Pertama : rindu anak..
Kedua : rindu bapaknyer.. (en. toyyep) hehehe..
1st time berjauhan ngan anak dan suami. Ika ngan mia aku serah kat MIL tolong jagakan. Wafiq penjaga nyer yang jaga. Maknanya, selama 5 hari aku berkursus, duk lah dia rumah baby sitter tu.. Ayah dia pun sibuk. Kebetulan minggu tu, minggu dia standby.. Tak sempat nak menjenguk anak bujang dia.
Jadual 5 hari tu agak padat juga. Penat seharian duduk mendengar ceramah. Macam-macam tajuk. Pada aku ia adalah benda baru. Jenuh juga nak catch up..
Kurus start pukul 8.30 pagi. Habis pukul 5.30 petang. Malam sibuk study sebab akan ada ujian mengejut. Teringat pulak zaman kolej dulu..
Aku menginap di Resident Hotel, Uniten Bangi. Makanan terbaik!! Pagi petang dari hotel ke tempat kursus (HQ) bas disediakan. Ermm.. naik lemak lah.. hahaha..
with roommate Faizah..
Hari keempat (khamis) kami ada lawatan ke tapak semaian dan ladang sawit di Banting. Sangat seronok + letih jugak.. hahaha..
Masa nie, dapat lah tengok buah sawit secara live.. Teruja..
Tempat pertama dilawati ialah tapak semaian Sime Darby di Banting.
Ini buah sawit jenis jantan (Dura)
Proses pisahkan buah sawit dari tandan sawit.
Disana kita didedahkan dengan kaedah "culling" iaitu memilih anak benih sawit yang sihat. Masa ni kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Ada ujian lagi.. Berjalan dalam satu kumpulan, pastu periksa pokok mana yang tak sihat @ kena "culling". Tanda kat kertas.. Hahaha.. Mencabar, sebab suma anak pokok nampak macam sihat jer..
Anak pokok yang dibariskan untuk dipilih..
tapak semaian
bersama salah seorang ahli kumpulan
time bergambar pulak
Lepas tu, disediakan minum pagi. Lepas nie, nak lawat ladang pulak di Bukit Canggang. Cantik ladang yang dijaga oleh pemilknya Tn. Hj. Samson. Bersih dari semak samun. Boleh diiktiraf GAP (Amalan Pertanian Baik) nie.
Ladang kelapa sawit Tn. Hj. Samson yang berusia 8 tahun.
Disini, kami didedahkan dengan penggunaan mesin "CANTAS". Ia adalah sebuah mesin yang direka oleh MPOB untuk memotong pelepah sawit secara cepat dan pantas. Dapat menjimatkan kos tenaga kerja.
Demostrasi "CANTAS"oleh En. Akmal.
Lebih kurang pukul 1.00, kami pun dibawa makan di restoran Barokah di Banting. Solat di masjid KLIA dan bertolak ke satu lagi ladang kelapa sawit yang baru sahaja ditanam.
Kami didedahkan dengan kaedah GPS yang mana boleh mengukur keluasan ladang secara tepat. Masa nie, tak ambil gambar, sibuk salin nota taklimat yang disampaikan oleh penceramah.
Lebih kurang pukul 5.30 petang, kami sampai di hotel.. Argh... penat giler badan. Jumaat ada exam dan pembetangan secara berkumpulan.. Aduh!! Malam bersengkang mata baca nota..
Akhirnya, habis jugak kursus.. Ah.. nak balik rumah.. rindu kat anak!!!!
Gambar kenangan. Mana saya?? Cer cari.. hahaha..
Pagi jumaat tu, ada kisah disebaliknya.. Kereta tak leh start.. Bateri kong.. Kerata parking lama kt hotel, aku start sekejap2 jer.. ayo.. macam mana nie, exam nak start nie.. Nasib baik uncle (pemandu bas) bawa kereta dia. Tumpang dia ke HQ. Dia tolong jumper kereta aku.. Tq uncle..
Tghari, nak start balik, kereta tak hidup.. Call en. toyyep ( dia lah penyelamat keadaan.. tq sayang..) Dari KL, dia bawa bateri baru ke Bangi.. Jauh tu, naik motor lak tu.. Pasang bateri baru, start, ok. Dah boleh balik rumah.. Thank you en. suami.. Lepas rindu.. kehkehkeh...
1 comment:
salam..nk tanya...banting ni ladang sawit besar ke?
Post a Comment