Monday, May 31, 2010

Bila umur saya 50 tahun

Hahahahahahaha.. kelakar tak hengat..

saya telah di tag oleh viruspadu my classmate masa sekolah dolu2..


http://www.in20years.com/.

Adoiyai.. camnie ka muka haku bila umur 50 tahun nanti.. hehehehehe..

Untuk adil pada semua, saya tag sape yang baca blog nie yer..

Khok.. khok..khok... (batuk) "cu, tolong ambilkan nenek air segelas.."

Sunday, May 30, 2010

Lawatan Jejantas Udara Menara Berkembar Petronas

Semalam, nak kata plan tak juga. sebab tiket nak naik ke sana belum tentu confirm ada.

en. toyyep, call kawan dia. bla bla bla bla ok bla bla bla..

"ibu, tiket dah ada. untuk kita 4 beranak. Ada 2 free, kawan ayah tak jadi pegi lak"

"dah tu nak ajak sape"

"kita bawak mak ngan ayah la"

"ok jugak"

mak pulak tak dapat pegi. ipar ngan anak buah ramai kat umah.

"ajak la adik"

sudahnyer ely ngan kakak angkat dia, ain yang ikut.




















dua beradik posing sambil menunggu ely (maktih) dan ain



tu dia, ely dan ain.


Menara Berkembar Petronas Kebanggaan Malaysia















Bukan senang oo nak naik atas sana. Memang la free, tapi tiket dia kena ambil seawal 4 am. Bayangkan.. bayangkan.. dan seramai 1500 orang sahaja dibenarkan naik dalam sehari.  luckly en. toyyep ada kawan kat dalam. merasa la naik. nama duk KL, la nie baru merasa naik. teruja la jugak. :p














Public Bank dari pandangan atas





















































































































Jejantas nie berada pada tingkat ke-41. Kelajuan lif dia setiap tingkat/1 sec. Bayangkan lajunyer.. Tapi tak rasa pun. Tau2 dah sampai jer. Sebelum naik, kita dihidangkan dengan mini wayang mengenai perjalanan Petronas sebagai sumber minyak utama. serta pameran2 mengenai pembinaan twin tower.


Lepas nie, KL Tower pulak yer en. toyyep!!! :p

serangan jantung

Hari khamis 27/05/2010 dpt call dari mama, lebih kurang pukul 11.30 pg, paksu man (adik ipar mama) masuk ICU Ampang Puteri.

"paksu man masuk ICU"

"kenapa ma"

"sakit jantung"

Ya Allah!! berderau darah aku..

"Ok, lunch nanti kakak dtg"

Sebaik opis aku dekat ngan Ampang Puteri. Nak buat keje pun tak tentu arah. Berdebar2. Belum kul 1.00 lg, aku mintak izin bos keluar awal. Sebaik bos memahami.. Tq bos...

Berlari2 anak aku ke Ampang Puteri. Sampai ICU, mama ngan makcu menanti diluar.

"camne ngan paksu man?"

"ada kat dalam. nak tengok boleh la"

Bila aku sampai kat dalam, bila dia tengok aku, "paksu man rindu kat kau"

Terus mata dia bergenang.. Aku lagi la.. sebak!!

Itu ayat pertama yang keluar dari mulut dia. Memang dah lama aku tak jengok keluarga mereka. Hujung minggu, ada jer programnyer.. Bila jumpa dalam keadaan macam tu pulak.. Sedih sangat..

Masa tu, dia terlalu emosional.. cakap benda yang sedih2. Dr. ada pesan jagan emo.. coz boleh efect kat jantung dia.

Sampai kul 2 lebih aku kat sana. Sempat lah aku suap dia makan semua..

Usia paksu man baru 38 tahun. Bayangkan, dalam usia dia yang muda dah kena heart attack. Dr. cakap, 5 blok jantung dia semua rosak. Sama rosak dengan orang yang umur 70 tahun. Cuba korang bayangkan, macam mana lah rupanya. Semuanya sebab ROKOK.

updated lg..


