Friday, September 17, 2010

Percutian yang tak dirancang

Selasa (raya ke-5) adalah hari yang takde apa2 plan. Cuma plan nak cari tadika zulaikha. Kira nak register la. Coz tahun depan nak masukkan dia tadika 5 tahun. Hari2 duk berzikir kat telinga ibu dia nak sekolah.. Sampai2 sekolah, tutup da.. telefon cikgunya, kata sekolah buka hari isnin. ermm, bila pulak la nak cuti lagi.. So, kitaorang pun balik la.. sebelum balik, ayahnya singgah lah car wash. sambil duduk2 menunggu..

"bu, nampak tak tu.. atas tu lah Genting. nampak dekat jer kan dari rumah kita".

"yer ker tu Genting?"

"ye lah.."

"jom kita pegi" saya ajak2 ayam jer..

"ok, balik siap" hah ko.. terus suruh siap. kita ajak ayam dia ajak itik.. hehehe..

sampai rumah, "nie dah pukul 12 tgh. kalau kita pegi skrg, kurang2 pukul 1pm baru sampai. main sekejap jer. esok je lah kita pegi nak?? pukul 10 pagi sok kita gerak"

"pulak dah.. ikut abang la.."

So, pepagi sok dah ready dah suma. Minum siap2, jalan.. perjalanan lancar jer.. 














Rate : Out Door Peak Hour : Dewasa RM 40  Kanak-Kanak RM 28 = RM 108 erm.. expensive juga. Dah sampai, masuk gak la.. nak anak2 seronok jer.. layan jer la gambau nyer..

















































































































































































Lebih kurang pukul 3pm hujan pulak. So, permainan diluar diberhentikan. so, kitaorang pun cari port makan. isi perut dulu.. Dua beradik tu konon2 nak main game. bukannya tak nak beli token, diorag bukantau main pun..


































































Bila hujan dah berhenti, kitaorang pun sambung main kat luar lagi. pemainan ini lah yang dua beradik nie boleh main berulang2 kali. nama permainan tak tau. sebab takde orang. hehehee..






































































Dinasourland Boating..














permainan terakhir.. hheheeehee..

Lebih kurang pukul 7pm kita bergerak pulang. anak2 dalam kereta terus tertidur keletihan. lebih kurang pukul 7.30 dah sampai rumah. kejap kan.. hehehe.. pergi balik perjalanan lancar.. 

Alhamdullillah..

Thursday, September 16, 2010

Genap sudah usia setahun

Hari nie, genap sudah usia setahun saya jadi blogger. Hah!! kejap nyer.. Terasa cepat masa berlalu..

Hari nie, saya rasa special sebab :-

1) Genap setahun jadi blogger. Kan da cakap tadi.. Semoga rajin mengarang entry lagi.. Chiyok2!!!!

2) Besday kawan saya viruspadu. Kebetulan... So mmah, tiap2 tahun saya akan ingat besday awak. Selamat Hari Lahir Yg ke 30. Ish.. dah tua kita nie yer..

3) Jatuhnya hari cuti umum pembentukan Malaysia. Semoga negara kita sentiasa aman dan makmur. Hidup Malaysia!!!

Ermmm... masih mood raya.. Next week baru start keje.. Uih... malasnyer... :p

Wednesday, September 15, 2010

Raya.. raya.. raya..

Malam raya, saya dan adik ipar duai pergi Jalan TAR. Kira last shopping la nie. Saya takde nak cari apa2 coz suma dah beres da. Saje jer nak ikut.

"bang, zai ajak g jalan tar, kita ikut nak?"
"ibu g jelah. anak2 tinggal ngan abg"
"canteekk"

bukan apa, bawak budak2 tau la. mesti ramai org kat sana bersesak2. mcm tahun lepas, kitaorg g jugak, cuma anak2 tinggal kat dalam kereta ngan ayah dorang.

kitorg gerak lebih kurang pukul 11pm. sampai sana, cari parking 3 kali pusing gak lah. last kat parking melintang belakang kereta orang. kira parking tak tarik henbrek lah. adik ipar suma bawak anak2. yelah, sape nak jaga anak dorang. kalau yang besar tu boleh lah en. toyyep tengok2 kan. kalau yg kecik tu meraung nak susu, kan payah. kalau anak sendiri tau lah nak hendel camner.

