Sunday, June 20, 2010

I City

Lepas mama dan adik beradik pulang, aku pun menjalankan operasi mengemas rumah. Dah siap semua, aku pun lepak2 depan tv. Apa lagi bola la.. Sejak piala dunia start 2 minggu lepas, takde can haku nak tengok rancangan yang best2. Jangan lupa lirik, mentor, cerekarama ker.. nie kira pengorbanan seorang isteri nie.. cewah tetiba..

Tengah melayan perasaan tetiba dapat call dari member..

"Salam. bal bla bla bla bla. biasa lah mukadimah.. tanya tengah buat apa? sibuk ker?"

"Makan kat Muara nak" wah!! tetiba.. dia ingat dekat.. port klang tu.. Dah dah tu ajak makan time tengah bulan tak berapa nak terang...

"bang, j***e call ajak makan kat muara, nak tak" telefon pun bertukar tangan.

"bla bla bla bla bla" ntah apa yang diborakkan.. tetiba..

"ibu, siap, kita gi makan kat muara" wah, td kata bulan tak berapa nak teranggg.. "ada orang nak belanja" rezeki jangan ditolak.. org tua2 kata..

kitaorang sampai kat sana lebih kurang pukul 11 malam. dengan tak tau jalan, walau pun dah ON GAMIN, tapi macam tak confiden je nak ikut jalan dia. kejap2 en. toyyep call kawan dia. sampai2 jer makanan pun sampai. ceh.. memang rezeki lah.. yang diaorang punya la tunggu lama nak booking meja lagi nak beratur ambil lauk lagi. orang ramai giler.. kesian dorang.. rupanya ada 5 keluarga. anyway, sape yang belanja tu, terima kasih daun keladi yer.. hehehehe..

Pukul 12 lebih kitaorang pun bergerak pulang. On the way tu, tetiba member yang depan membelok ke I City. Eh, dorang nie nak gi mana? kita pun follow jer lah.. Wah, happening giler.. dari jauh lampu berwarna warni.. nak masuk parking RM 2.00. Orang punya la ramai. Dah pagi pun, kereta berduyun2. kitaorang pun berpecah. Ada yang balik terus. Ada yang terus parking nak ambil gambar anak2. Kitaorang turun sekejap jer. enjin pun tak mati sebab damia dah tidur kepenatan dari siang tadi. Jadinya ayah, ibu dan zulaikha jer la yang berposing.





















































































































pose dari zulaikha.. hehehe..



















































































Cantik giler ar lampu-lampu tu.. terpesona dibuatnyer.. Rasanya masa tu dah pukul 1 pagi lebih.. Orang ramai giler. Nie la kehidupan warga kl.





























Nie guna kamera phone jer nie.. kalau guna kamera yang canggih mesti gambar lagi cun.. bila la agaknyer dapat merasa pakai kamera yang baik punya.. huhhuhuhuhu..

Pukul 2 lebih kitaorang sampai kat rumah.. en. toyyep apa lagi, sambung tengok bola pulak.. ibu dan anak2 dah selamattttt....

Saturday, June 19, 2010

sabtu yang berkualiti dan memenatkan

Semalam, mama call bagi tau nak join tak pegi Rawang Country Home mandi kolam. Ok jugak, dah lama tak bawa zulaikha dan damia mandi-manda. diorang kalau bab mandi nombor satu..

Rancang nak bawa nasi lemak, meehoon, jajan sambil bermandi manda. Kitaorang gerak dari umah kul 10.30 am macam tulah. Kitaorang ikut jalan lama nak ke rawang. nak sampai pekan rawang tu jem sikit. Sampai sana lebih kurang kul 11.15am. Sekali tempat tu tutup!! Orang yg jaga kat situ cakap dah tutup sejak bulan 11 lagi.. Ha kau, lama giler tak pegi.. Frust giler.. dah la lapar tak makan sejak pagi.. menambah2kan tensen!!! Eh nie anak yang nak mandi ke mak yang nak mandi. :p

So, kitaorang pun bincang2, pegi Duta Vista jer lah. kitaorang pun masuk highway utara selatan keluar kat duta. Sekejap jer, dah sampai..





























Dah la kita lapar, ingat nak makan dulu, sekali anak2 nampak kolam jer terus buka baju nak mandi. Si ibu terpaksa la memantau anak nya mandi. :p










































Ely (maktih), zulaikha dan damia



















mama dan zikry (adik bongsu)



















Sany (adik ipar) meneman anaknya (amir) makan.
















Layan kan jer lah aksi dua beradik nie bermandi manda.















































































Dah dah.. Ibu nak makan, pastu nak mandi pulak.. Eh, tadi kata anak yang nak mandi. Ibu pun teruja jugak :D

Kitaorang mandi sampai pukul 3.00 pm. Hambek ko sampai kecut2 tangan. hahahaha.. Dah siap packing, Kitaorang pun bergerak ke kereta. Mama hantar kitaorang 3 beranak balik rumah.. Dalam kereta, damia dan zulaikha sampai terlena. kepenatan la tu..

"Nak singgah rumah along tak?"

"Boleh jugak"

So, kitaorang pun naik lah ke teratak ku. Semua kepenatan, terus landing.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..

"Apa aku nak masak nie... jap lagi diaorang bagun mesti lapar punya.. nasi lemak ngan meehoon tadi ada lagi. beli ayam, goreng jer lah.."

Aku pun turun beli ayam sekor. Goreng ayam, diorang pun bangun.. Bau ayam goreng menusuk hidung.. hahahaha..