Dr. telah berjaya membuat pembedahan pada hari jumaat (29/05/2010) dengan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar.


semoga cepat sembuh..

Wednesday, May 12, 2010

kesian anak ibu.. :(

Ahad lepas, ika main kejar2 ngan adik dia kat bawah. Lepas main, ayah ajak balik. Sampai rumah..
"basuh kaki ngan tangan dulu.." ayah ckp ngan kakak dan adik.

sambil basuh kaki, kakak tunjuk kaki dia kat ayah..

"la.. masa bila kena nie??"

diam...

"ibu, tengok, kaki kakak kena ekzos motor kot.."

berderau darah aku.. "ya Allah..." tu jer la yg aku mampu ucapkan..

dah hitam dan tersiat kulitnya.. dah kena air baru nangis.. mungkin baru terasa pedih.. aku pun sapu lah ubat gamat..

"bila kakak kena? napa tak ckp ngan ayah tadi.." tanyaku..

nangis....

Besoknya, mak mertua aku letak dettol. next day, dah nampak kering sikit..

Nak jadi cerita....

Malam td, dia lompat2, panjat kerusi.. sekali...

"Ibu.... ayah...." jerit kakak...

"hah!!! darah!!!" bekas kaki yg kena ekzos tu berdarah.. banyak gila darah keluar.. aku yg tengah masak menggigil lutut... ngeri weiii!!! "apa nak buat nie..."

ayah dia yg uruskan semua.. lap.. lap.. lap.. nasib baik darah cepat berhenti.. ayah dia letak ubat gamat lagi.. habis seluar... aku dah tak tentu arah.. masak pun tak menjadi..



















ngeri giler...!!!



















habis seluar kena darah..









































bila dah settle semua, makan time pulak..

"lauk ibu nie kurang masin la.."

"ye.. la.. dah tak tentu arah tadi.. lupa nak rasa.. belacan tak letak lar.. patut la kurang sedap.."

sabar jer la.. haru biru dibuatnyer..

Tuesday, May 11, 2010

Air tangan isteri pengikat kasih.

Satu lagi tajuk yg saya rasa seronok nak kongsi ngan korang sume..

Malas nak komen2.. Baca jer la..


..........................................................

Bercakap melalui pengalaman, sy selalu yakin bahawa apa yang disediakan dan dihidangkan sendiri oleh seorang wanita bernama 'isteri' adalah yg terbaik bagi seorang suami. Peranan mengikat kasih dan menyimpul sayang sebenarnya ada ditangan isteri.

Masakan siapa paling sedap? Emak atau mamak? Kalau ditanyakkan kepada sepuluh org, pasti sembilan akan menjawab masakan yg betul2 menepati cita seleranya ialah masakan emak. Sy juga merasakan bahawa masakan ibu adalah yg paling sedap dan paling lazat. Maklumlah, sejak mula tahu makan, ibulah memasak dan menyediakan makanan untuk sy. Sy masih ingat ketika sekolah darjah dua, dia masih menyuapkan sy makan!

Apa sahaja yg emak masak memang sedap. Sy sudah hafal menu hariannya dan boleh cam apa yg sedang dimasak di dapur, walaupun sy bermain di halam rumah. Masakan emak ada identiti yg tersendiri. Sy dpt mencium identiti itu. Sambal tumis bilisnya menusuk hidung sy pada jarak 50 meter, boleh jadi sebab kandungan belacannya yg melebihi had. Kalau dia masak kari, daya cium masakannya adalah dlm lingkungan 30 meter. Dan kalau dia membakar ikan kembung kering, bau yg menusuk hidung itu dirasakan hingga ke hujung jalan. Biasanya, bau ikan kering itu akan menyebabkan sy berhenti main sebab sy cepat2 hendak makan.

