Wednesday, October 6, 2010

Rahsia perkahwinan berpanjangan

Kajian penyelidik di London membongkar rahsia perkahwinan berpanjangan. Ia membabitkan elemen jurang umur 2 tahun, amalan 4 ciuman sehari dan konsisten mengadakan hubungan seks 3 kali seminggu dengan pasangan. 

Berkongsi hobi, memeluk pasangan 3 kali setiap 24 jam.  Mengucap "saya cintakan awak" sekurang-kurangnya 1 kali sehari dan menikmati hidangan romantik 2 kali sebulan.

Pasangan perlu sentiasa berhubung walaupun ketika bekerja menerusi 3 panggilan telefon, sms atau email.

Kerap melakukan solat jemaah di rumah, memperbanyakkan tilawah & tadarus al-quran setiap hari antara suami isteri, berpuasa sunat, membaca buku, bertukar fikiran, pendapat dan idea, berkongsi masalah, pengalaman, kegembiraan & kesedihan dan bersama-sama dalam usaha memperkukuhkan ikatan suci perkahwinan yang diberkati.

No comments:

Related Posts with Thumbnails