Biarka 'mak buyung' terlentang sendirian di atas katil. Itulah antara perubahan mendadak sikap isteri tercinta sebaik sahaja dia disahkan positif mengandung oleh dr. Jangan ambil hati dan jangan mengadu pada emak. Buat malu kaum lelaki sahaja. Suami juga kena pekakkan telinga.

Waktu-waktu awal brbadan dua, isteri selalu muntah2.. Tak pasal2 pun boleh muntah. Pagi wek, tghari wek, petang wek, mlm wek. Wek, wek, wek, tidak kira diatas katil, dimeja makan hatta didlm tandas. Tidaklah diketahui dengan pasti apa yg menyebabkan tekaknya geli seperti dimasuki katak atau tersembat lipas. Tapi katanya dia berasa loya 24 jam..

Untuk menghilangkan rasa loya, org hamil suka benda2 masam. Putik mempelam, putik binjai, putik kuini dan putik2 lain yg masam selalu menjadi penghilang loya. Tak mkn nasi tak mengapa, asalkan dpt asam. Asam boi, jeruk betik, jeruk limau, jeruk kelubi dan mcm2 jeruk basah dan kering sentiasa ada disisi. Pendek kata, pada ketika ini, asam boi lebih diperlukan daripada suami. Jangan kecik hati. Tak mengapa isteri mahukan asam, sebab benda itu mudah dicari.

Adapun yg menjadi  ialah apabila isteri meminta makanan yg sukar diperolehi. Contoh : isteri minta dicarikan durian, sedangkan ini bukan musim durian. Raja buah tu bermusim, bukan boleh dpt sepanjang masa mcm pisang nangka. Datuk X, Datuk y dan Datuk Z yg byk duit pun pasti tidak blh membeli durian sekiranya bukan musim durian.

Kadangkala yg diidamkan oleh isteri mangandung ialah benda yang pelik2.. Boleh menyinga suami dibuatnya. Ada yg teringin sup lidah unta, ada yg meminta hati pelanduk, malah ada yg menangis hendak makan sup ekor dhab... Seorang suami yg tidak tahan dengan permintaan isteri yg bukan2 telah mencadangkan dgn nada sinis: "awak tak teringin ke sup rel kereta api? kalau teringin gulai tayar lori balak pun saya boleh carikan!!... :p

Paling menyakitkan hati suami ialah apabila benda yg susah dicari itu berjaya diperolehi, tetapi si isteri buat "dhek".. Contoh : tengah mlm buta isteri merengek minta dicarikan buah berangan.. Pusing satu kl suami mencari, akhirnya ditemui dan suami membeli sekilo walaupn harganya tinggi..

Bila sampai rumah, dan ditunjukkan buah berangan, isteri hanya geleng-geleng sambil berkata : "lama sangat abg cari, sampai dah hilang selera.. sekarang saya teringin sgt nak mkn pengat pisang, ada ke jual waktu mlm nie..??" Kalau suami tak penyabar, memang muka isteri kena cepuk dengan pembungkus buah berangan!!

Tetapi itulah perangai org perempuan semasa berbadan dua. suami kena terima dengan tenang.. anggaplah semua itu sebagai 'cobaaannn' spt dlm filem P. Ramlee.. Secara peribadi saya tidak pasti apakah perangai pelik isteri semasa mengandung itu benar2 "pembawaan budak" seperti yang selalu didakwa? atau, adakah itu semua hanya acah org perempuan untuk mendera suami??..

Dalam hal memenuhi permintaan isteri semasa mengandung, saya mengakui sebagai suami yang kurang perihatin, saya hanya melayan permintaanya sekiranya ia boleh diterima akal. kalau setakat hendak cempedak goreng atau sup ayam, okey. tapi jika dia meminta yg bukan2 dan sukar diperolehi, seperti hati unta goreng, atau sup dhab mati berangan, saya hanya berkata selamba : "yang itu kali nie tak sempat kot, tunggu awak mengandung sekali lagi, nanti saya carikan!!"..

Saya mengakui empat kali isteri mengandung, dugaan dan ujian untuk saya memang hebat. tapi ujian untuk isteri saya pun hebat juga, sebab banyak yang diminta tidak diperolehi. bagaimanapun, kami sama2 lulus ujian!!..
.......................


Seronok bukan.. terhibur tak?? Saya suka jalan ceritanya yang agak santai.. Moral : jangan terlalu ikutkan perasaan.. Ikut hati mati.. ikut rasa binasa.. tepuk dada. tanya selera..