"wah, makngah hari nie jadi bujang la." 
"hahaha.. dapatlah kembangkan sayap sikit.."

sampai sana.. mak ai.. manusia.. mana datang nie. kitaorang nak start kat  sebelah cambell complex. nak masuk pun payah. dah tu kitaorg jalan kat depan Sogo jer. Boleh tahan sesak jugak lah. tapi masih boleh bergerak. barang yang dijual memang super duper sale. tudung dia boleh jual 2 RM15. cantik2 lak tu. mana leh tahan iman camnie. sambar gak lah 2 jenis tudung. baju melayu sepasang RM 40 dari harga RM150.  tapi tak banyak saiz lah. nasib2 jer. baju kurung pun tak kurang jugak. baju kurung english cotton boleh dapat RM20 sepasang. wah!! giler menengok nyer.. saya apa lagi, sambar la sepasang. buat tukar2 pakai kat opis. eh, tadi kata tak nak beli apa2. tu lar, nafsu!!

jam lebih kurang pukul 2am. jalan kat depan Sogo tu, punya lah jem. ntah pukul berapa lah dorang balik umah yer.. lepas menghabiskan duit, kiorg pun singgah minum kat Dorai. makan roti canai minum teh tarik, terus balik rumah. apa khabar lah anak2 dan suamiku dirumah. baru 2-3 jam berpisah pun dah teringat2. tu lah naluri seorang ibu.. kitaorg sampai lebih kurang pukul 3am. sampai rumah terus zzzzzzzzzzzzzzzz. esok pagi nak bangun pepagi lagi.

**********************************************************















dua beradik berposing sementara menunggu ibu bersiap.

 
































Lepas solat sunat aidilfitri, kitaorang bersalam-salaman anak beranak. lepastu bergegas ke rumah mertua. beza blok jer. bersalam salaman, isi perut semua, bergegas ker taman melur pulak (rumah keluarga saya). riuh jugak lah bila adik beradik berkumpul. 














duduk dari kiri : ayah, zikry (adik bongsu), mama.
berdiri dari kiri : atin (makcik), ely (makteh), me, nurul (makngah), ayu (maklang).














gambar wajib satu family.














atok, makwan, and the cucu. damia, amir dan zulaikha.























6 beradik. ikut turutan. along, angah, alang, ateh, acik, acu.












































layankan jer lah.. lepas puas berposing, kitaorang semua menuju ke rumah nenek pula. kira adik beradik mama berkumpul disana. atok lama dah takde. al-fatihah buat arwah atok. antara kisah raya pertama. bersambung lagi yer..

Friday, September 10, 2010

1 Syawal 1431 Hijrah

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

Di kesempatan ini, saya ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf buat keluarga, sahabat handai, kenalan blogger, facebook atau sesiapa sahaja yang mengenali diri ini selama perkenalan ini terjalin. Mungkin dalam penulisan terdapat kata-kata yang menyinggung perasaan atau sensitiviti sesuatu perkara yang tidak disengajakan. Semoga perkenalan dan persahabatan yang terjalin kekal hendaknya. 

    

Wednesday, September 8, 2010

Coootiii!!!

Hari nie hari last saya bekerja. Yahoo!! Esok nak buat persiapan rumah terakhir. Nak keluarkan bekas kuih, gelas, cawan. Basuh siap-siap. Pagi-pagi pegi pasar cari daging nak buat rendang. Nak makan dengan ketupat palas. Tahun nie, saya order 100 biji kat mak mertua saya punya kawan. Memang tiap-tiap tahun dia buat. Sedap.. lemak jer.. Separuh bagi kat keluarga mertua, separuh lagi bagi my family. Sebiji dia jual 70 sen. Kat param pun rasa harganya lebih kurang jugak. 

Keluarga saya, mama mungkin masak rendang ayam ngan nasi impit. Erm.. teringin nak makan rendang ayam mama. teringat-ingat pulak!! (sambil telan air liur).

Keluarga mertua pula, mak mesti tak lupa ketupat ngan rendang ayam dan daging. Yang bestnya, ayah mertua beli daun kelapa dan anyam sendiri ketupat. selama saya makan ketupat, ketupat mak memang tiada tandingan. memang best!! ada jugak saya belajar menganyam, tapi tu lah, kalau dah setahun sekali nak menganyam, mana nak ingat. Semalam, lepas berbuka kat rumah mak, jenuh lah saya mencuba. berapa kali anyam, bukak balik.. tak jadi.. balik nie nak try lagi.. jadi ker tidak???

