Friday, June 8, 2012

Perkembangan Mia terkini

Nur Batrisya Damia, sekarang berusia 5 tahun 5 bulan. Anak yang dilahirkan dengan keadaan yang kurang sempurna (cleft palate @ sumbing lelangit) kini, dia dah boleh tersenyum, ketawa, bercakap (masih ada sedikit sengau).. Syukur alhamdullilah.. Walaupun masih ada follow up dengan pihak hospital, dan tidak sekerap dulu, kini aku dah boleh bernafas dan menumpukan perhatian pula pada adiknya Muhammad Hilmi Wafiq berusia 6 bulan.

Sambung dari kisah sumbing tersebut, selain masalah sumbing, mia juga mengalami masalah pendengaran. Ini disahkan setelah Dr. melakukan ujian pendengaran.  Tapi tidak pada tahap kronik.. Mia hanya mengalami masalah pendengaran type B.  Maksudnya tidak mengganggu saraf telinga.  Menurut Dr. yang merawat, ia perkara biasa yang terjadi pada mereka yang sumbing kerana telinga, hidung dan tekak adalah berkaitan. So, mia dirujuk pada pakar ENT. So, dalam sebulan tu, 2 kali lah kena berulang ke hospital.  Pakar plastik surgery, dan pakar ENT.. Mujur, bos faham keadaan ku masa tu..

Masa umur mia nak masuk 3 tahun, pada 1hb. Disember 2009, Mia selamat menjalani pembedahan tutup lelangit. Entry penuh disini.  Yang aku nak cerita kat sini, masa dia sedar dari ubat bius tu.  Sungguh amat amat menguji. Aku baca kisah akak siti_btp, aku faham benar apa yang dirasakan masa tu. Mungkin hebat lagi dugaan dia masa tu berbanding aku. Lepas mia terjaga bila keluar dr bilik operation tu, dia menangis. Aku dipanggil untuk menenangkan anak. Dr. pesan kalau boleh, jgn bagi dia nangis, takut jahitan dia terbuka. Puas lah aku memujuknya.. 

Nak dijadikan cerita, masa pujuk tu, kejap aku berdiri, kejap aku duduk sambil dukung mia lah.. mungkin perut aku kosong masa tu, tengok pulak darah keluar kat hidung dia. Tetiba aku rasa pandangan aku kabur.. Rasa nak pitam. Cepat2 aku panggil misi, kata aku nak pitam. Cepat2 misi tu sambut mia yg aku dukung masa tu, dan sorang misi lagi papah aku, baring kan aku kat katil sebelah.. Kalau tak, mau mia t'lepas dari dukungan aku. Seluruh tubuhku berpeluh.. Nasib Mia masa tu, tidur balik dan tak menangis. Aku pulak t'baring kat luar bilik pembedahan.. Aku diberi minum milo panas, baru badanku kembali stabil. Lawak pulak bila t'ingat kembali kejadian tu.  Bila dah rehat dalam 10 minit mcm tu, aku cari mia balik. Masa tu, umur mia dah 3 tahun, jadi bila aku peluk dia dan cakap kat dia, "mia tido yer.. kalau mia tido, nanti mulut tak sakit..", dia dengar cakap dan tido. Lega aku.. Bila dia dah stabil, Dr. pindah kan ke wad biasa. Alhamdulillah, 5 hari aku disana, dr. benarkan kami pulang.  Pesakit kat wad pun hairan, kami boleh balik awal. Biasa rata-rata pesakit duduk 2 minggu di wad.  Rupa-rupanya, kalau sumbing luar @ bibir, penjagaannya dan pemulihannya agak sukar dan lambat. Jika sumbing lelangit, air liur pesakit adalah penawar yang paling mujarab.. Alhamdullilah, dalam tempoh 3 bulan, mia dah boleh makan makanan yang keras sikit. 


 mia (biru) trip to medan sebelum operation lelangit

 mia (kanan) 3 bulan lepas operation lelangit

 
mia selepas setahun operation lelangit

Ujian Allah tidak habis setakat itu. Aku percaya, setiap ujian yang Allah beri ada hikmahnya.. Bila lelangit dia dah tutup, ingatkan percakapan dia takde sengau lagi. Oh, untuk pengetahuan uols, sebelum operation, dia boleh bercakap tapi memang sengau.. hanya aku sahaja yg paham apa dia cakap. Ayah dia pun kadang2 garu kepala, tak paham.. hehehe.. Rupa-rupanya, bila lelangit dah tutup, lagi bunyi sengau.. Aku pun hairan.. Dr. lagi hairan. Biasa, pengalaman lepas-lepas mereka, pesakit akan ok. Tapi sebaliknya.  Kali nie, aku yang garu kepala apa yang dia cakap. Bila dia cakap, kita tak paham, mula lah dia marah kita.. Lama2 dia malas nak cakap. Main tunjuk2 jer kalau nakkan sesuatu.. Kalau depan orang, lagi lah dia kunci mulut. Dr. suggest rujuk pada pakar speech therapy.  So, dalam sebulan tu, 3 kali lah kena berulang ke hospital.  Pakar plastik surgery, pakar ENT, dan pakar speech therapy.. 

Dr. speech therapy suggest, hantar mia ke sekolah. Biasakan dia dengan persekitaran baru. Maksudnya, biar dia berkawan dan bergaul.. Mungkin dengan cara nie, dapat perbaiki percakapan dia.  So, kakak dia (zulaikha) sekolah tadika 5 tahun, saya masukkan mia sekali. Mujur, tadika tu terima pelajar umur 4 tahun. Ada lah dia kawan ngan kakak dia.  Ada perubahan lah aku tengok mia nie sejak dia sekolah.  Paerkataan yang dia sebub dah banyak yang aku paham.  Ummu (guru) dia cakap, dia banyak diam kat sekolah. Mungkin dia segan ngan kawan2. Tapi bila dirumah, kemain banyak dia bercakap. Sengau tu, masih ada lagi untuk huruf yang susah pada dia seperti S, J, C.  Dr. speech therapy pun cakap, huruf2 tersebut mengambil masa yang agak lama juga untuk dia sebut dengan betul. Itu biasa bagi budak seperti dia. Takpelah, hanya doa yang ku pohon agar anakku dipermudahkan segalanya. Amin..

