Saturday, July 3, 2010

Doa harian

Saya nak share lah ngan korang suma doa harian yang saya amalkan dan dalam masa yang sama saya ajarkan kepada anak-anak saya. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dari NYA.

Doa yang biasa dan selalu kita amalkan, doa sebelum makan dan sesudah makan.















Doa nie saya praktikkan kepada anak-anak saya sejak mereka kecil lagi. Alhamdullillah, Zulaikha dah menghafazkannya. Lancar jugak la dia baca. Damia masih ambil akhirannya sahaja. Allah humma, na, ma, na, na, nar. Takpelah, dia kecil lagi, lama-lama nanti insyaallah..


Doa naik kenderaan pula. Biasa saya mengamalkan sebelum naik kenderaan hendak kemana-mana. Lagi-lagi bila naik motor nak pegi keje.. Saya bonceng jer.. En. toyyep la yang bawa motor. Nak-nak bila "ter" bangun lambat.. Dia punya pecut!! Tuhan saja yang tahu.. sup sap sup sap.. dia mencelah.. fuh .. boleh wat jantung luruh.. Bak kata orang tua2, malang tak berbau.. Jadi bila kita membaca doa sebelum naik kenderaan, mudah-mudahan dilindungi oleh NYA..















Satu lagi doa yang saya nak share kat sini adalah doa untuk isteri-isteri yang nak sentiasa  ingin perawan @ dara. Ye lah, bila dah beranak 2-3 nie, sume dah tak balance.. Tu yang kena buat balancing ngan allignment tu. hehehehe..
Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri & untuk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:

56.35 Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,

56.36 Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),

56.37 Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

56.38 (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.


Surahnya bermula dengan : "Inna Ansyak na Hunna Inyak aa." Sila cari dalam al-quran yer.. saya dah gugel, nak copy ayat tu tapi tak jumpa. Dan sila hafal yer.. Mustajab sungguh.. Insyaallah..


Bila dah perawan, cantik di dalam, nak juga cantik diluar.. saya juga amalkan membaca doa semasa melihat diri di cermin. maksudnya semasa bersolek la.. ni doa nya.





maksudnya : segala puji bagi mu Ya Allah, sebagaimana Engkau telah memperelokkan rupa parasku, maka perelokkan juga budi perketi ku.

pendek jer kan.. so, boleh lah menghafaznya dari sekarang..


Untuk mengekalkan kasih sayang diantara suami dan isteri, amalkan doa ini.















Doa ini biasanya saya amalkan semasa menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak. tiupkan dimakanan dan minuman. insyaallah. ini adalah salah satu usaha untuk mengekalkan kasih sayang selain doa selepas solat.


Jarang kita tengok orang berdoa lepas berwuduk. Tengok ayat macam panjang jer. tp bila baca, macam pendek dan senang. Jenuh gak la menggugel.. hasilnya.. sama-sama lah kita mengamalkannya..












So, ini adalah antara doa harian yang saya amalkan. semoga kita sama-sama mendapat syafaat nya.

Sharing is caring..

1 comment:

Anonymous said...

Hi! Quick question that's completely off topic. Do you know how to make your site mobile friendly? My website looks weird when viewing from my iphone 4. I'm trying to find a theme or plugin that might be able to resolve this
issue. If you have any recommendations, please share.

With thanks!

My blog post :: Sheikh Zayed Mosque

Related Posts with Thumbnails