Wednesday, July 28, 2010

DIDIK SOLAT-muslimcomel giveaway

Sejak saya mula berblogging tahun lepas, nie first time saya join contest. Saya dapat tau contest nie pun dari blog kawan saya viruspadu.  Menarik sungguh contest dan hadiah yang ditawarkan. Nak tau jom tengok contest yang beliau anjurkan. Jom klik muslimcomel.blogspot.com . Kat blog beliau pun ada jual bermacam baju kurung kanak-kanak. Ermm.. boleh shopping untuk hari raya nie.. Jom!!

Salah satu syarat untuk menyertai contest ini adalah : Entry tersebut mestilah cerita pasal anak u all belajar solat atau mengajuk perbuatan solat serta doa dan harapan anak-anak menjadi anak yang soleh/solehah. Entry mesti mengandungi atleast 3 gambar/video yang berkaitan.



Anak-anak saya memang dari kecil lagi saya dedahkan cara bersolat. Walaupun tanpa telekung, dia akan ikut saya bersolat disebelah. Solat tu tiang agama, jadi sebagai ibu bapa kita wajib mengajar anak bersolat dan mengaji. Nak-nak lagi zaman sekarang yang penuh dengan cabaran dan dugaan serta masalah sosial yang agak kritikal. Sekurang-kurangnya, bila ada asas agama, mengelakkan kita terjerumus dari perkara keji dan maksiat. Insyalllah..


















Aksi zulaikha (kakak) bila pakai telekung ibunya.. :p

Nak dijadikan cerita, tahun lepas kitaorang buat konvoy ke Terengganu. Antara tempat yang kami lawati adalah Masjid Kristal. Sungguh cantik design dan pembinaannya. Bila sampai kat masjid tu, ada juga yang mengambil kesempatan bersolat sunat tahyatul masjid. Anak saya masa tu minta nak solat jugak. Saya tak bagi la sebab dia pakai skirt. Bila tak bagi meronta2 lah. Nak tak nak terpaksa la bagi. Layankan jer lah..
 
Semoga anak-anakku menjadi anak yang solehah amin..

Kalau ada rezeki anakku, alhamdullilah.. Jom korang kita join contest nie. tarikh tutup pun lambat lagi. 15 Ogos 2010.

No comments:

Related Posts with Thumbnails