Saya start keje semula 17hb. September 2010 (Jumaat). Moga-moga tidak dipengaruhi oleh mood raya nanti. :)

Ajar anak salam tetamu

Kanak-kanak adalah insan paling gembira menjelang Aidilfitri. Di samping pakaian baru, mereka teruja menerima duit raya daripada orang yang lebih tua.

Ada juga kanak-kanak beraya bukannya kerana ingin berziarah sebaliknya mengumpul duit raya semata-mata.

Dalam kegembiraan mengumpul duit raya ini, ada kanak-kanak tidak dapat mengawal rasa gembira sehinggakan boleh menimbulkan rasa kurang senang kepada tuan rumah.

Ada pula yang menunjukkan perangai kurang manis seperti menumpahkan biskut raya di permaidani, mamasuki bilik tetamu, menyepahkan barang dan memecahkannya.

Semua tindakan ini tentunya diluar kawalan apabila ibu bapa membawa anak bersama. Justeru itu, apakah cara paling berkesan mendidik anak supaya mereka manunjukkan tingkah laku yang baik ketika beraya?

Ibu bapa berperanan penting mendidik anak mengenai adab ketika berziarah. Tujuan berziarah adalah untuk bermesra sesama jiran atau saudara-mara sambil bertanya khabar.

Juteru, pesan kepada anak ketika di rumah lagi mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Jangan pula tidak makan, tidak minum dan berbual, semata-mata menanti sampul duit raya. Ini tentunya bertentangan dengan semangat berziarah iaitu mengeratkan perhubungan.

Ada pula anak ingin mengumpul duit raya sanggup mengunjungi rumah sehingga dua tiga kali. Tuan rumah selalunya tidak menyedari kanak-kanak itu pernah singgah lantas memberikan duit raya sekali lagi.

Jangan pula mengambil kesempatan kebaikan tuan rumah untuk membuat duit raya. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menerima duit raya.

Dalam hal ini ibu bapa perlu menunjukkan tingkah laku yang baik sebelum menjadi ikutan anak-anak. Berikut antara panduan yang boleh dijadikan rujukan ibu bapa dan anak ketika berhari raya :

Panduan untuk ibu bapa :

1.  Duit raya sedekah

Duit raya yang dihulur mungkin suatu 'paksaan' bersedekah. Sebenarnya syarat bersedekah ialah mesti diberi dengan ikhlas sekadar termampu. Ada ibu bapa yang memberi duit raya kerana orang lain memberikan duit raya kepada anak mereka.

Jika tidak dibalas takut berkecil hati, lantas memberi kerana terpaksa atau menutup malu. Pemberian sedekah begini tentu kurang dari segi keikhlasannya.

Ada juga yang berniat untuk menunjuk-nunjuk ketika memberi duit raya kepada kanak-kanak. Niat perlu diperbetulkan. Seeloknya duit dimasukkan di dalam sampul agar jumlah yang diberi tidak dapat dilihat orang lain.

2.  Kawal suara ketika berbual

Keseronokkan berbual terutama bertemu rakan juga ada kalanya membuatkan kita tidak sedar mengeluarkan suara yang kuat. Kadang-kadang, ia boleh mengganggu orang lain. Lebih parah, andai perbualan itu berkisar kepada umpatan atau perkara yang boleh menyakitkan hati tuan rumah atau orang lain.

Keseronokkan berbual mengenai perkembangan politik tanah air dan ada kalanya agak sensitif apabila terdapat orang politik pihak lawan yang hadir ketika itu.

Sebaliknya, sebagai tetamu, kita seharusnya mengawal suara dan berbual pada perkara yang dirasakan boleh dikongsi bersama tanpa menimbulkan sensitiviti.

3.  Memelihara pandangan

Sebagai tetamu, sebaiknya elakkan memandang ke sana ke sini. Sekali sekala itu wajar. Cuma, pandanglah perkara perlu sahaja seperti memandang wajah tetamu yang datang dengan pandangan yang ikhlas bersama senyuman.

Memandang tetamu yang lain berkali-kali sambil berbisik dengan rakan sebelah juga perlu dielakkan. Ini mungkin menimbulkan rasa tidak selesa pada orang yang berkenaan. Lebih teruk jika membabitkan umpatan kepada orang lain.

4.  Hadkan masa

Kadang-kadang keseronokan bertemu kawan lama membuatkan kita tidak sedar sudah lama berada di sana. Kunjungan yang sepatutnya berlangsung dalam 20 hingga 30 minit akhirnya sehingga 3 jam. Rasanya tempoh itu terlalu lama.