Kalau ada part yang best lagi nanti saya copy ye.. :p

Tuesday, March 30, 2010

sambil menyelam minum air :p

minggu lepas.. ktorg satu office berempat pegi UKM, hantar drawing.. masa on the way tu..

"kt singgah the mines nak" usul salah seorang member..

"hah.. ok gak tu, akak lama teringin nak pegi. suami akak mcm2 alasan dia bg tak nak pegi. jem lah, jauh lah.. bla..bla..bla..bla.." ceh, ayat tak bleh bla..

"awal lagi nie.. lepas jumaat kang, kita gerak la ke ukm" usul member sorang lg..

"cantik" sokong yang lain..
me n ecah.. muka jakun tak penah pegi the mines.. :p 

azua n ct.. :p
best woo.. rugi tul tak bawak anak2.. eh, ofice hour mane leh bawak anak :p.. next time lah ibu bawak kakak ngan adik nyer.. kalau ayah tak nak bawak, takpe.. kita gi bertiga.. eceh.. ayat ugut nampak.. ayah, jom kita pegi the mines.. shopping..

murah jugak masa cuci mata haritu.. banyak sungguh kedai.. masa tu ada sale.. takde la beli apa2, coz tak budjet pun nak dtg sini..

kalau sesiapa yang ada anak2 yang suka air (anak aku lah tu) memang sesuai pegi the mines.. boleh naik bot.. keliling tasik the mines.. (takut dia terjun jer.. wakakaka)

harga dia kalau tak silap, RM22 dewasa RM15 kanak2 (20 minit) keliling tasik.. kalau nak lama sikit, 45 minit dewasa RM 30 kanak2 RM 25. Nak makan sambil keliling tasik pun ada jugak.. mahal sikit lah.. tapi masih murah lg kalau nak dibandingkan dengan cruise kat putrajaya..

bila nak pegi lg nie????

Thursday, March 18, 2010

Batuk.. batuk.. batuk..

Lama jugak tak updated blog nie.. sejak mangalami batuk2 yang berpanjangan.. Huh.. tuhan saja yang tahu betapa azabnya menanggung derita.. Pagi isnin tu (kalau tak silap 8/3/2010) pegi klinik kerajaan kat umah nie.. bawak mia sekali dia pun batuk + demam.. dpt mc, so berehat la kat umah..
Ingatkan esoknyer boleh la bekrja seperti biasa.. pepagi bangun, kepala terasa berat sangat.. ish.. tak larat nie.. terus msg bos nak cuti lg 1 hari.. dok rmh pun tak rehat jugak.. dengan mia demam.. lap2 kepala dia jgan bagi panas sangat.
Hari rabu pulak, bawak kereta pegi keje.. tghari mintak bos nak balik.. tak tahan.. batuk + selsema + demam + sakit kepala.. balik pulak..
Hari khamis, tido kat opis..
Hari jumaat.. tak boleh jadik nie.. ubat dah habis.. batuk menjadi-jadi.. terus ajak ct(opismate) teman gi klinik swasta.. Antibiotik, demam, tahan sakit, selsema 2 macam, ubat batuk ngan titis hidung.. hah.. ambik kau.. kena RM 65.00..
Mkn sehari jer dah rasa segar sikit badan.. Bukan nak kondem klinik kerajaan.. tp tu lah..nak ckp pun susah.. nak kata serik.. serik lah jugak.. Sanggup bayar RM 65 dari bayar singgit.. Puas hati.. dari mennggung azab berhari-hari..
Mia sampai kena "tarik" lah.. hari rabu kot mia kena "tarik" (sawan).. Dia pun aku bawak gi klinik swasta.. kena RM 24. puas hati..
Pengajaran.. biarlah keluar duit lebih sikit.. bukan nak eksyen.. tp kalau lambat baik, penyakit lain akan berjangkit2..
Kesannya.. sampai sekarang atas mata dan dada ku masih sakit lg..

Alhamdulillah...

Mia dah pulih sepenuhnya.. rasanya lah.. sebab tgk dia punya lelangit cantik jer..

"adik, buka mulut.. ibu nak tgk mulut adik".

dia pun buka..

































"sakit tak?".
"tak".

"adik da sihat kan"..

dia angguk..

Alhamdullillah...
Related Posts with Thumbnails