Ada beberapa masakan emak yg kebanyakannya berasaskan cara asli Jawa, sehingga kini belum dapat dikalahkan oleh tukang2 masak tersohor, termasuk Chef Wan, Chef Ismail atau Jamie Oliver. Yg paling sy suka (ini resipinya yg ori!) ialah masak pecal ikan keli. Ikan keli darat dipanggang separuh masak, kemudian dihulai bersantan pekat, cili hidup dan kencur.

Percaya tak, pada saat sy menulis ini pun, sy masih tercium-cium bau kencur yg harum dan amat menusuk itu. Bukan sahaja menusuk hidung, malah kini menusuk jiwa.. emak sudah meninggal 2 tahun lalu! Memang, sejak kecil masakan emak adalah No. 1. Tetapi, apabila sy meninggalkan kampung untuk menjadi perantau kota di Kuala Lumpur, jarang dapat menikmati masakan emak. Hidup terkontang kanting di kota, makan pun apa saja yg dapat. Mungkin di kantin Kak Senah di Utusan Melayu, kadang2 di Restoran Amjal dekat UM, sekali kala di Warung Gamat pasar minggu Kampung Baru.

Tetapi, paling kerap dalam perantauan yg penuh suka duka lagi cacamarba itu, sy ke Kedai Makan Kudu, di Jalan Tunku Abdul Rahman. Restoran nasi kandar itu sampai kini masih ada dan tetap popular. Menjadi hukum hidup, pagi sebelum ke pejabat, saya ke Kudu untuk sepinggan nasi panas, kari kepala bawal dan bendi, cili hijau potong diletak kicap. Dan, semestinya teh tarik yg buihnya menggunung didlm gelas! Sy tidak tahu kenapa, tetapi kalau 2 hari berturut2 tidak 'pekena' nasi kandar Kudu, sy boleh jadi sasau, hidup seperti tidak sempurna. Agaknya dia ada baca2, tak kisahlah!

Demikianlah di kampung sejak lahir hingga tamat SPM, sy makan masakan emak. Di Kuala Lumpur, selera beralih ke nasi kandar. Terasa lucu juga, daripada emak bertukar kepada mamak! Apabila jatuh cinta dan mengakhiri zaman bujang, sy mula makan masakan si dia. Memanglah tidak boleh lawan masakan mamak, jauh sekali masakan emak. Tetapi, dia isteriku, dia akan memasak untukku.

Mula-mula memanglah lain rasanya. Bukan soal dia tidak tahu memasak, tetapi ini kes dua tekak yg berbeza. Sy Jawa Johor yg telah terbiasa dengan tempe, tauhu dan masakan pedas2. Dia nak Tok Syeikh Terengganu yg masakkannya manis2. Tempe atau budu, sy memang telah berazam bahawa sebaik sahaja melafazkan "Aku terima nikahnya..." sy tidak akan mengunjungi Kudu. Selamat tinggal kepala bawal!

Sejak hari pertama tidur sebantal, Cik Pah boleh tahan memasak. Tetapi susah juga hendak menyesuaikan dengan selera sy. Apa pun, sebulan, dua bulan dan kini sudah 24 tahun! Masakannya susah sebati dengan jiwa sy. Beberapa masakannya yg tinggi nilai 'ummph' (sy pasti Chef Wan pun tabik!) ialah 'ikan singgang', bendi goreng belacan dan nasi ayam. Jika dia masak sup tulang, baunya boleh menyebabkan sy tidak khusyuk sembahyang!

Selain resipi aslinya itu, dia mempelajari sekian byk masakan kegemaran sy daripada arwah ibu. Antara masakan ibu yg dipelajarinya dan mencapai rasa asli 99.9% ialah masak asam Muar, tauhu goreng sambal kicap, sambal tumis bilis, sup ayam, kari kepala tenggiri dan masak lodeh Johor. Tetapi, sedikit mengecewakan, dia tidak dpt menyajikan pecal ikan keli seperti arwah ibu. Boleh jadi ibu merahsiakan resipi yg satu itu. Mungkin juga dia tidak berminat untuk belajar, sebab dia memang tidak makan ikan keli.

