Lama giler tertangguh nak buat entry nie.. sejak larian haritu, kaki sakit-sakit.. Urat semua tegang.. Jalan pun tengkot-tengkot. bila kaki sakit, otak pun jem!! Hari nie baru rasa lega sikit.
Hari ahad lepas, jam 5 pagi dah bangun dah. Exited giler nak berlari 10km. Kesian pulak kat anak-anak, terpaksa bangun pagi jugak.
Macam mane saya boleh join larian nie?? Iklannya dalam suratkhabar NSTP dah lama, dari bulan Mac lagi. Bila tanya En. toyyep, dia pun benarkan. Patutnya lari bulan April. Tetiba diorang postpond lak. Ok gak tu, boleh trainning lagi. Gigih lah tiap-tiap minggu mesti pegi tasik titiwangsa, joging. Si suami dan anak-anaklah peneman setia. Giler wei.. dah 14 tahun tak berlari.. Last berlari masa sambutan tahun baru 1996 kat Stadium Merdeka. Masa tu lari ngan Kak Maz dan Kak Era. Dorang tinggal nun kat belakang. hehehehe.. Masa tu dapat medal dan sijil. Tapi tak tau nombor berapa.
Start larian pukul 7.30 pagi. Sampai MPSJ lebih kurang pukul 6.45 pagi. No. larian tak pasang lagi kat baju. Cepat-cepat pasang no. No saya B-2164. Dengar pengumuman semua peserta dikehendaki menjalani sesi pemanasan badan dan senamrobik. Bergegas lah ketengah padang untuk join senamrobik.
Zulaikha dan Damia memberi support pada ibunya
Kategori terdiri dari kumpulan A-L. Kategori A&B untuk lelaki dan wanita 17 tahun hingga 30 tahun larian sejauh 10 km. Kategori C-G sejauh 7 km untuk lelaki dan wanita veteran, remaja lelaki dan perempuan 12 tahun hingga 17 tahun manakala kategori H-L untuk golongan orang kurang upaya dan berkeluarga iaitu larian sejauh 3 km.
Lelaki kongker kat depan. tak aci..
Antara OKU yang mengambil bahagian.
Gelagat anak-anak sambil menunggu ibunya menghabiskan larian.
Baru sampai setelah sejam anak-anak dan suami menunggu.. :p
Uih!! Jauh giler.. masa training haritu, tak lah sejauh nie.. tercungap-cungap di buatnyer.. rasa nak pecah dada.. (cakap lah dah pancit wei.. jauh lah apa lah..) yelah, dulu muda, kuat, gagah perkasa. bolehlah menang. la nie anak dah dua.. stamina pun tak macam dulu lagi. sempot.. hahahaha yang penting kita cuba. menang kalah belakang kira.. yang penting happy.. tak gitu!! dapat lah sijil buat kenang-kenangan. :p
No comments:
Post a Comment