Saturday, November 27, 2010

Restoran Nelayan

Nie, kisah sabtu 2 minggu lepas. Adik ipar (adik bongsu en. toyyep) nak belanja makan, coz besday dia. Kiranya dia berniat nak belanja keluarga dia la sempena besday dia. Mudah-mudahan dimurahkan rezeki lagi.. Amin..

So, mula2 dia ingat nak belanja makan sate jer.. Kitaorang, kalau orang nak belanja, ok jer.. Tiba2 last minit, adik ipar nie pakat ngan kakak dia nak belanja makan kat restoran nelayan, titiwangsa. Dia dah booking siap-siap meja. Sekali 3 meja dia booking.. (Wah!! banyaknya duit dia..) Ermmm.. Pucuk dicita, ulam mendatang.. Kitaorang apa lagi.. setuju jer lah.

Sampai-sampai jer, kitaorang terus ambil makanan. makan adalah secara bufet steamboot.. Seafood lagi.. Apalagi, kitaorang pun kaut lah udang, sotong, ketam, dan macam2 lagi lah.. penuh bekas steamboot dengan seafood..

Ada nasi putih, nasi minyak, kari daging, ayam masak merah, dalca.. apa lagi.. ish.. macam-macam ada.. tak ingat dah.. pencuci mulut, ada buah-buahan, bubur kacang hijau dan pulut hitam, kuih muih. Memang puas hati dan puas perut.. keh..keh..keh..

mak n ayah mertua and my family satu meja.

keluarga zai dan acik satu meja.

keluarga along ngan alang satu meja.

Acu (cap biru) besday boy yang belanja.

Tengok tu.. penuh bekas steamboot tu.. :p

Kekenyangan.. acara bergosip antara ipar n biras.. :p




Apa lah zulaikha ngan damia buat dengan sepupu mereka tu??




Berapa harga seorang?
Dewasa RM 28.00 seorang. Kanak-kanak RM 15.00 seorang ( 5 tahun - 12 tahun ).
Hari biasa, rasanya reasonable kot. Boleh makan sekenyang-kenyangnya. Kalau bulan puasa, rasanya berapa banyak sangat yang kita boleh makan. Minum air yang lebih.

Nak tau apa yang diaorang jengukkan?

Rupa-rupanya ada bermacam ikan dibela seperti ikan keli gergasi, ikan karp, kura-kura pun ada. Semuanya besar2 belaka. ish.. tengok pun geli..
Berakhir dengan aksi anak dara ku berposing..




Terima kasih daun keladi acu.. ada rezeki, tahun depan belanja lagi.. hehehehe.. aci tak??

2 comments:

Anonymous said...

sangat menarik, terima kasih

MaMa Chantique said...

wow..makan besar...bestnya

Related Posts with Thumbnails