Apapun, setelah berkongsi hidup sekian lama, sy dpt merasakan bahawa apa yg dimasak oleh isteri selama ini adalah yg tersedap untuk tekak sy. Pagi, petang, siang, malam, sy mengidam masakannya. Maka, boleh disimpulkan bahawa sepanjang yg berhubung dengan makanan harian, masakan emak dan masakan isteri adalah sama sedap dan sama lazat.

Sengaja sy timbulkan hal ini sebab sekian ramai para isteri diluar sana yg tidak berkesempatan memasak atau menyediakan makanan untuk suami. Sesetengahnya tidak ada masa untuk memasak kerana sibuk bekerja. Pagi keluar rumah, malam baru balik, tugas pejabat tidak pernah habis. Jadi, mana ada kesempatan untuk memasak. Tugas memasak diserahkan bulat2 kepada pembantu rumah.

Sesetengahnya memang tidak tahu memasak. Sejak anak dara, semua makanan di rumah disediakan oleh ibu atau orang gaji. Usahkan hendak memasak gulai atau kari, menumbuk sambal belacan pun tidak tahu. Apa yg dia tahu ialah menyiapkan mee segera. Masukkan mee dlm mangkuk, tuangkan air panas, kacau2 sikit dan sluurpp! Sekali-sekala makan mee segera tak mengapa. Tetapi kalau setiap hari hidangkan mi segera pada suami, apa macam?

Sy mungkin berfikiran kolot dan kuno. Tetapi, rasanya sebagai isteri, tidak kira apa kedudukan atau keturunannya, patut tahu memasak utnuk suami dan anak2. sibuk macam mana pun mesti ada waktu memasak untuk keluarga. Jika tidak boleh setiap hari, pastikan hujung minggu atau ketika bercuti, tunjukkan kemahiran memasak utnuk suami. Percayalah, bahawa setiap suami, tidak kira bermisai atau tidak, pasti berasa bangga apabila dihidangkan makanan yang dimasak oleh isteri sendiri.

Sesedap-sedap masakan pembantu rumah, sedap lagi masakan isteri. Betapa lazat pun kari mamak, lazat lagi kari isteri sendiri. Sy percaya dan selalu percaya, bahawa salah satu cara untuk mengikat kasih sayang keluarga, termasuk suami ialah dengan masakan isteri. Air tangan ibu adalah yang terbaik. Air tangan isteri adalah pengikat kasih, penyambung cinta. Bagaimana agaknya kasih suami boleh dikekalkan sekiranya air tangan mamak atau air tangan orang gaji lebih banyak masuk ke perut suami??




kredit dari buku "Teh Tarik Kurang Manis" oleh Abd. Jalil Ali.


...................................................




Setuju tak?? Saya setuju!!! Betul.. Air tangan isteri pengikat kasih.. Pengalaman saya sendiri lah, siang bekerja, masing2 makan kat kedai.. bila balik, mesti suami suruh masak walaupun simple2. Ikan masak "asam terjun' (belajar dari mertua) ala.. kuah yg cair tp masam tu.. tambah bendi atau terung. pastu buat sambal belacan, fuh.. berlipat makan.. Anak2 pun suka.. Banyak masakan yg saya belajar dari mertua.. Terima kasih mak..

Sunday, May 9, 2010

SELAMAT HARI IBU

Ucapan ini ditujukan khas buat ibu-ibu diluar sana. Tak kira la yang baru bergelar ibu @ bakal bergelar ibu. Tanpa ibu, siapa lah kita..

Buat mama, terima kasih diatas segala-galanya. Pengorbanan dan jasa mama tak terbalas dalam membesarkan kami 6 beradik. Dari ku kecil hingga dewasa tak ternilai pengorbananmu.

Kini setelah berumahtangga dan memiliki 2 cahaya mata, nur zulaikha dan nur batrisya damia, faham lah ku kini apa erti sebuah pengorbanan.


Terima kasih mama.

 
 Terima kasih mak (mak mertua).
Related Posts with Thumbnails