2 hari lepas hari lahir abg, hari lahir mak (mak mertua) pulak. 7/7/2010. So, selamat hari jadi mak. semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki mak. Tahun keberapa? Eh, lupa lak nak tanya.. hehehe.. nanti updated lagi..
so, semalam belanja mak n ayah makan western kat kg. baru. Restoran The Ship. Siapa yang nak makan makanan barat, saya sagges makan kat sana.. Murah dan sedap. kalau pergi sabtu dan ahad conform ramai orang. pack giler..
sy : "mak nak makan apa?"
mak : "apa2 jer"
sy : "kita makan wester nak? makanan barat."
en. toyyep : "mak tak makan wester la. kt makan sate je lah."
sy : "sate.. ala, sate bila2 boleh mkn. yg tak pernah mkn lah kita bawak pegi makan."
sy : "ok mak"
mak : "mak ok jer"
Hahaha.. ada ker nak selebrate makan sate.. sesekali, makan lain dari yg lain. baru lah nama selebrate..
Lokasi??? ok, kalau kita dari arah KL (SOGO la senang), menghala ke jalan chow kit. sampai jumpa traffic ligh nampak bangunan Sime Darby turn right. straight sampai jumpa traffic light lagi. turn left. belah kiri nampak bangunan DBKL Bandar Wawasan, Kg. Baru. Straight sampai jumpa traffic light lagi. Masjid Kg. Baru belah kanan. Depan lagi lepas masjid ada satu simpang kecil, turn right. so, parking la kat mana2 sebelah masjid tu. parking susah sikit coz, kawasan kampung. sempit sikitlah. ada juga parking berbayar, itu pun kalau nasib tak baik penuh.. restorannya sebelah kiri. dah macam GPS lak.. hehehe..
Restorannya berkonsepkan kapal. so, tempat makan dia pun ala-ala kapal. ada yang boleh duduk bersila, tempat ala2 romantik gitu. akuarium pun ada. ok lah.. sambil makan boleh cuci mata. servis dia pun ok. walaupun sentiasa ramai orang, tak pernah pulak tunggu makanan berjam2. Yang best nya, disediakan surau untuk orang islam. kalau bulan puasa tak jadi masalah untuk berbuka disini. Lepas makan, boleh solat maghrib. dan sambung makan lagi.. (kalau larat larr..hahaha)
Lupa pulak nak ambik gambar. gugel2 terjumpa blog en. Zoul Kapan. Kredit kepada en. Zoul Kapan. Copy pes dari blog beliau. Sila tinggal kan komen yer kalau saya copy tanpa kebenaran. ampun..
Signboard CHOP N STEAK
Keadaan didalam restoran yang heppening.
Ikan2 yang menarik didalam akuarium.
Makan secara bersila.
View hadapan.
Saya makan berenam semalam adalah RM 74.00. Murah kan? Menunya, Chicken Cop (1), Black paper steak (1), Mix lamb chop (2), mushroom soup (3), nugget (1), fren fries (1), carrot susu (1), tembikai (2), fresh oran (1), manggo(1). Blurrpppp... kenyang.. alhamdullilah..
Waktu operasi restorant nie, sy rasa dari petang hingga lewat malam. Rasa lah.. Nanti sy update k. So, boleh lah bawa family sekali sekala makan western. Saya bagi 4 bintang dari 5 bintang. :p
No comments:
Post a Comment