Wednesday, July 28, 2010

DIDIK SOLAT-muslimcomel giveaway

Sejak saya mula berblogging tahun lepas, nie first time saya join contest. Saya dapat tau contest nie pun dari blog kawan saya viruspadu.  Menarik sungguh contest dan hadiah yang ditawarkan. Nak tau jom tengok contest yang beliau anjurkan. Jom klik muslimcomel.blogspot.com . Kat blog beliau pun ada jual bermacam baju kurung kanak-kanak. Ermm.. boleh shopping untuk hari raya nie.. Jom!!

Salah satu syarat untuk menyertai contest ini adalah : Entry tersebut mestilah cerita pasal anak u all belajar solat atau mengajuk perbuatan solat serta doa dan harapan anak-anak menjadi anak yang soleh/solehah. Entry mesti mengandungi atleast 3 gambar/video yang berkaitan.



Anak-anak saya memang dari kecil lagi saya dedahkan cara bersolat. Walaupun tanpa telekung, dia akan ikut saya bersolat disebelah. Solat tu tiang agama, jadi sebagai ibu bapa kita wajib mengajar anak bersolat dan mengaji. Nak-nak lagi zaman sekarang yang penuh dengan cabaran dan dugaan serta masalah sosial yang agak kritikal. Sekurang-kurangnya, bila ada asas agama, mengelakkan kita terjerumus dari perkara keji dan maksiat. Insyalllah..


















Aksi zulaikha (kakak) bila pakai telekung ibunya.. :p

Nak dijadikan cerita, tahun lepas kitaorang buat konvoy ke Terengganu. Antara tempat yang kami lawati adalah Masjid Kristal. Sungguh cantik design dan pembinaannya. Bila sampai kat masjid tu, ada juga yang mengambil kesempatan bersolat sunat tahyatul masjid. Anak saya masa tu minta nak solat jugak. Saya tak bagi la sebab dia pakai skirt. Bila tak bagi meronta2 lah. Nak tak nak terpaksa la bagi. Layankan jer lah..
 
Semoga anak-anakku menjadi anak yang solehah amin..

Kalau ada rezeki anakku, alhamdullilah.. Jom korang kita join contest nie. tarikh tutup pun lambat lagi. 15 Ogos 2010.

Friday, July 23, 2010

nak keretapi

semalam ada pasar malam kat jalan kuching. ingat malas nak singgah. en. toyyep tanya nak makan apa. alamak, boring nyer.. nak makan apa nie!!

"kita balik umah dulu la, amik budak2 pastu kita pegi pasar malam. banyak sikit choice nak makan."

"ok"

sampai rumah, letak beg semua. ambil zulaikha n damia kat umah "mak" masing2. sekali 2-2 baru bangun. yang ika baru nak mandi. so, tunggu la sekejap. ayahnya ambil damia.

"la, adik tak mandi lagi??? pakai bedak jer.. belasah jer la dik oiii..."

sampai je kat pasar malam, nampak keretapi mainan.

"ayah, nak keretapi..."

"ok, kita jalan dulu, jap lagi kita beli"

jalan punya jalan, beli benda nak makan. mee sup, kuih wadeh, jeli kelapa. slurppp.. sedap.. pastu nampak bear besssarrr punya!!!...

"ayah, nak bear..."

"kakak nak bear ke nak keretapi??"

"nak keretapi"

jalan lagi nampak jam. " ayah, nak jam" "kakak nak jam ke nak keretapi??"

"nak keretapi"

hahahaha.. nak keretapi jugak... bengkok lah ayah dia camnie.

"jam nak??"  "nak..." jam seploh hengget.. dua orang duaploh hengget..

dah dapat jam, ingat tak nak tuntut keretapi.. tuntut jugak..

ibu dia sibuk belek tudung ngan baju. biasalah perempuan kan kan kan...

"ibu, dah lah tu, nanti tak cukup duit nak beli keretapi.."  wah.. kemain lagi. kita nak beli tudung pun dia tak kasi. keretapi dia lagi penting. ceh.. sabar jer la..

sampai kat tempat jual keretapi mainan, "ayah, kakak nak yang nie."

"satu berapa tokei"

"satu 8 ringgit, dua 15"

"ok. angkat 2" beli satu tak boleh. nanti gaduh.

Balik rumah terus suruh ayah dia pasang.

























































Ntah berapa lama la, mainan tu boleh tahan. biasanya paling lama 2 hari. hahaha.. bayangkan. anak-anak suma tangan besi.. suma benda tak lama bertahan. nasib lah murah. budak-budak kan..

Friday, July 9, 2010

Selebrate hari jadi mak

2 hari lepas hari lahir abg, hari lahir mak (mak mertua) pulak. 7/7/2010. So, selamat hari jadi mak. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki mak. Tahun keberapa? Eh, lupa lak nak tanya.. hehehe.. nanti updated lagi..

so, semalam belanja mak n ayah makan western kat kg. baru. Restoran The Ship. Siapa yang nak makan makanan barat, saya sagges makan kat sana.. Murah dan sedap. kalau pergi sabtu dan ahad conform ramai orang. pack giler..

sy : "mak nak makan apa?"
mak : "apa2 jer"
sy : "kita makan wester nak? makanan barat."
en. toyyep : "mak tak makan wester la. kt makan sate je lah."
sy : "sate.. ala, sate bila2 boleh mkn. yg tak pernah mkn lah kita bawak pegi makan."
sy : "ok mak"
mak : "mak ok jer"

Hahaha.. ada ker nak selebrate makan sate.. sesekali, makan lain dari yg lain. baru lah nama selebrate..


