semalam check up zulaikha kat klinik. plan nak pegi sebelah petang coz tak ramai orang. faham2 jer lah kalau klinik kerajaan nie.
sampai klinik lebih kurang pukul 2.30 pm. ambil no. semua, tunggu giliran. ingat nak sekalikan damia. dia punya date dah terlepas.. sekali terlupa da.. bulan 3 kau... tanya misi, boleh tak kalau sekalikan. jawapan yang menghampakan..
"misi, anak saya nie dah terlepas appointment. boleh sekalikan tak dengan kakak dia hari nie??"
"tak boleh. hari nie untuk yg ada temujanji jer. kalau nak sekali next appointment buat sekali."
ermmm.. nasib badan.. so, kakak saja lah buat check up hari nie. sambil tunggu no. giliran, 2 beradik nie sibuk nak main taman2..
berkejar-kejar pulak ngan kakak dia.
biasalah, mula2 timbang dan ukur tinggi.
umur : 4 tahun 4 bulan.
berat : 19 kg
tinggi 111 cm ( huh!! tinggi anak aku.. kalau kata dah sekolah tadika pun org percaya. baka ayah dia :p )
makan semua ok, buang air besar n kecil semua ok.
sekali misi tu bagi kertas suruh tulis ABC. hah!! nasib baik aku dah ajar kat rumah.. hehehe.. bagus juga perkhidmatan diorang.. biasa, timbang, tanya sikit2 dah, balik.. kali nie, dia test budak macam tu.. kira ok lah.. zulaikha pun seronok bila kena puji..hahahaha..
huruf C dia godang!! hahahaha.. takpe nak, janji cuba.
cubaan melukis muka orang. hahahaha.. ok la jugak. dari aku dulu langsung takde rupa orang.. hahahaha.. (mama la cakap)
lebih kurang pukul 4, segalanya settle. next appointment, 27 Julai 2010. balik rumah.. kepenatan, buat susu... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...
No comments:
Post a Comment