Ini mungkin menimbulkan rasa tidak senang atau tidak selesa kepada tuan rumah. Lebih malang andai ruangan rumah atau kerusi tetamu yang disediakan begitu terhad.

Kehadiran kita yang begitu lama dalam majlis itu menghalang orang lain duduk. Tuan rumah mungkin merasa tidak selesa apabila terpaksa berulang kali melayan kita dengan perbualan atau layanan yang sewajarnya diberikan kepada tetamu baru.

5.  Bilangan kehadiran yang sederhana

Membawa ahli keluarga dan rakan ke satu majlis rumah terbuka memang seronok. Namun, kedatangan rombongan yang ramai mungkin akan menjadi satu kesulitan kepada tuan rumah apatah lagi kehadiran kita di majlis itu tidak diberitahu lebih awal.

Manalah tahu jumlah makanan disediakan ala kadar sahaja. Hal sekecil ini wajar diambil perhatian untuk mengelak masalah kepada tuan rumah.

Siapa tahu, dengan kehadiran yang ramai, tuan rumah boleh bergaduh suami isteri disebabkan suasana kelam kabut.

6.  Layan kanak-kanak

Bagi ibu bapa, luangkan sedikit masa untuk kanak-kanak yang bertandang ke rumah. Tidak perlu menunggu 'rumah terbuka' baru hendak melayan mereka.

Pamerkan kemesraan dan sifat kasih sayang kepada anak-anak yang datang. Jika anda melayan orang lain dengan baik, pastinya anak anda juga akan dilayan dengan baik oleh orang lain.

Panduan untuk anak :

1.  Hormat tuan rumah

Apabila tiba dirumah yang dikunjungi, elakkan dari terus ke meja hidangan. Sebaiknya, cari tuan rumah terlebih dahulu atau tidak ada, mungkin mereka sibuk di dapur atau melayan tetamu.

Ajar anak untuk bersalaman dengan tetamu berdekatan ketika itu. Kemudian duduk dengan sopan. Sementara menunggu tuan rumah keluar, ambil kesempatan berbual-bual mesra dengan tetamu yang ada.

2.  Jaga adab ketika makan

Menunjukkan budi bahasa yang baik ketika makan sangat penting.  Elakkan daripada berebut. Jika perlu, beratur mengikut giliran. Ambil makanan ketika dipelawa tuan rumah.

Mengambil makanan dengan kadar sederhana juga menunjukkan adap yang baik. Mengelak daripada mengambil makanan berlebihan sehingga kelihatan berlonggok di pinggan satu cara yang amat baik. Habiskan makanan diambil dan elakkan pembaziran.

Untuk ibu bapa, pastikan mereka menyuapkan anak makan dan minum bagi mengelak tertumpah. Jangan biarkan anak mengambil sendiri makanan dikhuatiri peralatan digunakan pecah. Ketika inilah ibu bapa boleh mendidik anak-anak supaya bersopan ketika makan.

3.  Berdisiplin dan menjaga adap ketika beraya

Kehadiran anak bersama ibu bapa memang sukar dikawal, sehingga ada yang berlari-lari keluar masuk ke rumah, masuk ke bawah meja, naik ke atas meja makan, masuk kedalam bilik tuan rumah yang kebetulan mungkin tidak berkunci, masuk ke dapur, menangis atau tertumpah air dilantai dan pelbagai lagi kerenah semulajadi mereka.

Di sinilah peranan ibu bapa untuk mengajar anak dengan sifat yang baik. Biasanya anak kecil akan cepat bosan jika terlalu lama beraya, justeru jangan terlalu lama beraya untuk kenalan biasa melainkan saudara terdekat atau kenalan rapat. Ini memastikan anda boleh menggunakan ruang rumahnya seperti menidurkan dan memandikan anak tanpa masalah.

4.  Jangan mata duitan

Kanak-kanak juga perlu diingatkan jangan hanya beraya di rumah orang kaya sahaja. Tujuan asal berziarah pada hari raya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama Islam.

Oleh itu, jangan dipinggirkan mereka yang miskin dan kurang berkemampuan untuk memberi duit raya. Didik anak agar tidak terlalu menjadi mata duitan dengan membeza-bezakan pemberian duit raya.

Selepas balik dari beraya, sepatutnya anda mengajar anak supaya bersyukur dengan pemberian itu. Katakan kepada mereka, walau macam mana miskin dan daif sekalipun tuan rumah, mereka tetap gembira menerima kunjungan kanak-kanak pada hari raya.


* sumber dipetik dari Harian Metro 8 September 2010.
Related Posts with Thumbnails