Lokasi??? ok, kalau kita dari arah KL (SOGO la senang), menghala ke jalan chow kit. sampai jumpa traffic ligh nampak bangunan Sime Darby turn right. straight sampai jumpa traffic light lagi. turn left. belah kiri nampak bangunan DBKL Bandar Wawasan, Kg. Baru. Straight sampai jumpa traffic light lagi. Masjid Kg. Baru belah kanan. Depan lagi lepas masjid ada satu simpang kecil, turn right. so, parking la kat mana2 sebelah masjid tu. parking susah sikit coz, kawasan kampung. sempit sikitlah. ada juga parking berbayar, itu pun kalau nasib tak baik penuh.. restorannya sebelah kiri. dah macam GPS lak.. hehehe..

Restorannya berkonsepkan kapal. so, tempat makan dia pun ala-ala kapal. ada yang boleh duduk bersila, tempat ala2 romantik gitu. akuarium pun ada. ok lah.. sambil makan boleh cuci mata. servis dia pun ok. walaupun sentiasa ramai orang, tak pernah pulak tunggu makanan berjam2. Yang best nya, disediakan surau untuk orang islam. kalau bulan puasa tak jadi masalah untuk berbuka disini. Lepas makan, boleh solat maghrib. dan sambung makan lagi.. (kalau larat larr..hahaha)

Lupa pulak nak ambik gambar. gugel2 terjumpa blog en. Zoul Kapan. Kredit kepada en. Zoul Kapan. Copy pes dari blog beliau. Sila tinggal kan komen yer kalau saya copy tanpa kebenaran. ampun..














Signboard CHOP N STEAK














Keadaan didalam restoran yang heppening.














Ikan2 yang menarik didalam akuarium.














Makan secara bersila.














View hadapan.


Saya makan berenam semalam adalah RM 74.00. Murah kan? Menunya, Chicken Cop (1), Black paper steak (1), Mix lamb chop (2), mushroom soup (3), nugget (1), fren fries (1), carrot susu (1), tembikai (2), fresh oran (1), manggo(1). Blurrpppp... kenyang.. alhamdullilah..

Waktu operasi restorant nie, sy rasa dari petang hingga lewat malam. Rasa lah.. Nanti sy update k. So, boleh lah bawa family sekali sekala makan western.  Saya bagi 4 bintang dari 5 bintang. :p

Monday, July 5, 2010

Happy Birthday Sayang Ku..

Selamat Hari Lahir Abg.. Semoga dipanjang umur dan dimurahkan rezeki. Terima kasih kerana belanja pizza tadi. Eh, nie besday siapa nie?? sape belanja sape nie.. hehehehe.. bulan nie gaji ibu lewat sikit.. tu yang besday man belanja dulu.. Hadiah??? Tungguuuuuuuu!!!

En. toyyep genap usia 37 tahun.. Ermmmm.. bukan 27 yer abg... 













Terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yang peyayang, caring dan penyabar. We love u so much.

Saturday, July 3, 2010

Doa harian

Saya nak share lah ngan korang suma doa harian yang saya amalkan dan dalam masa yang sama saya ajarkan kepada anak-anak saya. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dari NYA.

Doa yang biasa dan selalu kita amalkan, doa sebelum makan dan sesudah makan.















Doa nie saya praktikkan kepada anak-anak saya sejak mereka kecil lagi. Alhamdullillah, Zulaikha dah menghafazkannya. Lancar jugak la dia baca. Damia masih ambil akhirannya sahaja. Allah humma, na, ma, na, na, nar. Takpelah, dia kecil lagi, lama-lama nanti insyaallah..


Doa naik kenderaan pula. Biasa saya mengamalkan sebelum naik kenderaan hendak kemana-mana. Lagi-lagi bila naik motor nak pegi keje.. Saya bonceng jer.. En. toyyep la yang bawa motor. Nak-nak bila "ter" bangun lambat.. Dia punya pecut!! Tuhan saja yang tahu.. sup sap sup sap.. dia mencelah.. fuh .. boleh wat jantung luruh.. Bak kata orang tua2, malang tak berbau.. Jadi bila kita membaca doa sebelum naik kenderaan, mudah-mudahan dilindungi oleh NYA..















Satu lagi doa yang saya nak share kat sini adalah doa untuk isteri-isteri yang nak sentiasa  ingin perawan @ dara. Ye lah, bila dah beranak 2-3 nie, sume dah tak balance.. Tu yang kena buat balancing ngan allignment tu. hehehehe..
Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

56.35 Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36 Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

56.37 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

56.38 (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Surahnya bermula dengan : "Inna Ansyak na Hunna Inyak aa." Sila cari dalam al-quran yer.. saya dah gugel, nak copy ayat tu tapi tak jumpa. Dan sila hafal yer.. Mustajab sungguh.. Insyaallah..


Bila dah perawan, cantik di dalam, nak juga cantik diluar.. saya juga amalkan membaca doa semasa melihat diri di cermin. maksudnya semasa bersolek la.. ni doa nya.





maksudnya : segala puji bagi mu Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan rupa parasku, maka perelokkan juga budi perketi ku.

pendek jer kan.. so, boleh lah menghafaznya dari sekarang..


Untuk mengekalkan kasih sayang diantara suami dan isteri, amalkan doa ini.















Doa ini biasanya saya amalkan semasa menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. tiupkan dimakanan dan minuman. insyaallah. ini adalah salah satu usaha untuk mengekalkan kasih sayang selain doa selepas solat.


Jarang kita tengok orang berdoa lepas berwuduk. Tengok ayat macam panjang jer. tp bila baca, macam pendek dan senang. Jenuh gak la menggugel.. hasilnya.. sama-sama lah kita mengamalkannya..












So, ini adalah antara doa harian yang saya amalkan. semoga kita sama-sama mendapat syafaat nya.

Sharing is caring..
Related Posts with Thumbnails