Hari khamis 27/05/2010 dpt call dari mama, lebih kurang pukul 11.30 pg, paksu man (adik ipar mama) masuk ICU Ampang Puteri.
"paksu man masuk ICU"
"kenapa ma"
"sakit jantung"
Ya Allah!! berderau darah aku..
"Ok, lunch nanti kakak dtg"
Sebaik opis aku dekat ngan Ampang Puteri. Nak buat keje pun tak tentu arah. Berdebar2. Belum kul 1.00 lg, aku mintak izin bos keluar awal. Sebaik bos memahami.. Tq bos...
Berlari2 anak aku ke Ampang Puteri. Sampai ICU, mama ngan makcu menanti diluar.
"camne ngan paksu man?"
"ada kat dalam. nak tengok boleh la"
Bila aku sampai kat dalam, bila dia tengok aku, "paksu man rindu kat kau"
Terus mata dia bergenang.. Aku lagi la.. sebak!!
Itu ayat pertama yang keluar dari mulut dia. Memang dah lama aku tak jengok keluarga mereka. Hujung minggu, ada jer programnyer.. Bila jumpa dalam keadaan macam tu pulak.. Sedih sangat..
Masa tu, dia terlalu emosional.. cakap benda yang sedih2. Dr. ada pesan jagan emo.. coz boleh efect kat jantung dia.
Sampai kul 2 lebih aku kat sana. Sempat lah aku suap dia makan semua..
Usia paksu man baru 38 tahun. Bayangkan, dalam usia dia yang muda dah kena heart attack. Dr. cakap, 5 blok jantung dia semua rosak. Sama rosak dengan orang yang umur 70 tahun. Cuba korang bayangkan, macam mana lah rupanya. Semuanya sebab ROKOK.
updated lg..
Dr. telah berjaya membuat pembedahan pada hari jumaat (29/05/2010) dengan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar.
semoga cepat sembuh..
No comments:
Post a Comment