"jom makan..." Huh.. licin... lapor ker sedap..?? Kebetulan hari nie hari jadi Nurul (adik bawah ku). dik, anggap lah ayam yang aku goreng nie ayam KFC yer.. Kira celebrate besday ko lah.. hahaha

"Happy Besday to u.. happy besday to u.. happy besday to angah.. happy besday to u... Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Amin..















Nurul. Nie gambar lama. gambar lepas dia nikah kot. tak ingat..

Lepas tu, en. toyyep beli cendol pulak. uh.. kenyang giler.. Lepas maghrib, diorang pun berangkat pulang. Terima kasih yer, sudi datang umah kak long.. :p

Friday, June 18, 2010

KARNIVAL LARIAN MPSJ-NST 10KM

Lama giler tertangguh nak buat entry nie.. sejak larian haritu, kaki sakit-sakit.. Urat semua tegang.. Jalan pun tengkot-tengkot. bila kaki sakit, otak pun jem!! Hari nie baru rasa lega sikit.

Hari ahad lepas, jam 5 pagi dah bangun dah. Exited giler nak berlari 10km. Kesian pulak kat anak-anak, terpaksa bangun pagi jugak.

Macam mane saya boleh join larian nie?? Iklannya dalam suratkhabar NSTP dah lama, dari bulan Mac lagi. Bila tanya En. toyyep, dia pun benarkan. Patutnya lari bulan April. Tetiba diorang postpond lak. Ok gak tu, boleh trainning lagi. Gigih lah tiap-tiap minggu mesti pegi tasik titiwangsa, joging. Si suami dan anak-anaklah peneman setia. Giler wei.. dah 14 tahun tak berlari.. Last berlari masa sambutan tahun baru 1996 kat Stadium Merdeka. Masa tu lari ngan Kak Maz dan Kak Era. Dorang tinggal nun kat belakang. hehehehe.. Masa tu dapat medal dan sijil. Tapi tak tau nombor berapa. 

Start larian pukul 7.30 pagi. Sampai MPSJ lebih kurang pukul 6.45 pagi. No. larian tak pasang lagi kat baju. Cepat-cepat pasang no. No saya B-2164. Dengar pengumuman semua peserta dikehendaki menjalani sesi pemanasan badan dan senamrobik. Bergegas lah ketengah padang untuk join senamrobik.



Zulaikha dan Damia memberi support pada ibunya


Kategori terdiri dari kumpulan A-L. Kategori A&B untuk lelaki dan wanita 17 tahun hingga 30 tahun larian sejauh 10 km.  Kategori C-G sejauh 7 km untuk lelaki dan wanita veteran, remaja lelaki dan perempuan 12 tahun hingga 17 tahun manakala kategori H-L untuk golongan orang kurang upaya dan berkeluarga iaitu larian sejauh 3 km.



Lelaki kongker kat depan. tak aci..

Antara OKU yang mengambil bahagian.


Gelagat anak-anak sambil menunggu ibunya menghabiskan larian.


Baru sampai setelah sejam anak-anak dan suami menunggu.. :p


Uih!! Jauh giler.. masa training haritu, tak lah sejauh nie.. tercungap-cungap di buatnyer.. rasa nak pecah dada.. (cakap lah dah pancit wei.. jauh lah apa lah..) yelah, dulu muda, kuat, gagah perkasa. bolehlah menang. la nie anak dah dua.. stamina pun tak macam dulu lagi. sempot.. hahahaha yang penting kita cuba. menang kalah belakang kira.. yang penting happy.. tak gitu!! dapat lah sijil buat kenang-kenangan. :p

Wednesday, June 9, 2010

check up

semalam check up zulaikha kat klinik. plan nak pegi sebelah petang coz tak ramai orang. faham2 jer lah kalau klinik kerajaan nie.

sampai klinik lebih kurang pukul 2.30 pm. ambil no. semua, tunggu giliran. ingat nak sekalikan damia. dia punya date dah terlepas.. sekali terlupa da.. bulan 3 kau... tanya misi, boleh tak kalau sekalikan. jawapan yang menghampakan..

"misi, anak saya nie dah terlepas appointment. boleh sekalikan tak dengan kakak dia hari nie??"

"tak boleh. hari nie untuk yg ada temujanji jer. kalau nak sekali next appointment buat sekali."

ermmm.. nasib badan.. so, kakak saja lah buat check up hari nie. sambil tunggu no. giliran, 2 beradik nie sibuk nak main taman2..





berkejar-kejar pulak ngan kakak dia.


tak lama tunggu, giliran pun sampai.

biasalah, mula2 timbang dan ukur tinggi.




















umur : 4 tahun 4 bulan.
berat : 19 kg
tinggi 111 cm ( huh!! tinggi anak aku.. kalau kata dah sekolah tadika pun org percaya. baka ayah dia :p )

makan semua ok, buang air besar n kecil semua ok.















sekali misi tu bagi kertas suruh tulis ABC. hah!! nasib baik aku dah ajar kat rumah.. hehehe.. bagus juga perkhidmatan diorang.. biasa, timbang, tanya sikit2 dah, balik.. kali nie, dia test budak macam tu.. kira ok lah.. zulaikha pun seronok bila kena puji..hahahaha..

huruf C dia godang!! hahahaha.. takpe nak, janji cuba.
















cubaan melukis muka orang. hahahaha.. ok la jugak. dari aku dulu langsung takde rupa orang.. hahahaha.. (mama la cakap)

lebih kurang pukul 4, segalanya settle. next appointment, 27 Julai 2010. balik rumah.. kepenatan, buat susu... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
Related Posts with Thumbnails