Pasal pendengaran dia, tahun lepas telinga dia selalu bertakung air. Kadang2 sampai bernanah. Aku risau jugak. Masa bawa dia kehospital untuk check, dr. hanya bersihkan sahaja telinga dia. Dr suggest untuk buat minor operation masukkan tiub didalam telinga untuk stabilkan tekanan dalam telinga. Bila mandi biasa atau kolam (Mia adalah pencinta air dan kolam renang, bila bercuti mesti nak mandi kolam. hahaha..) air senang masuk melalui telinga. So, pada 27 Oktober 2011 mia telah menjalani minor operation masukkan tiub dalam telinga.  Masa tu aku tengah mengandungkan wafiq 7 bulan ++. Bayangkan dengan perut yang besar, aku temankan mia dihospital selama seminggu.. Misi kat sana banyak membantu dan memberi kerjasama serta amat memahami keadaan aku masa tu. 


 Dari wad biasa bertolak ke dewan pembedahan..


 Diluar dewan pembedahan sementara menunggu bilik bedah dibersihkan.
Sempat lagi main krim yang disapu dr. tempat untuk cucuk masuk drip.

Masa nie, mia relaxs jer.. Ibu dia yang cuak lebih. Yelah, budak kan, apa dia tau.. Harap2 segalanya berjalan dengan lancar. Amin.. Pembedahan mengambil masa 2 jam.  Start pukul 8.00 pagi.  So, mcm biasa, sama macam operation lelangit dulu, ibu boleh masuk bilik bedah teman anak sampai dr. bagi ubat bius then bila anak dah t'tido, ibu boleh cium anak. Masa nie lah perasaan seorang ibu amat tersentuh.. Bila melihat anaknya terbaring tanpa sedarkan diri, air mata ini laju jer mencurah2.. Segan pulak ngan misi dan dr. Diorang senyum jer dan tenangkan si ibu, sambil berkata, "semuanya akan baik".. Yerlah, airmata bukan boleh dipaksa2kan.. Menanti lah si ibu di luar bilik operation dengan tabah sambil memanjat doa agar anaknya selamat menjalani pembedahan.. Huhh!!! Masa menaip entry nie pun, air mata bergenang bila mengingatkan saat itu..

Lebih kurang pukul 10 pagi, aku dipanggil misi.. Alhamdullilah, mia selamat menjalani pembedahan memasukkan tiub dalam kedua2 belah telinga.. Sambil menunggu dia sedar dari ubat bius tu, aku tengok juga telinga dia elok jer, macam takde apa kesan operation. Aku tanya misi kat situ, tak nampak pun kesan dr. tebuk kat belakang telinga tu. Dia kata tiub tu dr. masukkan melalui lubang telinga terus ke gegendang dan dibiarkan tiub tu dalam telinga dia. La, yer ker.. Selama nie, yang aku paham dr. cakap dia nak tebuk belakang telinga masukkan tiub. Tu yang cuak lebih tu.. Rupanya mcm tu jer.. Alhamdullilah.. syukur.. 

Masa dalam wad, lepas operation tu, nasib mia tak buat hal sangat. Cuma merengek sikit bila ubat tahan sakit tu dah habis kesan. Yer lah, dengan keadaan aku yang sarat tu.. Syukur, Allah permudahkan segalanya.. Seminggu kemudian, lepas ambil appointment semua, kami pun discharge..

Ini lah keadaan Mia yang terkini, makin ceria..

 


6 comments:

Siti_btp said...

Salam Melati
Terima Kasih gambar tersebut maklumlah 17 thn dulu tak de kamera mcm sekarang..

Sampai sekarang lelangitnya masih berlubang ,bila tersedak keluar nasi kat hidung..Lepas operation tu Asraf x berhenti nangis..Baju akak dibasahi darah Asraf..

Walaupun sengau Mia masih blh bercakap..Alhamdulillah berbanding ketiga-tiga anak akak tak blh bercakap langsung..Teruskan usaha latih Mia bercakap.Semangat ibu kekuatan anak..

Ibu Hakim said...

salam sis,
actually akk nk buat operation utk lelangit..akk dh umur 31 thn dh.
tp br tergerak nk buat..ms kecik2 just buat bhgian luar je..so dlm xbuat..
alhamdulillah skrg br terbuka hati nk buat..
so skrg nia ckp sengau teruk sgt x?
akk nk buat operation ni 1/4 di hkl

Anonymous said...

Mia dah umur berape skrg?syukur sbb mia dah ok..sy bace mengalir air mata,sy tgh jage anak yg mngalmi cleft lip n palate..die baru operate bibir smlm..hanye tuhan saje yg tau bile tgk die nangis..

Unknown said...

Salam..nk tanya..mia ada kuar bunyi tak selepas menyusu @ semasa baru nk start tido?

Anonymous said...

Akak dah buat operation. Msih sngau?

Unknown said...

Assalamualaikum...sy pun ada ank cleft palate dh buat operat bulan 4 baru ni, percakapan dia masih x ok lagi..dr sruh antr sek taun depan umur dh 4 taun,semoga ank sy pun boleh cakap mcm kanak kanak lain...teruskan berdoa..

Related Posts with Thumbnails