Friday, November 19, 2010

Melawat nenek

Walaupun jalan bertingkut-tingkut, raja haji haritu pergi jugak melawat nenek. Nenek dah keluar wad hari isnin lepas. Terlantar je kat atas katil. Dia asyik mengadu tak selesa. Yer lah, badan tak berapa kuat, nak duduk pun payah apalagi nak berdiri. Baring jer lah. Kejap alih ke kanan, kejap alih ke kiri. Kesian tengok keadaan nenek.

Nafas kedengaran tercungap-cungap. Kata makcu, air dalam paru-parunya masih banyak. Sebelum nak keluar wad haritu, dr. nak sedut sikit lagi air dalam paru-paru nenek. Tapi nenek bertegas tak nak dr. tebuk lagi. Dia nak balik cepat. Sakit katanya.. Dr. tak boleh nak buat apa.

Lepas solat, aku sentiasa doakan kesejahteraan nenek. Semoga nenek cepat sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Amin.

No comments:

Related Posts with Thumbnails