Tuesday, December 31, 2013

Perkembangan Damia

Lately, ramai yg email tanya pasal penjagaan anak cleft (sumbing). Saya terpanggil untuk menceritakan penjagaan dan pemakanan anak istimewa ini.

Anak kedua saya (Damia) mmg dilahirkan sumbing lelangit (cleft palate).. Saya pernah blogkan masa dia kecil

Damia operation masa umur 3 tahun. Mmg pada awalnya Dr. kata akan buat masa umur 1 tahun kebawah.  Tapi keadaan dia tidak mengizinkan untuk Dr. buat operation.  Menurut Dr. berat badan dia naik dan daging di dalam mulut tidak banyak untuk Dr. tutup lubang yang terbuka.  Kalau mummy's nak tau, Dr. menggunakan daging didalam mulut juga untuk menutup lubang yang terbuka. So, Dr. tidak menggunakan implan atau apa2 dari bahan yang lain untuk menutup lubang yang terjadi semasa pembentukan bby di dalam perut.

Saya refer Hospital Besar Kuala Lumpur.  Mmg Dr. yang buat operation damia adalah Dr. Pakar Surgeri. Dr. tu lah yang saya bawa tiap-tiap bulan buat follow up sehingga operation. So, mmg Dr. tu tahu history Damia sejak lahir.  Nama Dr. tu Mr. Khairul.  

Lepas operation, Damia duduk hospital x lama. Dalam seminggu mcm tu, dah boleh discharge.. Masa Dr. kata saya dah boleh discharge, ramai ibu2 kat wad tu macam x percaya saya dah boleh keluar dalam tempoh seminggu.  Kebanyakkan dorang duduk hampir 2 minggu. Saya bersyukur sangat.  Kat sini saya nak kongsikan sedikit pengalaman. Anak cleft tidak digalakkan @ kalau boleh jangan langsung di beri botol susu biasa. Puting lagi lah x dibenarkan. Anak cleft jangan di ajar menyonyot.. Sebab bila dia pandai menyonyot, takut luka operation lambat baik. Bila pesakit sedar dari operation, dia akan memainkan lidahnya ke atas lelangit. Jadi luka lelangit takut terbuka. Damia dulu, Dr. ikat lidah dan tarik benang tampal di pipi. Walau pun damia tidak memainkan lidahnya, Dr. buat buat begitu sebagai langkah berjaga-jaga. Nampak tak benang kat pipi Damia gambar dibawah.. 


Tapi Damia, saya mmg x ajar dia guna botol susu biasa. So, jahitan dia cepat sembuh. Saya guna botol Madela Soft Feeder. Siapa yg duduk area ampang, alamat nya kat sini.  Semua ada jual sehinnga spare part.

Medela Service Centre Ampang,
Lot B2-G, Jalan Selaman 1,
Dataran Palma Off Jalan Ampang,
68000 Ampang.
Tel : 03-4270 1128


Harga??? Masa saya beli dulu RM 50.00 tahun 2009. Masa tu saya agak bernasib baik sebab nurse kat hospital jual kat saya sebab nak habiskan stok. So, saya dapat harga murah. Saya tgk skrg harganya 3 kali ganda juga.  Tapi saya rasa x rugi beli sebab sangat membantu.  Cara guna adalah sama macam kita bagi dia guna sudu. Dia hanya membuka mulut dan menelan susu. Boleh diberi secara pangku.

Bby cleft mmg masa minum atau makan, susu atau nasi akan keluar melalui mulut. Mak/umi/ibu jgan panik k.. Hanya ambil tuala lembut, bersihkan sahaja hidungnya.. Itu normal. Lagi2 kalau bersin.. Habis satu rumah nasi.. hahaha.. 

Damia saya beri makan masa umur 6 bulan. Penjagaan anak celft tak lah sukar mana. Hanya masa susu jer kena sabar sikit. Lama nak habis.. Lenguh tangan.. hehehe.. Makan macam baby yang lain. Cuma kena tinggikan kepala sikit. letaklah bantal tebal sikit supaya nasi x keluar melalui hidung..

Kalau ingat balik mmg sebak.. tapi, tak guna kita menangis, walau keluar air mata darah sekali pun, x akan merubah keadaan. Kita hanya perlu tabah dan kuat untuk menghadapi ujian Nya..

Kini, Damia dah menginjak usia 7 tahun. Dah masuk darjah 1. Cepat benar masa berlalu.. Dia membesar seperti anak normal yang lain. Cuma... pertuturan dia masih tidak seperti kanak-kanak lain. Dia sengau sedikit. Masih follow up dengan speech therapy.. Tapi saya tetap bersyukur.. 






Alhamdullilah.. Damia sihat seperti kanak-kanak lain.. Kalau mummy diluar sana yang nak bertanyakan apa2 pasal bby cleft, saya sedia berkongsi pendapat dan pengalaman.

Sharing is caring..

No comments:

Related Posts with Thumbnails