Saturday, November 27, 2010

Restoran Nelayan

Nie, kisah sabtu 2 minggu lepas. Adik ipar (adik bongsu en. toyyep) nak belanja makan, coz besday dia. Kiranya dia berniat nak belanja keluarga dia la sempena besday dia. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki lagi.. Amin..

So, mula2 dia ingat nak belanja makan sate jer.. Kitaorang, kalau orang nak belanja, ok jer.. Tiba2 last minit, adik ipar nie pakat ngan kakak dia nak belanja makan kat restoran nelayan, titiwangsa. Dia dah booking siap-siap meja. Sekali 3 meja dia booking.. (Wah!! banyaknya duit dia..) Ermmm.. Pucuk dicita, ulam mendatang.. Kitaorang apa lagi.. setuju jer lah.

Sampai-sampai jer, kitaorang terus ambil makanan. makan adalah secara bufet steamboot.. Seafood lagi.. Apalagi, kitaorang pun kaut lah udang, sotong, ketam, dan macam2 lagi lah.. penuh bekas steamboot dengan seafood..

Ada nasi putih, nasi minyak, kari daging, ayam masak merah, dalca.. apa lagi.. ish.. macam-macam ada.. tak ingat dah.. pencuci mulut, ada buah-buahan, bubur kacang hijau dan pulut hitam, kuih muih. Memang puas hati dan puas perut.. keh..keh..keh..

mak n ayah mertua and my family satu meja.

keluarga zai dan acik satu meja.

keluarga along ngan alang satu meja.

Acu (cap biru) besday boy yang belanja.

Tengok tu.. penuh bekas steamboot tu.. :p

Kekenyangan.. acara bergosip antara ipar n biras.. :p




Apa lah zulaikha ngan damia buat dengan sepupu mereka tu??




Berapa harga seorang?
Dewasa RM 28.00 seorang. Kanak-kanak RM 15.00 seorang ( 5 tahun - 12 tahun ).
Hari biasa, rasanya reasonable kot. Boleh makan sekenyang-kenyangnya. Kalau bulan puasa, rasanya berapa banyak sangat yang kita boleh makan. Minum air yang lebih.

Nak tau apa yang diaorang jengukkan?

Rupa-rupanya ada bermacam ikan dibela seperti ikan keli gergasi, ikan karp, kura-kura pun ada. Semuanya besar2 belaka. ish.. tengok pun geli..
Berakhir dengan aksi anak dara ku berposing..




Terima kasih daun keladi acu.. ada rezeki, tahun depan belanja lagi.. hehehehe.. aci tak??

Monday, November 22, 2010

Apabila keseorangan

Damia, apabila keseorangan (tanpa kakak) dia boleh bawa diri. Kalau saya masak kat dapur, dia tak kacau punya. Dia boleh main, tgk tv sorang2.


See, dia boleh duduk bersila menghadap tv. lagi lagi kalau chanel Astro ceria 611. kalau ada kakak dia asyik bergaduh jer. budak-budak. Masa nie saya tengah masak, asal senyap jer.. dengar suara tv jer.. saya jengok.. oohh.. patut lah senyap.. ngadap tv rupanya...

Friday, November 19, 2010

Melawat nenek

Walaupun jalan bertingkut-tingkut, raja haji haritu pergi jugak melawat nenek. Nenek dah keluar wad hari isnin lepas. Terlantar je kat atas katil. Dia asyik mengadu tak selesa. Yer lah, badan tak berapa kuat, nak duduk pun payah apalagi nak berdiri. Baring jer lah. Kejap alih ke kanan, kejap alih ke kiri. Kesian tengok keadaan nenek.

Nafas kedengaran tercungap-cungap. Kata makcu, air dalam paru-parunya masih banyak. Sebelum nak keluar wad haritu, dr. nak sedut sikit lagi air dalam paru-paru nenek. Tapi nenek bertegas tak nak dr. tebuk lagi. Dia nak balik cepat. Sakit katanya.. Dr. tak boleh nak buat apa.

Lepas solat, aku sentiasa doakan kesejahteraan nenek. Semoga nenek cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Amin.

Sekali jatuh da..

Sehari sebelum raya haji, satu insiden telah berlaku kat office. Bos call minta turun kat bawah bawakan drawing. Dia nak pegi meeting, so dropby jer lah. Ntah macam maner, tersilap step.. Tebabboo.. Sekali aku jatuh da.. Depan bos lak tu.. Malu giler..
Inilah akibatnya..

Raya haji kali nie, aku betul-betul berkorban.. hehehe.. Jalan pun bertingkut-tingkut.. Semalam mc. So, harinie, dah kurang bengkak sikit, dtg lah keje.. Dr, pesan, sebulan jangan pakai high heel. Aduh!! tak glemer ar.. :p

Wednesday, November 17, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha

 
  gambar kredit google
 

Labbaikallah hummalabaik.. Labbaikallah syarikalakalabaik.. Innalhamdah.. wannikmata.. lakawalmurk.. lasyarikalak..

Aidiladha disambut oleh semua umat islam di dunia pada 10 Zulhijjah. Ia disambut disamping mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail. 

Bila lah agaknya, kaki ini dapat menjejak bumi Mekah.. Rasa sebak, sayu hati bila mendengar panggilan haji dan takbir tadi.. 

Selamat Hari Raya Aidiladha semua..

Wednesday, November 3, 2010

Ya Allah, sembuhkan lah nenek ku.

Hari khamis lepas, nenek mengadu sesak nafas lagi. Sebelum nie, dah pernah masuk wad. Dr. cakap, paru-paru nenek berair. So, masa kena tahan wad dulu, belakang nenek telah ditebuk kecil untuk menyedut air di paru-parunya.

So, semalam (time lunch hour) saya berkesempatan untuk melawat nenek di Hospital Ampang. Janji2 ngan mama, so, mama dtg amik di office. Keadaan nenek amat menyedihkan.. Tak sanggup rasa tengok nenek berkeadaan begitu. Bergantung pernafasan dengan gas oksigen. belakang badan ditebuk untuk mengeluarkan air dan angin.


tiub dimasukkan untuk menyedut air dan angin dalam paru-paru.


Bergilir-gilir anak dan cucu menjaga nenek. Semoga nenek cepat sembuh dan sihat seperti sediakala. Amin..
Related Posts with Thumbnails